SEKERAS KERIKIL
:: Allahu Allahu Allahu ::
Dalam diam
Kau suburkan api dendam
Kau nyalakan sumbu pertelingkahan
Biar marak bara permusuhan
Biar terbakar kelambu persahabatan
Dulu kau ucap kata maaf
Tanda rasa bersalah
Tanda kau sudah insaf
Lantas aku terima kau
Kembali ke dalam mandala sahabat
Tapi aku yang salah tafsir
Silap perhitungan
Rupanya hanya lakonan
Bijak kau berpura-pura
Kini
Dalam diam jua
Mencerai aku dari kejayaan
Kau tikam aku dari belakang
Kau jatuhkan aku dari persada
Kau bobrokkan aku segalanya
Lalu apa yang kau dapat sebenarnya
Rasa puas merosak hidup aku
Seronok menyeksa atma hatiku
Bahagiakah kau??
Aku sekadar berserah
Mungkin Allah mahu mengujiku
Mungkin jua Allah marah akan sikapku
Lalu dihantar kau untuk porak peranda
Hidup dan peganganku
Supaya kembali padaNYA yang SATU
Dengan rendah hina aku rayu
Dengan nada sayu ku pohon maaf daripadaMU
Ampunkan dosa-dosaku wahai TUHANku
Agar bias aku mula hidup baru
Bertatih cari ilmu ukhrawiMU
Kerna aku tahu dunia ini pinjaman kejap daripadaMU
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
0 Comments:
Post a Comment
<< Home