xx
~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]
Kematian yang dijanjikan....reJab yg Menjelma [tapi awat semua cam xtau je..huhu~]...
sebenarnya baru balik dari pengebumian sorang imam masjid kat kampung nih [sungai sumun-kt bgn datoh] Allahyarham ust. hj hamidon ahmad [alFatihah...semoga ruhnya dicucuri rahmat yg Esa]..hari khamis minggu lepas pon sorang muslimah [pangkat opah gak] pon kembali ke rhmatullah..die ni pon kire org alim gak..[ustazah masa zaman mudanya..anak2 pon ada yg jadi imam masjid negeri..etc]
so bile bukak internet tadi di kejutkan lagi dengan pemergian Icon of the Muslim World Ustaad Sheikh Ahmed Deedat has passed away (Al-Faatihah) http://www.ahmed-deedat.co.za/frameset.asp
sebelum tu kite dengar pemergian allahyarham zainab al Ghazali...seorang lagi pejuang islam yang unggul sejak zaman syeikh hassan al bana dan dalam ikhwanulmuslimin...
sorang demi sorang org alim ditarik Allah nyawa mereke...[begitulah janji Allah bahawa tanda-tanda besar kiamat itu apabila org2 alim ramai yang meninggal dunia...]
jadi semoga dengan tanda yang besar ini akan mengingatkan akan diri kita yg sering alpa dan leka dengan dunia dan sins semoga perbanyakkanlah amal ibadah dan bertaubatlah banyak2...[termasuklah penulis yg banyak sgt dosa nih-doakan kita semua]
justeru dengan kehadiran bulan rejab, bulan yang merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W.yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihanbulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.
Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.Ada yang mengatakan bulan rejab ini adalah bulan Allah manakala bulana sya'ban rasululLah dan bulan ramadhan umat muhammad.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.Kelebihan lain bulan Rejab:Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan RasulullahS.A.W. dan sirah Islam lain.
so memang ada byk lagi nak tulis tapi semua dah tau pon..tak pon ramai yg malas nak baca..baik baca naruto tak pon one piece ke..hehehe..pe pun sebagai permulaan..1st step..kene la mula puasa sunat rejab..[alhamdulillah dapat pose ari sabtu ari tu..mule2 mmg lupe tapi sbb tak makan lagi..penulis pon teruslah pose sunat...alhamdulillah dah dapat 3hari]..ini utk org yg nganggur je cam penulis..bg org yg dah kije n tgh belajaq tu..try2 la ek..
akhirnya moga dengan kisah kematian ulama' yg semakin ramai ni..n kedatangan rejab dan sebelum ramadhan ni..harap2 dapatlah kite sume mempergunakan ruang dan masa yg ada utk ibadah2 sunat dan melengkapkan ibadah wajib yg ada lopongnya..
allahua'lam bishowab.
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
3 Comments:
Great work!
[url=http://nctakhse.com/ihhb/zqcl.html]My homepage[/url] | [url=http://ybwksokp.com/mhfd/maru.html]Cool site[/url]
Good design!
http://nctakhse.com/ihhb/zqcl.html | http://igfoqdpm.com/ifwb/vvwn.html
Good design!
http://nctakhse.com/ihhb/zqcl.html | http://igfoqdpm.com/ifwb/vvwn.html
Post a Comment
<< Home