Sunday, July 24, 2005

sebilah kapak, sekaki payung dan secawan teh


~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

sebilah kapak, sekaki payung dan secawan teh

"......siap jugak akhirnya proses menanam kelapa sawit nih.lepas ni leh buat projek pisang,sayur plak nih....erm igt kebun sebelah sane pon kite tanam sawit gak ye mak......"

alhamdulillah walhamdulillah...byk2 syuukur aku pada DIA yg memudahkan urusan.setelah 2 bulan setengah..segala2 dah siap..drp penumbangan pokok2 kelapa samapilah pem'plau'an dan akhirnya penanaman kelapa sawit kat kebun pusaka tu..barulah selesai tanggungjawabku sbg co-director projek nih...huhu~...

so mula mggu depan bolehlah aku berkelana n mengumbara ke luMpur Besar..ehehe [cari kije la nampaknya..dah boring org kg tgk aku nih..almaklum tak penah lama2 kat kg]

sebelum tu bonda sempat jua mengarahkan aku mencapai sebbilah kapak utk menebang pokok2 kayu yg bermaharaja lela kat kebun yg lagik satu..[dah macam sarang caleng*..] dah 3 hari ni..baru suku je aku siapkan..penat btui...nak kene urut satu badan kalau ginih sih...tapi upahnya lumayan ya..huhu~[ni la nasib org yg 'terlebih cuti' ]

hujan plak dah makin selalu turun..almaklumlah perubahan cuaca kepada nak ujan skang kat pantai barat..citer pasal anak2 menakan aku yg berebut sekaki payung smapai patah ranapnye..[ganaz btui anak buah aku nih] so terpaksala mak bapak deme belikan yg baru..huhu~

dan yg pastinya tiap2 malam lopaih solat isyak maka bermotorlah aku n pakcik2 kat surau tu melepak kat kedai kopi dgn aktiviti ngeteh*..cam biasa secawan teh tarik kaw2 punye..kate pak isa pembuat teh tu..campuran drp 5 jenis teh digunakan akan dia utk menjadikan teh itu begitu kaw2...maka bertemankan secawan teh ~8 kupang je~ maka berceritalah kami hal-hal agama dunia dan akhirat akan segalanya...huhu~ [xda duit..so minum je la..almaklum penganggur terhormat ]

dan utk minggu hadapan..aku mengharapkan agar kau bahgia..opsss*** nyayi lagu plak..mggu depan ada interview junior ex QA kat pharmaniaga..bangi..so harap2 dapat la kali nih..[rase mcm dapat je..suara atma n qalbuku]..so leh la berganding baghu ngan bor aadamm n sis sana kat saner..ehehe tak gitu sis Sarah...

wallahua'lam..sekadar berceritera akan diri yg dah hampir sebulan 'bercuti' lagi...lagipun dah lame sgt tak mengupdate blog nih..sian sis sarah..[bile leh kite tunai janji nih??]


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Tuesday, July 19, 2005

[[ takutnyer ]]

kebelakangan ni,
satu perkara yang pahit untuk dikatakan, tetapi merupakan satu kenyataan:

"takut lah dengan azab ALlah, setiap kali anda berangan untuk melakukan dosa"

"tidakkah anda sedar, setiap dosa itu manis.. jadi setiap kali anda merasakan kemanisan dunia, perhatikanlah.. adakah ianya cubaan (dosa) atau ianya ganjaran dunia?"

Mar kita baca firman ALlah:

+ Itulah ayat-ayat Allah yang Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya; maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya. (QS. 45:6)

+ Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa, (QS. 45:7)

+ dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih. (QS. 45:8)

+ Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. (QS. 45:9)

atau.. in english

045.007 Woe to each sinful dealer in Falsehoods:

045.008 He hears the Signs of Allah rehearsed to him, yet is obstinate and lofty, as if he had not heard them: then announce to him a Penalty Grievous!

045.009 And when he learns something of Our Signs, he takes them in jest: for such there will be a humiliating Penalty.

faham tak?

pendek kata.. ALlah bilang

"eh dia ni buat dosa cam tak pernah jer dengar Aku kata jangan buat.. Bukan dia dah baca ke dalam Quran firman2 Aku?"

maka orang2 ini ALlah akan 'ganjar' kan kepada mereka Azab yang dasyat...

Aper kita dah luper caner Azab ALlah? kalau sesuatu itu sakit.. Maka Tuhan yang menciptakan segala sesuatu kesakitan mampu mengazab kita dengan Raja segala kesakitan.. Are we that brave to challenge God, the One who created Hell?

Ingatlah sahabat, setiap kali kita ingin berbuat dosa, ingat2kan diri.. bahawa nasib kita, timbangan kita, segala-galanya secara individu..

Sebagai seorang sahabat pula, kita perlu berdiri bersama sahabat kita, bantu dia menjauhi kemungkaran.. biar dia benci kita, asal kita tahu... kita mencintai dia kerana ALlah, kita buat segala sesuatu kerana ALlah.. kerana kita sayang dia untuk mencari keredhaan ALlah.. sebab ALlah lebih utama dari segala-galanya...

So kawan2, kita mesti teguhkan pendirian kawan kita, disaat dia goyah.. especially dalam dealing dengan muammalat laki-perempuan..

Say, dia dan pasangannya nak jumpa, dan ajak kita teman.. tolonglah temankan.. sebab kehadiran kita sedikit sebanyak membataskan lebih banyak senda-gurau yang terlampau.. dan boleh shortkan masa perjumpaan etc..

kawan2.. marilah kita selamatkan diri kita dari azab ALlah

ameen ya Rabbal 'alamin


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Saturday, July 16, 2005

bingung

Bismillah walhamdulillah

Rupanya, bukan mudah untuk 'berperang' dengan diri sendiri. Ini di akui oleh Intan (bukan nama sebenar). Intan adalah ahli jemaah, yang melalui sistem-sistem tarbiyah yang dirangka untuk ahli. On top of that, Intan bersekolah agama sejak kecil dan mengetahui dengan jelas dan terang batas2 halal-haram.

Intan juga merupakan orang yang bertungkus lumus menyeru kepada ma'ruf dan menentang kemungkaran. Pendek kata, Intan adalah aktivis yang disegani ramai.

Rahman juga begitu. Bahkan, Rahman adalah seorang pemimpin yang dikasihi dan dihormati ramai. Rahman hafal banyak ayat Quran dan hadis. Rahman adalah pimpinan. Rahman juga adalah seorang aktivis.

Kedua-dua mereka bertemu dalam satu projek. Dengan tak disangka-sangka mereka 'terpaksa' bekerja bersama. Lihatlah bagaimana dua orang dengan fikrah dan pemahaman ISlam bekerja. Mereka 'terpaksa' mengadakan pertemuan. Adakalanya disertai dengan ahli projek yang lain. Adakalanya, mereka 'terpaksa' bertemu berdua.

Rahman dan Intan bingung. Bagaimana mereka dapat menjaga batas2 muammalat. Kedua-dua mereka adalah orang berfikrah. Tetapi, pertemuan yang 'terpaksa' mereka lakukan untuk menjalankan projek memungkinkan 'senyuman', 'lirikan mata' dan 'lawak2'..

Akhirnya?
Akhirnya, tanpa disedari cahaya Ilahi yang sebelum ini 'hidup' dalam diri mereka. semakin malap..

Ke'manis'an amal bertukar menjadi 'payau'..
Ke'kuat'an bangun malam tiada lagi..
Rasa 'berTuhan' tidak menguasai diri..
Ingatan kedua-dua mereka sudah tidak lagi terfokus..

Segala-galanya disebabkan 'perbuatan' mereka sendiri..

Intan menangis sendirian
Rahman merintih menyesal

Bagaimana mereka dapat menyelesaikan hal ini?

" Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan ALlah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan ALlah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah ALlah (membiarkannya sesat). Maka mengapa mereka tidak mengambil pengajaran?"
hmm, itu sebablah Rahman dan Intan semakin tidak merasakan perbuatan mereka 'salah', bahkan merka merasakan perbuatan mereka sebagai beretika dan bersesuaian dengan kehendak semasa.
Marilah kita sama-sama berdoa agar kita tidak menjadi dikalangan orang 'yang menjilat kembali ludahnya'..
Sesungguhnya saya bersaksi, bukan mudah untuk menundukkan nafsu, dan bukan mudah untuk 'berperang' dengan syaitan.. Sebab itulah Allah menyuruh kita agar menJAUHI zina..
Sama-samalah kita berpegang teguh sesama kita, 'siku dengan siku', supaya tidak tersungkur di tengah jalan.. ameen


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------



wat bahase do u speak??
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

MyNetwork
[:: ] hudasoid [:: ] GoPi [:: ] moHnas [:: ] niSah harOn [:: ] zaid Akhtar [:: ] feeeSal teHrani [:: ] Helvy tIana RoSa [:: ] LukiSan malaM [:: ] adeeb [:: ] ghuroba [:: ] MukhriZ [:: ] wanZu [:: ] mueeZ [:: ] Azzahra SafiaH [:: ] widad [:: ] aShersiMakhlukGergasi [:: ] SanaYemen [:: ] adielaRahmad [:: ] eRmyAhmaD [:: ] syahidah [:: ] sYafixa [:: ] 9_tail_kid [:: ] My Bloody Arsenal [:: ] ex-KI 2000 [:: ] aDnin [oO ] raihanah