Friday, August 12, 2005

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

Yang Bernama CINTA...

Taken from ‘Yang Bernama Cinta’ by A. Karim Hj. Abdullah. Insya-Allah tak jiwang… :)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. –Hamka

Cinta sejati memang tidak memandang wang. Tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta. –Hukamak

Berkemungkinan yang kamu cinta itu tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan yang kamu benci itu tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika. –Maksud Hadis

Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur. –Umar Al-Khattab
Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan. –Yahya Bin Mua’dz

Jangan anda terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manisnya senyuman kerana mendung awan yang tebal itu pada mulanya juga kelihatan cahaya terang. Dan janganlah anda tertipu dengan senyuman, sesungguhnya racun itu kadangkala terdapat di dalam manisan.
Cintailah yang memberi nikmat dan janganlah engkau cintai nikmat yang diberikan. –Ahli Sufi

Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta.
Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampinginya sampai ke sakit yang membawa maut dan yang sebahagian hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu, kesemua pulang dan meninggalkannya terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghibur di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain daripada amal yang soleh. Maka kuambillah ia (amal soleh) menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan daku seorang diri.
-Imam Al-Ghazali-

Cinta itu suci dan tidak buta. Cinta kepunyaan Tuhan. Yang tidak suci dan buta ialah orang yang salah mempergunakan cinta. –Hamka

Cinta ialah air tinta kehidupan. Benci ialah racun yang membawa maut. Jika kebencian menyelinap masuk ke dalam pohon kehidupan, tumbanglah pohon itu. –Hamka

Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu belaka, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. –Al-Farabi

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis Sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam PERJUANGAN, menempuh onak dan duri penghidupan. –Hamka

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. –Hamka

Cinta bukanlah hanya “I Love You”, “You Love Me.” Falsafah cinta sebenarnya ialah insanul kamil, hasil daripada mencintai Tuhan. –Al-Farabi

Lemparkan seseorang yang berbahagia dalam cinta ke dalam laut, dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan seseorang yang menderita dalam cinta ke dalam gudang roti, dia akan mati kelaparan. –Peribahasa Arab

Sebenarnya cinta itu tidak mempunyai rancangan yang muluk-muluk; satu-satunya hasrat cinta adalah kebulatan tekad. Kalau ada pun orang bercinta yang mengkehendaki itu dan ini, maka itu ialah kemahuan dirinya sendiri, bukan kemahuan cinta. –Khahlil Gibran

Cinta adalah iradat Tuhan, dikirim-Nya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan budi pekerti yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi. –Hamka

Barangsiapa yang hatinya telah terminum “air cinta dunia”, hinggakan dia telah berasa senang benar di dunia ini, maka akan timbullah dalam hatinya rasa kebimbangan yang tak habis-habisnya. –Maksud Hadis

Lebih mudah membahagi seribu selembar benang daripada membahagi dua sekeping cinta.
Hanyalah dengan mencintai Tuhan, cinta itu khalis dan kudus. –Omar Kayyam

Cinta dan rindu serentak dilahirkan. Tetapi jika cinta telah berkubur, rindu belum juga pergi...belum mati [sebenaR diri]


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

-------------------------------------------



wat bahase do u speak??
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

MyNetwork
[:: ] hudasoid [:: ] GoPi [:: ] moHnas [:: ] niSah harOn [:: ] zaid Akhtar [:: ] feeeSal teHrani [:: ] Helvy tIana RoSa [:: ] LukiSan malaM [:: ] adeeb [:: ] ghuroba [:: ] MukhriZ [:: ] wanZu [:: ] mueeZ [:: ] Azzahra SafiaH [:: ] widad [:: ] aShersiMakhlukGergasi [:: ] SanaYemen [:: ] adielaRahmad [:: ] eRmyAhmaD [:: ] syahidah [:: ] sYafixa [:: ] 9_tail_kid [:: ] My Bloody Arsenal [:: ] ex-KI 2000 [:: ] aDnin [oO ] raihanah