Tuesday, August 30, 2005

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 24.08.05
URL:http://www.utusan.com.my/utusan/content.aspy=2005&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Kolej Islam - Perjuangan menegakkan syiar Islam

Oleh ZUNAIDAH ZAINON


ISTANA Jemaah Kampung Jawa yang diwakafkan oleh SultanSelangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah kinidiubahsuai menjadi pusat pentadbiran KISAS.MEMOIR Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), terpahatdalam sejarah sebagai sebuah institusi keagamaan yangmelahirkan para ilmuwan dan cendekiawan Islam tersohordi Malaysia, Brunei dan Singapura.Susur galur sejarah menyaksikan keunikan penubuhanKISAS yang pada mulanya lebih sinonim dengan nama,Kolej Islam Malaya (KIM).Malah, tapak untuk menempatkan kolej itu jugamerupakan Istana Jemaah Kampung Jawa, Klang, iaituistana Sultan Selangor, Almarhum Sultan HisamuddinAlam Shah yang telah diwakafkan.Semangat nasionalisme yang menular di kalangan pejuangpatriotisme, menggalakkan lagi penubuhan sebuahinstitusi berasaskan pendidikan agama Islam.Ketika itu, sumber kekuatan datangnya daripada parapelajar Tanah Melayu yang menuntut di Asia Barat.Desakan bermula pada 9 Januari 1949 apabila KongresUlama-ulama Asia Tenggara bermuafakat untuk menggubaldan menyiapkan kertas kerja berkaitan penubuhaninstitusi pengajian tinggi Islam di Tanah Melayu.Kemudian pada 1 Disember 1949, rombongan mengadapSultan Selangor menyembahkan laporan penubuhan KIMdiketuai Tuan Syed Ibrahim Omar Al-Sagoff.Bertitik tolak daripada itu, satu mesyuaratJawatankuasa Pusat KIM bagi membincangkan pengambilanpelajar, guru dan kurikulum diadakan pada 16 April dan20 Julai 1954.Seterusnya pada 25 Februari 1955, bermula sesipengajian KIM yang pertama dengan pengambilan pelajarseramai 55 orang.Pengetua pertama KIM, Pehin Datuk Seri Maharaja DatukSeri Utama (Dr) Ismail Omar Abdul Aziz merupakan anakwatan yang mempunyai rekod pencapaian akademikcemerlang di Universiti Al-Azhar dan UniversitiKaherah.Selain itu, atas daya usaha Tuan Syed Ibrahim OmarAl-Sagoff, Kerajaan Republik Arab Bersatu telahmengutus dua orang sarjana mereka, iaitu Dr. MuhammadAbdul Rauf (kemudian dikenali sebagai Tan Sri ProfesorDr. Muhammad Abdul Rauf) yang kemudiannya menjadipengetua kedua dan Dr. Abul Khayr Zaki Badwi(kemudiannya Profesor Dr. Zaki Badawi).Setelah melalui pelbagai cabaran, tanggal 8 April1955, Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin AlamShah mencemar duli, merasmikan KIM.Harapan baginda agar kolej mampu melahirkan para ulamayang bertakwa kepada Allah s.w.t. dan menerangimasyarakat Malaysia dengan roh-roh Islam serta dapatmenghapuskan segala bentuk kekufuran dan kejahilan.Pada 1966, Kursus Sijil Tertinggi KIM dipindahkan kebangunan yang baru di Petaling Jaya, dan seterusnya keBangi membentuk Fakulti Pengajian Islam di UniversitiKebangsaan Malaysia.Namun begitu kursus persediaannya masih lagi ditinggalkan di Klang.KIM hanya bertahan sehingga tahun 1967 apabila namanyaditukar kepada Kolej Islam Klang (KIK) setelahdiambil-alih oleh Kementerian Pelajaran untukdijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.Akhirnya pada tahun 1972, ia diangkat menjadi SekolahBerasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahansehingga hari ini.Hampir 22 tahun dikenali dengan nama KIK, sekali lagikolej itu ditukar kepada Kolej Islam Sultan Alam Shaholeh Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Ibni AlmarhumSultan Abdul Aziz Shah pada tahun 1989.Bagaimanapun, bangunan asal bekas istana tersebutmasih dikekalkan.``Kolej ini begitu istimewa kerana keunikan sejarahpenubuhannya. Kita dapat melihat kesungguhan pejuangkemerdekaan dengan semangat nasionalisme sertakeinginan untuk mewujudkan sebuah institusi pengajianIslam telah membantu ke arah kelahiran KISAS,'' jelasPenolong Kanan merangkap Pemangku Pengetua KISAS,Haznah Hamzah.Menurut beliau, KISAS juga diiktiraf sebagai SekolahBistari Rintis antara 88 buah sekolah di seluruhnegara pada tahun 1999.ImejBersesuaian dengan imej sebagai sekolah berasramapenuh, beberapa kejayaan ditempa sepanjang tahun 2005.Paling membanggakan apabila KISAS yang mewakili negeriSelangor, muncul juara pertandingan Forum RemajaKebangsaan 2005 anjuran Dewan Bahasa dan Pustakabaru-baru ini.Pasukan KISAS diwakili oleh Siti Aishah Abas selakupengerusi forum, Muhammad Haris Azman (ahli forumpertama), Muhammad Fauzan Abdullah (ahli forum kedua),Johari Md. Salim (ahli forum ketiga) dan Fatin NadiahAlias (simpanan).Kejayaan tersebut sekali gus memecahkan rekod bagiSelangor yang belum pernah memenangi pertandingan yangdiperkenalkan pada tahun 1989.Selain itu, KISAS turut menyapu bersih dua anugerahutama, iaitu Pengerusi Terbaik menerusi Siti Aishahdan Ahli Forum Terbaik yang dimenangi oleh Johari(ahli forum ketiga).``Para pelajar begitu komited dengan setiap aktivitiyang dianjurkan. Tambahan pula, kami memangmenggalakkan pembabitan pelajar dalam programberbentuk kemasyarakatan,'' ujar beliau yang bertugasdi kolej itu sejak 1985.KISAS juga berjaya mencatatkan pencapaian terbaik bagiSijil Pelajaran Malaysia tahun lalu. 125 pelajarnyamemperoleh lebih daripada 10A, manakala 43 pelajarmendapat 10A.Bagi meneruskan kegemilangan kolej Islam, pelbagaiprogram diatur kepada para pelajar bagi memastikanmereka mendapat keputusan terbaik dalam setiappeperiksaan yang diduduki, termasuk Sijil Tinggi AgamaMalaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.``Di antaranya, Program Perkongsian KecemerlanganAkademik yang menjemput penceramah luar ke sekolahuntuk menerangkan tentang teknik belajar dan menjawabpeperiksaan.`` Manakala Program Perkampungan Ilmu pula, parapelajar harus berada di sekolah sepanjang cuti bagimengikuti bengkel yang disediakan.``Program yang paling berat dan memerlukan komitmensemua pihak, ialah Program Sentuhan Terbilang.``Di sini para pelajar dan guru perlu mengikuti kelassetiap malam selama sebulan. Ia diadakan setiap kalimenjelang musim peperiksaan,'' ujar beliau yangmemangku jawatan pengetua menggantikan Rohmat Jusohyang bersara sejak 13 Julai lalu.Pada masa ini, jumlah pelajar yang menuntut di kolejitu ialah seramai 686 orang dengan 91 tenaga pengajar.Keunggulan Kolej Islam sebagai institusi tersohordibuktikan melalui bekas pelajarnya yang berjayamenjawat jawatan penting dalam pelbagai lapangantermasuk profesional.Di antaranya, Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Othman Desa; Penasihat Agama kepada PerdanaMenteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman; PengerusiKumpulan Felda, Tan Sri Dr. Yusoff Noor dan PengerusiMajlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim.PendidikanTokoh akademik yang turut mendapat pendidikan di kolejitu juga, ialah Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sasteradan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr.Ramlah Adam dan Presiden Kolej Universiti IslamAntarabangsa Selangor, Datuk Mohd. Adanan Isman.``Kebanyakan alumni kolej ini berjaya dalam kerjayadan ada sebahagiannya menjadi orang penting dalampolitik.``Malah mereka juga banyak membantu terutama dalampembangunan infrastruktur dan kemudahan kolej,'' jelasbeliau yang memulakan tugas sebagai guru bagi matapelajaran Kajian Am (kini dikenali sebagai PengajianAm).Tambah Haznah, beliau pernah menyuarakan hasrat kepadapihak Muzium Negara untuk mewartakan tapak istanasebagai salah satu warisan negara.Proses itu menjadi mudah kerana secara kebetulan,beliau berurusan dengan bekas pelajarnya yang pernahmenuntut di KISAS.Hingga hari ini, kolej Islam melalui tiga generasibermula sebagai Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klangdan Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah bukti kepadaperjuangan masyarakat Melayu menegakkan syiar Islam dirantau ini.


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

-------------------------------------------



wat bahase do u speak??
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

MyNetwork
[:: ] hudasoid [:: ] GoPi [:: ] moHnas [:: ] niSah harOn [:: ] zaid Akhtar [:: ] feeeSal teHrani [:: ] Helvy tIana RoSa [:: ] LukiSan malaM [:: ] adeeb [:: ] ghuroba [:: ] MukhriZ [:: ] wanZu [:: ] mueeZ [:: ] Azzahra SafiaH [:: ] widad [:: ] aShersiMakhlukGergasi [:: ] SanaYemen [:: ] adielaRahmad [:: ] eRmyAhmaD [:: ] syahidah [:: ] sYafixa [:: ] 9_tail_kid [:: ] My Bloody Arsenal [:: ] ex-KI 2000 [:: ] aDnin [oO ] raihanah