Friday, September 16, 2005

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

ISU PENGKLONAN DARI SUDUT SYARIAH

Latar Belakang :Teknik pengklonan terbahagi kepada dua:

1) Pengklonan janin atau embrio (embryo cloning). Pengklonan ini telah ijalankan ke atas haiwan ternakan bagi menghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedah ini, iaitu bagi membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetic seperti Parkinson dan cystic fibrosis. Dengan itu, para saintis tidak lagi perlu bergantung kepada janin yang diambil dari klinik kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan janin-janin asal.

2) Pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nucleus (nuclear transfer technology) Kaedah ini telah digunakan bagi mencipta seekor kambing yang dinamakan Dolly. Sebelum ini belum pernah seekor mamalia dilahirkan hasil penggunaan teknik tersebut.Pengklonan DNA dewasa melalui teknik nuclear transfer bertujuan:

1) Pembiakan (Reproductive reason): Pengklonan jenis inilah yang dilakukan baru-baru ini sehingga melahirkan bayi Eve, dan yang diberitakan akan dilahirkan lagi di sebuah negara Eropah tidak lama lagi.

2) Perubatan (Therapeutic benefits): Menurut para saintis pengklonan jenis ini adalah berbeza daripada pengklonan untuk tujuan reproduksi. Antara faedahnya ialah :
i) Bagi memperolehi “stem cell” yang akan membantu pertumbuhan sel baru
ii) Bagi mencipta organ-organ penting
iii) Membantu mengubati pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan air tulang sum-sum
iv) Membantu meningkatkan pengetahuan tentang penyakit-penyakit genetik.

KEPUTUSAN PANEL KAJIAN SYARIAH ;Panel Kajian Syariah dalam mesyuaratnya pada 1 Mac 2002 telah memutuskan bahawa:
1) Pengklonan untuk tujuan pembiakan manusia hukumnya adalah haram, kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
i) Perbuatan ini akan menjatuhkan darjat manusia sama seperti haiwan dan bertentangan dengan hikmat kejadian manusia seperti yang diterangkan Allah SWT di dalam ayat 70, surah Al-Isra’, dan ayat 12-14, surah Mu’minun, juga ayat 4, surah At-Tin.
ii) Pengklonan jenis ini juga akan memberikan implikasi yang buruk kepada individu dan masyarakat. Akibatnya, akan terhakis ikatan kekeluargaan dari segi syarak dan undang-undang. Hal ini bukan sahaja akan menafikan hak si anak, malah akan menimbulkan komplikasi, jika si ‘ayah’ atau si ‘ibu’ tidak lagi mahu bertanggungjawab terhadap hak tersebut. Kedudukan anak serta ibu tidak lagi terjamin dari segi nafkah, harta pesaka dan sebagainya setelah berlaku perpisahan atau kematian.
iii) Kebenaran menggunakan kaedah ini kepada wanita yang tidak berkahwin akan menambahkan lagi masalah ibu tunggal dan anak yang tidak mendapat kasih sayang bapa. Hal ini menjadi lebih serius dalam jangka panjang, iaitu berkemungkinan bahawa kaum lelaki tidak diperlukan lagi kerana pembiakan tidak lagi bergantung kepada sperma lelaki.
iv) Kaedah ini juga akan memusnahkan institusi keluarga, dan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti yang tersebut di dalam ayat 30, surah Ar-Rum.

2) Kaedah ini juga tidak seharusnya dibenarkan kepada pasangan suami isteri kerana dari segi saintifik, status anak yang dilahirkan sebenarnya bukanlah ‘anak’ kepada pemberi nucleus tersebut. Sebaliknya anak klon yang dihasilkan adalah ‘kembar seirasnya’ yang dilahirkan pada waktu yang terlewat oleh orang yang berbeza. Hal ini akan menimbulkan implikasi terhadap status anak dari sudut syarak, seperti perwalian, nafkah, harta pusaka, penentuan aurat dan sebagainya.

3) Perbuatan mengklon janin manusia untuk tujuan kajian : Kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat bahawa janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para Fuqaha’ yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari.

4) Pengklonan manusia untuk diambil sum-sum tulang atau mana-mana organ pada manusia yang telah diklonkan hukumnya haram kerana pengklonan ini telah melahirkan manusia yang cukup sifatnya.

5) Pengklonan untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang rosak hukumnya adalah harus.

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA KALI KE-51 PADA 11 MAC 2002Muzakarah yang diadakan pada 11 Mac 2002 telah mengambil perhatian tentang pandangan Panel Kajian Syariah seperti yang tersebut di atas, dan telah membuat keputusan seperti berikut:

1) Pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya ber
tentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT;
2) Penggunaan ‘stem cell’ bagi tujuan perubatan dan kajian, yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syara’.


Sumber : Bahagian PenyelidikanJabatan Kemajuan Islam Malaysia


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


minat nyer sayaa!!!

saya baru sahaja habis baca article di sini...

terus, saya rasa respect kat this brother..


Dr. Azly Rahman:

Born in Singapore, grew up in Kg. Melayu Majidee, Johor Bahru, Dr. Azly Rahman was a pioneer of Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, a Malaysian school system modeled after amongst others, The Bronx School for the Gifted in Science in New York City. He has had experienced teaching in the MRSM school system and heading the English Department as well as a Gifted and Talented program. He co-wrote two English Language textbooks for the Malaysian Ministry of Education and was involved in teacher training projects in the area of Teaching Thinking Skills.



Before pursuing his studies, Dr. Azly taught the courses Foreign Policy, Introduction to Thinking, and Ethics. He coordinated the Universiti Utara Malaysia’s Thinking Skills Program, was appointed as the Coordinator of UUM’s Technology Learning Unit, and subsequently served as its director. He helped establish the Center for Innovations in Education. For his contribution to the university, he was awarded the university’s Service Excellence Award in 1997. He also served as member of UUM’s Senate. He started a multidisciplinary journal called PRAXIS, of the School of Languages and Scientific Thinking. He helped coordinate publication of articles in the fields of education, language, and literature.



Dr. Azly was a consultant of Creativity and Mind Development to several state governments and corporations. He lectured widely on creativity, critical thinking, and education in Malaysia and was also a weekly radio guest in Radio Alor Setar’s series on “Pemikiran”



Before leaving for his doctoral studies, he completed seven research projects in the fields of Human Development and Creativity, Political Science, Management, Brain Science, and Linguistic-Corpus Studies. Though accepted in 1997 into the Ph. D program at Stanford University’s Graduate School of Education, Azly has chosen to pursue his doctorate in International Education Development at Columbia University New York by virtue of Teachers College’s world-renowned status as a comprehensive graduate school of education, as well as to take advantage of the multiculturalism of New York City’s educational setting.



Besides holding a Columbia University doctorate in International Education Development (Columbia University, 2004) and producing a dissertation on the development of hypermodern Malaysia as a “cybernetic” nation, Dr. Azly completed his fourth Masters in International Education specializing in Peace Studies/Education (Columbia University, 2005). He holds the degrees Bachelors in Education (Ohio University, 1985), Masters in Education specializing in Curriculum and Instruction (Ohio University, 1987), Masters of Arts in International Affairs specializing in Politics of Southeast Asia (Ohio University, 1987), and Masters of Arts in Communication and Education (Columbia University, 2000) specializing in the broad cultural, philosophical, and political aspects of new communications technologies.



During his early university days, he served as president of the Malaysian Student Association in Ohio University and was also elected President of The Southeast Asian Student Association of Ohio University. For his work in international understanding, he was initiated into the membership of the International Understanding Honor Society. He has been committed to promoting international understanding and multiculturalism in his teachings and writings for the last twenty years.



Dr. Azly is a member of the Kappa Delta Phi International Honor Society in Education, a professional and international honor society dedicated to recognizing and honoring academic excellence in the teaching profession. He was also chosen as a Teachers College Columbia University’s Ross Fellow for Educational Technology and worked as a research fellow with New York’s Channel Thirteen-WNET on an award-winning Disney Online educational web project. He co-wrote the proposal for the online teacher professional development project.



He served as a pioneering member on the editorial board for Teachers College’s online peer-reviewed journal Current Issues in Comparative Education, and has published a book review of American Critical theorist Peter McLaren’s Radical Multiculturalism in the journal Educational Researcher. The review was then translated into German by a Columbia University professor of education and published in University of Wuppertal, Germany.



Dr. Azly has also been involved with the American public school, holding a New Jersey state license to teach American History/World History/Social Studies and a license as an Administrator/Supervisor/Leader in an educational setting. He has held adjunct professorship positions in state and private universities in New York and New Jersey. He has mentored first-year teachers and has also taught the course “Philosophies of Education” to new teachers in the Bronx under the New Teacher Residency Program, established by The New York City Board of Education.



He has taught in three different departments; teaching undergraduate and graduate courses and by American educational standards has achieved high levels of competencies and recognition. In short, he has been an accomplished educator in the United States. Among the courses Dr. Azly has taught in Malaysia and the United States are as follows:



Courses Taught in the Following Disciplines

I. LANGUAGE, PHILOSOPHY, AND COGNITIVE STUDIES

-English Language
-Public Speaking
-Introduction to Thinking Skills
-Creativity
-Ethics

II. HISTORY AND SOCIAL SCIENCES
-United States History I
-United States History II
-World History
-World Cultures
-History of the Middle East: Part I
-Foundations of Western Civilization

-The West in the Modern World

-Religions of the World

III. POLITICS AND INTERNATIONAL RELATIONS
-Introduction to Political Science
-Foreign Policy
-International Studies
-Geography and World Issues
-International Problems & Conflict Resolution
-Colonialism, Imperialism, and Dependency

IV. EDUCATION AND UNIVERSITY CORE COURSES
-Comparative Education
-Effective Teaching, Effective Schools
-Clinical Teaching I
-Clinical Teaching II
-Computer Literacy and Education
-Internet Applications in Business and Education

-The Teacher as Researcher and Educational Leader

-Masters Seminar

-Final Project: Applied Research in Education



Dr. Azly is also currently involved in several ongoing projects such as a web-based local history project funded by The Teaching American History Grant. (United States Department of Education), and is contributing as a faculty member to restructure a university core program in Cross-Cultural Perspectives.



Dr. Azly Rahman currently writes weekly on Malaysian political, educational, cultural and social changes in ILLUMINATIONS, a column in a progressive Malaysian online newspaper with wide national and international readership.


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Sunday, September 11, 2005

KOnVO 35 and JOb wif PharmaniaGA mfG beRHad

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

alhamdulillah dan syukur ila al-Khaliq due to my succesful of completing my study and then COnvo and also for gettin job at PMB.So as too long not write anythin in this blog n of cos after 2 week not OL,rase2nye byk yg nak dikongsikan bersame ngan member2...bile tg plak num yg melawat tu meningkat kpd lebih 60 kali open this blog..sian a plak..(eceh..perasan glamour plak..)tp yg tak best tu langsung takde tggl msg kat chatbox tu..sms kat hp je..ahaahhaa..

SO setelah dapat 'scroll' drp Sultanah (erm..sorry la ssb wlpn tak dapat 1st class, still dapat amek drp SZ..so yg lain jgn a cumburu..eheheh..-uk dak UTM je la...)

-23-aug-2005-
datang bandar sunway n packin all my stuff 4 my medical check up.actually dah dapat call semalamnya bgtau yg aku leh datang kije 1-sep-2005 ni but kene wat MC dulu...so eptg tu gak trus g bangi wat MC...erm...dr umah pukui 9.30pg ujan lobat plak dr Sabak sampai Subang..so redah je la sbb pakai 'tangkal' n nak cepat sampai..then sharp 12 noon smpai umah sis kat BNdr Sunway..terkejut bruk die sbb call pukui 10 tu my mom said aku baru kuar...ahahha..aku pon tak igt bape laju aku bwk tgh2 ujan tu..sbb selalunya drp umah nak g KL ni amek mase 3 hours n a half..tu kalu tak ujan la...

so ptg tu g PMB la..erm tercapai gak impiana aku nak dok area bangi ni..(kije pon ok la walapun ak dok bangi lagik)...so wat la MC kat Pst Rawatan Islam aZZahra..kat BBB (dak2 bangi tau la-depan masjid jamek tu)..so nak bgtau la gak yg tempat kije aku ni kat depan Warta je..sebelah je la ngan masjid jamek tu..so maknye kalau nak g masjid tu tak jd hal la...so setel la satu perkara...

25-aug-2005-
amek komuter g KLsentral then naik PUtra g CM..so jln la kaki g pudu..nak g jb la ari nih...aku g ni pong dah petang ye ar kene g amek mak aku dulu kat klang...but aku g jb dulu la...mak aku g ngan akak n adek aku mlm esok...so cam biase g solat jama' kt surau..puhhh dah canggih la surau kat Pudu skang...tapi lom siap la lagik..nasib baik aku tak termasuk kat surau pompuan aritu..eheheh...siap nanti pakai aircond la....so pastu cam biasa gak g PUstaka Salam kat bwk tu...tempat biase aku cari buku2 ilmiah n agama yg baru..tgk2 byk gak yg aku tak 'update' lagi...oleh kerna duit byk lagik..so dkt 5 bijik buku aku beli..dlm rm30 je aku dapa..ahahah diskaun byk lor sbb aku dah besia ngan bro nih...patut kat 40 lebey...antaranya buku...fiqh wanita...9tp sampai la ni tak abes bc lagik-igt nak bg kat dia)

27-aug-2005
pepagi lagik aku dah bgn(actually lewat tu pukui 6.30)..kelamkelbut la gak nak siap2 g konvo nih..ahaha tu la sape suruh tido pukui 4.30..pe lagi kalu g jb ni kije aku mesti memborong dvd..so mlm tu layan sampai 2 dvd..sembang2 plak ngan membe kg..sdr2 dah lewat..terpakse la gak tido...

so dipendekkan cite sbb boring tuggu SZdatang, aku ambil 'scroll' tu pukui 11.42 pagik sabtu 22 rejab.....

so pastu penat ar cari mak n adek aku sbb line tepon sume bz giler2..masing2 carik mak bapak sendri..so biase ar sessi potograp...yg tak bestnye dah la geng2 aku yg grad sket (dak melayu laki la)..yg datang pon tak ramai..so gambau ngan dak2 grad je ar...yg datang mak n adek n akak n abg iar n nana (anak sedare aku)

aku cari gak die..sbb dgr cite die ade jual bunga..last2 jumpe gak..tapi dgr cite die dah nak setel..(harap kabar angin je)

29-aug-2005
balik la kL balik......nak kije la katakan

01-sep-2005
perghhh pukui 6 dah bgn siap mandi2 n then g kije dr Bandar Sunway sharp 7 am (ikut jam aku yg dah cpt 10 min-so pepaham la koeang tolak sindri)....sampai PMB pukui 730 am so terpaksela tggu hingga 0800 baru office bukak...

then aritu bermula la aku dok kat kursi exec..erm....yg bestnye gaji la....dulu ckp lain but aritu naik lagi..erm tapi aku rahisakan la takut korang sume jeles..ekekekek..so masuk pukui 8 balik 5.30 sbb kat sini dah lame amalkan kije 5 hari..kerajaan je yg lambat..

so ptg tu lepas solat asar...pecut la balik umah..so ni yg best ni..pegi td ikut NPE n masuk PLUS sampai bangi.balik ni try plak ikut kesas....ok gak cpt...(sambil tu tgk2 a bukit jalil..sonang nak g sabtu nanti--ahahah)

PMB ni yg bestnye suasana die yg aman je aku tgk..surau besau n org2 die pon nampak ok jek...takde la tertekan je nak g kije...(hopes bos2 aku pon ok gak)...kire aku suke la




aiseh..dah 1249..arsenal dah main 30 jam ni..lain kali aku smbg lagik...kire 10 sep tu aku kat umah la ada kundri ...byk sgt kundri skang..k

pen stop for now but to be continued.......


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------



wat bahase do u speak??
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

MyNetwork
[:: ] hudasoid [:: ] GoPi [:: ] moHnas [:: ] niSah harOn [:: ] zaid Akhtar [:: ] feeeSal teHrani [:: ] Helvy tIana RoSa [:: ] LukiSan malaM [:: ] adeeb [:: ] ghuroba [:: ] MukhriZ [:: ] wanZu [:: ] mueeZ [:: ] Azzahra SafiaH [:: ] widad [:: ] aShersiMakhlukGergasi [:: ] SanaYemen [:: ] adielaRahmad [:: ] eRmyAhmaD [:: ] syahidah [:: ] sYafixa [:: ] 9_tail_kid [:: ] My Bloody Arsenal [:: ] ex-KI 2000 [:: ] aDnin [oO ] raihanah