~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]
5 Perkara dalam 5
Banyak kajian telah dibuat mengenai kehidupan para sahabat. Antaranya Syed Qutb dalam kitab Ma'alimnya. Bagi Dr Abdullah al-Qarni, beliau mendapati ada lima perkara yang membezakan kehidupan jenerasi sahabat dengan orang lain seperti berikut:
1) Cara hidup yang sederhana dan tidak memaksakan diri. Mereka menghadapi segala masalah hidup dengan sewajarnya, iaitu tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu dibebani.
2) Ilmu mereka luas, penuh berkat dan praktikal. Ilmu mereka tidak retorik dan tidak terlalu berbelit-belit.
3) Mereka menganggap amalan hati lebih penting dari amalan fizikal. Dihati mereka ada keikhlasan, inabah (kembali pada tuhan), tawakal, kecintaan mendalam kepada Allah, keinginan dekat dengan Allah, rasa khuatir amal yang dilakukan tidak diterima Allah, perasaan takut jika seksa Allah menimpa mereka dan yang seumpamanya. Bagaimanapun, amalan-amalan mereka sangat sederhana berkaitan dengan hal-hal yang sunat, sembahyang dan puasa. Malah tabi'inlah (jenerasi selepas sahabat) yang lebih rajin melakukan hal-hal yang sunat.
4) Mereka sengaja mengurangi nikmat dunia, menjaga jarak dengannya, menjauhkan diri dari godaan dan kemewahannya. Semua ini membuatkan mereka berada dalam ketenangan, dalam kedamaian dan ketetapan hati.
5) Mereka menempatkan jihad sebagai keutamaan berbanding amalan yang lain, hatta jihad menjadi tanda, sakhsiah dan cogan kata hidup mereka. Dengan jihad mereka mampu menghilangkan semua kebimbangan, keresahan dan kesedihan. Ini ialah kerana dalam ihad ada zikir, amal, pengorbanan dan aktiviti. Seorang mujahid dijalan Allah adalah orang yang paling bahagia, lapang dadanya dan bersih jiwanya. Maksud firman Allah: "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami benar-benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (al-Ankabut: 69).
Sumber: Jangan Bersedih oleh Dr Abdullah al-Qarni.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
1. Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
2. Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
3. Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
4. Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
5. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
0 Comments:
Post a Comment
<< Home