Disebalik Diri..
:: Allahu Allahu Allahu ::
Teman…
Tika senja ini..
Di daerah perjuangan ini..
Ku merenung ke ufuk timur
Menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan
Satu persatu ku perhati..
Satu persatu ku teliti..
Cuba untuk mencari makna disebalik keindahan
Mencari hikmah yang terhijab di balik tabir kejadian
Penawar hati gundah seolah tak bernoktah..
Teman..
Lama ku berfikir
Seolah-olah minda kosong tak berisi
Apa sebenarnya yang ku cari..
Adakah hikmah sekadar untuk menutup kesedihan hati
Atau untuk menghayati hakikat penciptaan diri?
Teman..
Masih lagi ku ingat katamu..
Alam yang indah..aman..damai..
Bak diri yang penuh dengan nafas keimanan
Ketenangan tak perlu dicari
Kerana ianya akan hadir sendiri pabila taqwa menghiasi..
Menyedari dan menginsafi..
Segala cubaan dan dugaan bukan sekadar menguji tahap keimanan
Tapi sebagai bukti penghambaan
Sejauhmana cinta dan bakti tertumpah
Adakah hanya kerana mengharap balasan Tuhan?
Dan sebenarnya kita hanya menyimpan angan
Amal yang dicurah mampu membayar nikmat
Tuhan Memadam api neraka yang menjulang..
Menahan kemurkaan Tuhan..
Teman..
Ku tersenyum sendirian..
Mentertawakan diriku juga insan lain
Bukan kerana ketidaksempurnaan diri
Atau kerana kebodohan diri di mata insan
Tetapi kerana..
Ku tidak menyedari.. J
alan yang dilalui semakin menghampiri jalan mati
Tiada persimpangan lain untuk dituju
Tiada juga peluang untuk berpatah pulang
Dosa dan noda disepanjang perjalanan
Saban waktu mengharap keampunan Tuhan
Sedang doa tak diperkenankan sebelum permintaan
Murka Tuhan..mampukah ku tahan?
Teman..
Ku masih di sini..
Kembali merenung ke ufuk timur..
Tiada lagi mentari yang bersinar..
Cuma malam yang semakin berlabuh..
Gelap.. Sunyi..
Tiada bintang menghiasi dada langit
Juga tiada unggas memecah keheningan..
Mungkin begitu gambaran hatiku..
Sirnanya tak terpancar dan terluah..
Teman..
Ku masih ingin berada di daerah ini..
Meneruskan nafas seorang pejuang (adakah aku masih dianggap pejuang?)
Kerana aku sendiri tak pasti
Mungkin esok..lusa..atau seketika nanti..
Helaan nafasku tinggal satu..
Namun hingga saat itu
Ku harap bertemu cinta agungku..
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
0 Comments:
Post a Comment
<< Home