P Pinang terkulai di Ipoh
:: Allahu Allahu Allahu ::
PERAK berada di landasan tepat untuk mempertahankan trofi bola sepak Piala FA apabila membelasah Pulau Pinang 6-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua yang menemukan dua pasukan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.
Penyerang import Liberia, Frank Seator meledakkan hatrik diikuti dua gol dari rakan penyerang Keita Mandjou manakala Chan Wing Hong menjaringkan gol terakhir buat Perak mengumpul bekalan ampuh menjelang perhitungan kali kedua di gelanggang lawan, Rabu depan.Toni Netto mengekalkan hampir semua pemain utamanya seperti ketika membelasah Public Bank 4-0 minggu lalu dan mengasak sejak sepak mula tetapi mendapati barisan yang dilatih Norizan Bakar sukar untuk dibolosi.Semakin panas badan, tuan rumah mula mempamer gandingan lebih mantap di antara Mandjou dan Seator serta dibantu dengan kerajinan Wirat Nom dan Shahrunizam Mustafa, bagi menguasai 25 minit saingan awal.Begitupun, Pulau Pinang yang terlebih dulu menghidu peluang jaringan apabila Mat Saiful Mohamad meledakkan rembatan kencang dari 30 meter tetapi penjaga gol Mohd Hamsani Ahmad tangkas menepis keluar pada minit ke-27.Dua minit kemudian, kira-kira 8,000 penyokong Perak melonjak gembira apabila Seator melompat tinggi untuk menanduk masuk hantaran silang Shahrulnizam dari sebelah kanan yang menewaskan Sharifudin Shahril di gawang Pulau Pinang.Selang empat minit, penyokong tuan rumah bersorak lagi apabila sepakan sudut tinggi disudahi rembatan Mandjou yang terkena badan pertahanan Pulau Pinang dan melantun menerjah jaring untuk menewaskan Sharifuddin sekali lagi.Biarpun Pulau Pinang menguasai babak awal separuh masa kedua dan Norizan memasukkan Tengku Hazman Raja Hassan, pelawat nyata sukar untuk menandingi kelancaran permainan tuan rumah dan Seator menambah gol ketiga dengan tandukan sipi hasil bola silang Wing Hong.Selepas Mandjou menjaringkan gol keempat pada minit ke-78, Seator melengkapkan hatriknya dengan gol kelima pada minit ke-81 apabila menyambut hantaran silang Hishamuddin Othman dan meledakkan rembatan kencang sebelum Wing Hong menutup tirai jaringan dengan rembatan jarak 30 meter yang gagal ditangkap kemas Sharifudin dan menggolek masuk.
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
0 Comments:
Post a Comment
<< Home