Tuesday, August 30, 2005

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

Salam sejahtera. Dikala ini, ramai diantara kita yang lebih mengenali peserta-peserta pertandingan program realiti. Nyanyian dan persembahan mereka sudah lali dengan kita. Kita boleh mengetahui nama kampung atau warna kegemaran peserta tersebut. Namun apabila kita menyebut nama Najmil Faiz, tak ramai yang mengenali beliau.Kita lebih mengambil berat dan sanggup mengalirkan airmata mendengar penyanyi dikritik atau diundi keluar daripada mengingati pengorbanan seorang pemuda Melayu berhempas pulas bekerja keras mencuci bangunan dan mengangkat barang demi mencari wang untuk membiayai pelajaran dan survival beliau di negeri orang.Inilah cerita mengenai seorang pemuda Melayu yang pada 14 Mac 2005 yang lalu, telah membentangkan hasil kajian beliau kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Para pelajar terutamanya diharap menjadikan Najmil sebagai contoh dan idola mereka...Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz bukanlah dengan jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaan beliau biarpun beliau terpaksa merangkak sekalipun.Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya saing.Najmil Faiz Mohammed Aris, 26 tahun, pemuda berasal dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah 'tersedar' daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga. Selepas itu, beliau pernah bekerja di stesen minyak dan merasakan dirinya selalu dipandang rendah. Beliau pernah berasa malu dan tertekan kerana kegagalan, namun beliau berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abangnya. Disitulah permulaan dirinya yang baru.Kemudian beliau bekerja dengan sebuah firma di Kelantan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), di Batu Pahat dan pada tahun 2000 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds.Di sana, beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari. Pada waktu rehat tengah hari, sementara menunggu kuliah petang, dia bekerja. Semua jenis kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi menampung kos pengajian dan sara hidup.Semasa menceritakan pengalamannya di suatu majlis di Kuala Lumpur, beliau berkata bahawa tiada istilah penat dalam diri beliau dan beliau kerap tidak tidur malam mengulangkaji pelajaran. Beliau menambah lagi bahawa bukan mudah untuk beliau sampai ke tahap ini, sehingga untuk belajar bahasa Inggeris pun beliau terpaksa bertungkus lumus. Di dalam majlis tersebut, terlihat kesyahduan wajah kepuasan beliau dan menampakkan keyakinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya yang berakhir tahun depan.Pada 14 Mac 2005 yang lalu, beliau mencipta sejarah pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiiktirafan untuk membentangkan kajian beliau "Micro Machine Process" kepada anggota Parlimen UK di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Beliau membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit. Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan "Micro Machine Process".Najmil yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, berjaya membuka mata industri United Kingdom terhadap kebolehan rakyat menerusi inovasi yang dihasilkan. Menurut Najmil, kajiannya berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan. Katanya pengurangan geseran akan membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan. Kajian beliau amat diminati pengilang kerana ia dapat menjimatkan kos operasi berbilion ringgit dan masa, meningkatkan kadar hayat mesin dan gear yang digunakan serta meningkatkan keefisienan sektor pengilang di seluruh dunia.Selain itu, teknologi ini mampu dimanfaatkan oleh sektor perubatan terutamanya dalam pembedahan tulang belakang dan tulang pinggul. Ini dengan meminimumkan geseran pada permukaan dan sendi tulang yang dapat memastikan tulang berfungsi dalam keadaan terbaik.Hasil daripada pembentangan beliau yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajian Najmil di House of Common.Menurut Najmil lagi, sepanjang menuntut dan menjalankan penyelidikan itu, beliau mendapat banyak bimbingan dan nasihat daripada tenaga pengajar di universitinya selain sokongan rakan-rakan. Beliau terpilih untuk membuat pembentangan itu hasil daripada perakuan universitinya.Beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil kajian beliau di Malaysia agar Malaysia dapat bersaing dengan negara lain menjelang 2020.Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Mac tahun depan untuk muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, sekaligus memulakan kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat, Johor. Beliau berazam untuk berkongsi pengetahuan dan teknologi yang dikumpulkannya sejak berada di UK dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar KUiTTHO apabila kembali ke tanah air sebagai seorang pensyarah. Memegang pepatah Melayu, ``Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'', Najmil menolak ganjaran tinggi yang ditawarkan oleh industri di UK.Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mungkin tidak boleh menyanyi dengan 'pitching' yang elok mahupun menjanjikan persembahan naynyian yang baik, namun beliau patut menjadi pujaan anak-anak dara dan ibu-ibu sebagai calon suami dan menantu, idola kepada para pelajar dan ibubapa yang mengecapi keselesaan hidup. Sedangkan beliau yang susah boleh berjaya, mengapa tidak kita terutamanya yang membaca artikel ini di jiwang.org?Anehnya ketika Najmil berjuang untuk kecemerlangan diri dan bangsanya, ramai orang muda langsung tidak memikirkan soal agenda bangsa. Mereka lebih kelihatan dilanda keasyikan untuk pencarian bakat nyanyian. Mendorong makin ramai remaja Melayu di bangku sekolah lagi sudah berlumba-lumba mahu menjadi penyanyi, bukannya pakar matematik dan sains. Seolah-olah hiburan menjadi agenda lebih penting.Najmil Faiz adalah seorang idola yang tidak boleh di-AFSINGKIR-kan daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia.

Disesuai dan diubahsuaikan dari:
- Najmil buka mata industri UK kebolehan rakyat kita, Utusan Malaysia 23/03/2005
- Prof. Diraja Ungku Aziz terima `Anugerah Melayu Terbilang', Utusan Malaysia 12/05/2005
- Najmil Faiz azam kembang teknologi Nano, Utusan Malaysia 16/07/2005
- Antara realiti dan fantasia, Mingguan Malaysia 31/7/05


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

5 Perkara dalam 5

Banyak kajian telah dibuat mengenai kehidupan para sahabat. Antaranya Syed Qutb dalam kitab Ma'alimnya. Bagi Dr Abdullah al-Qarni, beliau mendapati ada lima perkara yang membezakan kehidupan jenerasi sahabat dengan orang lain seperti berikut:

1) Cara hidup yang sederhana dan tidak memaksakan diri. Mereka menghadapi segala masalah hidup dengan sewajarnya, iaitu tidak terlalu berlebihan dan tidak terlalu dibebani.

2) Ilmu mereka luas, penuh berkat dan praktikal. Ilmu mereka tidak retorik dan tidak terlalu berbelit-belit.

3) Mereka menganggap amalan hati lebih penting dari amalan fizikal. Dihati mereka ada keikhlasan, inabah (kembali pada tuhan), tawakal, kecintaan mendalam kepada Allah, keinginan dekat dengan Allah, rasa khuatir amal yang dilakukan tidak diterima Allah, perasaan takut jika seksa Allah menimpa mereka dan yang seumpamanya. Bagaimanapun, amalan-amalan mereka sangat sederhana berkaitan dengan hal-hal yang sunat, sembahyang dan puasa. Malah tabi'inlah (jenerasi selepas sahabat) yang lebih rajin melakukan hal-hal yang sunat.

4) Mereka sengaja mengurangi nikmat dunia, menjaga jarak dengannya, menjauhkan diri dari godaan dan kemewahannya. Semua ini membuatkan mereka berada dalam ketenangan, dalam kedamaian dan ketetapan hati.

5) Mereka menempatkan jihad sebagai keutamaan berbanding amalan yang lain, hatta jihad menjadi tanda, sakhsiah dan cogan kata hidup mereka. Dengan jihad mereka mampu menghilangkan semua kebimbangan, keresahan dan kesedihan. Ini ialah kerana dalam ihad ada zikir, amal, pengorbanan dan aktiviti. Seorang mujahid dijalan Allah adalah orang yang paling bahagia, lapang dadanya dan bersih jiwanya. Maksud firman Allah: "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami benar-benar Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (al-Ankabut: 69).

Sumber: Jangan Bersedih oleh Dr Abdullah al-Qarni.


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

1. Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
2. Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
3. Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
4. Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
5. Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

Sumber: Utusan Malaysia
Tarikh: 24.08.05
URL:http://www.utusan.com.my/utusan/content.aspy=2005&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Kolej Islam - Perjuangan menegakkan syiar Islam

Oleh ZUNAIDAH ZAINON


ISTANA Jemaah Kampung Jawa yang diwakafkan oleh SultanSelangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah kinidiubahsuai menjadi pusat pentadbiran KISAS.MEMOIR Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), terpahatdalam sejarah sebagai sebuah institusi keagamaan yangmelahirkan para ilmuwan dan cendekiawan Islam tersohordi Malaysia, Brunei dan Singapura.Susur galur sejarah menyaksikan keunikan penubuhanKISAS yang pada mulanya lebih sinonim dengan nama,Kolej Islam Malaya (KIM).Malah, tapak untuk menempatkan kolej itu jugamerupakan Istana Jemaah Kampung Jawa, Klang, iaituistana Sultan Selangor, Almarhum Sultan HisamuddinAlam Shah yang telah diwakafkan.Semangat nasionalisme yang menular di kalangan pejuangpatriotisme, menggalakkan lagi penubuhan sebuahinstitusi berasaskan pendidikan agama Islam.Ketika itu, sumber kekuatan datangnya daripada parapelajar Tanah Melayu yang menuntut di Asia Barat.Desakan bermula pada 9 Januari 1949 apabila KongresUlama-ulama Asia Tenggara bermuafakat untuk menggubaldan menyiapkan kertas kerja berkaitan penubuhaninstitusi pengajian tinggi Islam di Tanah Melayu.Kemudian pada 1 Disember 1949, rombongan mengadapSultan Selangor menyembahkan laporan penubuhan KIMdiketuai Tuan Syed Ibrahim Omar Al-Sagoff.Bertitik tolak daripada itu, satu mesyuaratJawatankuasa Pusat KIM bagi membincangkan pengambilanpelajar, guru dan kurikulum diadakan pada 16 April dan20 Julai 1954.Seterusnya pada 25 Februari 1955, bermula sesipengajian KIM yang pertama dengan pengambilan pelajarseramai 55 orang.Pengetua pertama KIM, Pehin Datuk Seri Maharaja DatukSeri Utama (Dr) Ismail Omar Abdul Aziz merupakan anakwatan yang mempunyai rekod pencapaian akademikcemerlang di Universiti Al-Azhar dan UniversitiKaherah.Selain itu, atas daya usaha Tuan Syed Ibrahim OmarAl-Sagoff, Kerajaan Republik Arab Bersatu telahmengutus dua orang sarjana mereka, iaitu Dr. MuhammadAbdul Rauf (kemudian dikenali sebagai Tan Sri ProfesorDr. Muhammad Abdul Rauf) yang kemudiannya menjadipengetua kedua dan Dr. Abul Khayr Zaki Badwi(kemudiannya Profesor Dr. Zaki Badawi).Setelah melalui pelbagai cabaran, tanggal 8 April1955, Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin AlamShah mencemar duli, merasmikan KIM.Harapan baginda agar kolej mampu melahirkan para ulamayang bertakwa kepada Allah s.w.t. dan menerangimasyarakat Malaysia dengan roh-roh Islam serta dapatmenghapuskan segala bentuk kekufuran dan kejahilan.Pada 1966, Kursus Sijil Tertinggi KIM dipindahkan kebangunan yang baru di Petaling Jaya, dan seterusnya keBangi membentuk Fakulti Pengajian Islam di UniversitiKebangsaan Malaysia.Namun begitu kursus persediaannya masih lagi ditinggalkan di Klang.KIM hanya bertahan sehingga tahun 1967 apabila namanyaditukar kepada Kolej Islam Klang (KIK) setelahdiambil-alih oleh Kementerian Pelajaran untukdijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.Akhirnya pada tahun 1972, ia diangkat menjadi SekolahBerasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahansehingga hari ini.Hampir 22 tahun dikenali dengan nama KIK, sekali lagikolej itu ditukar kepada Kolej Islam Sultan Alam Shaholeh Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Ibni AlmarhumSultan Abdul Aziz Shah pada tahun 1989.Bagaimanapun, bangunan asal bekas istana tersebutmasih dikekalkan.``Kolej ini begitu istimewa kerana keunikan sejarahpenubuhannya. Kita dapat melihat kesungguhan pejuangkemerdekaan dengan semangat nasionalisme sertakeinginan untuk mewujudkan sebuah institusi pengajianIslam telah membantu ke arah kelahiran KISAS,'' jelasPenolong Kanan merangkap Pemangku Pengetua KISAS,Haznah Hamzah.Menurut beliau, KISAS juga diiktiraf sebagai SekolahBistari Rintis antara 88 buah sekolah di seluruhnegara pada tahun 1999.ImejBersesuaian dengan imej sebagai sekolah berasramapenuh, beberapa kejayaan ditempa sepanjang tahun 2005.Paling membanggakan apabila KISAS yang mewakili negeriSelangor, muncul juara pertandingan Forum RemajaKebangsaan 2005 anjuran Dewan Bahasa dan Pustakabaru-baru ini.Pasukan KISAS diwakili oleh Siti Aishah Abas selakupengerusi forum, Muhammad Haris Azman (ahli forumpertama), Muhammad Fauzan Abdullah (ahli forum kedua),Johari Md. Salim (ahli forum ketiga) dan Fatin NadiahAlias (simpanan).Kejayaan tersebut sekali gus memecahkan rekod bagiSelangor yang belum pernah memenangi pertandingan yangdiperkenalkan pada tahun 1989.Selain itu, KISAS turut menyapu bersih dua anugerahutama, iaitu Pengerusi Terbaik menerusi Siti Aishahdan Ahli Forum Terbaik yang dimenangi oleh Johari(ahli forum ketiga).``Para pelajar begitu komited dengan setiap aktivitiyang dianjurkan. Tambahan pula, kami memangmenggalakkan pembabitan pelajar dalam programberbentuk kemasyarakatan,'' ujar beliau yang bertugasdi kolej itu sejak 1985.KISAS juga berjaya mencatatkan pencapaian terbaik bagiSijil Pelajaran Malaysia tahun lalu. 125 pelajarnyamemperoleh lebih daripada 10A, manakala 43 pelajarmendapat 10A.Bagi meneruskan kegemilangan kolej Islam, pelbagaiprogram diatur kepada para pelajar bagi memastikanmereka mendapat keputusan terbaik dalam setiappeperiksaan yang diduduki, termasuk Sijil Tinggi AgamaMalaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.``Di antaranya, Program Perkongsian KecemerlanganAkademik yang menjemput penceramah luar ke sekolahuntuk menerangkan tentang teknik belajar dan menjawabpeperiksaan.`` Manakala Program Perkampungan Ilmu pula, parapelajar harus berada di sekolah sepanjang cuti bagimengikuti bengkel yang disediakan.``Program yang paling berat dan memerlukan komitmensemua pihak, ialah Program Sentuhan Terbilang.``Di sini para pelajar dan guru perlu mengikuti kelassetiap malam selama sebulan. Ia diadakan setiap kalimenjelang musim peperiksaan,'' ujar beliau yangmemangku jawatan pengetua menggantikan Rohmat Jusohyang bersara sejak 13 Julai lalu.Pada masa ini, jumlah pelajar yang menuntut di kolejitu ialah seramai 686 orang dengan 91 tenaga pengajar.Keunggulan Kolej Islam sebagai institusi tersohordibuktikan melalui bekas pelajarnya yang berjayamenjawat jawatan penting dalam pelbagai lapangantermasuk profesional.Di antaranya, Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Othman Desa; Penasihat Agama kepada PerdanaMenteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman; PengerusiKumpulan Felda, Tan Sri Dr. Yusoff Noor dan PengerusiMajlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim.PendidikanTokoh akademik yang turut mendapat pendidikan di kolejitu juga, ialah Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sasteradan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr.Ramlah Adam dan Presiden Kolej Universiti IslamAntarabangsa Selangor, Datuk Mohd. Adanan Isman.``Kebanyakan alumni kolej ini berjaya dalam kerjayadan ada sebahagiannya menjadi orang penting dalampolitik.``Malah mereka juga banyak membantu terutama dalampembangunan infrastruktur dan kemudahan kolej,'' jelasbeliau yang memulakan tugas sebagai guru bagi matapelajaran Kajian Am (kini dikenali sebagai PengajianAm).Tambah Haznah, beliau pernah menyuarakan hasrat kepadapihak Muzium Negara untuk mewartakan tapak istanasebagai salah satu warisan negara.Proses itu menjadi mudah kerana secara kebetulan,beliau berurusan dengan bekas pelajarnya yang pernahmenuntut di KISAS.Hingga hari ini, kolej Islam melalui tiga generasibermula sebagai Kolej Islam Malaya, Kolej Islam Klangdan Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah bukti kepadaperjuangan masyarakat Melayu menegakkan syiar Islam dirantau ini.


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Monday, August 15, 2005




~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


vvv

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~


Gumbira rasa hati pagi 15 agustus 2005 masehi ni...kembara merdeka...jurubu yg mula menghilang...

kalau lihat di fav aku..pastinye nampak [kalau yg taktau bola sepak mybe taktau]..so malam td arsenal n perak due2 menang pulak tu..tu yg best sgt nih..huhu~....moga semua dapat tau gunner n seladang tetap pilihan juara samada piala malaysia tau premiership...

seladang kalahkan red giant [ala selangor yg tak best tu] 2-1. gunners pulak menang 2-0 ke atas magpies....great start for them'll...so i'm very proud of the teams...hope great start can be continue in future match....

then..nak cite sket gak pengalaman hujung minggu ni..kembara merdeka bersama DPP bagan datoh ke Teluk Senangin..alhamdulillah sambutan daripada budak2 muda kat area sini mmg menggalakkan..baguslah moga harapanku agar terus cemnerlang..

yg bestnye semua org2 besar DPP ni tak kekok pon nak bercampur ngan bebudak2 mude nih..a ery good attitude..tak la macam the another block..huhu~..ntah2 kalu yg tu baru jd exco pon dah tak layan sgt bebudak yg baru2 nih...

so bermula daripada bagan datok pada pukui 9 pagi..kami menaiki kereta/van para ajk program dengan setiap kenderaan ada bawa bendera dan banner [tak la poster kecik je kat pintu-mcm dalam gambar] KEMBARA MERDEKA DPP BGN DATOH.

then samapi sane [teluk senangin] dah memang best la..ombak die perghh...menggiurkan kami nak mandi..ehehe..so lepas tegakkan khemah masing2 n khemah utk solat, masing2 mula la gi main kat gigi air..ajk plak sibuk memasak...so lepas makan tengahari, kami solat zuhur n asar [jama' wa qasar]...then bermula lah program pertama bertaaruf bersama ajk dan peserta..alhamdulillah..rata2 peserta yg datang ni ok2 gak la [walaupun biasa la...]so daripada taaruf yg agak ringkas itu, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan..sbbnya akan ada acara yg dipertandingkan nanti...[actually yg bestnye dalam menarik adek2 n pemuda2 dr kawasan ni..aktiviti yg dijalankan agak santai dan longgar..so sume happy..-alhamdulillah satu uslub da'wah yg amat bagus...]. so petang tu adala perlawanan bola tampar n bola sepak..[grup penulis menang num 1 bolatamapr n number 2 bola sepak]...so lepas tu sumenye mule terjun dalam laut...

malam menjelma dengan kabus jurubu byk lagi..kalau tgk laut tu...tak nampak la pulau2 kat depan sane...[ agaknye ipu 100 kot]...so cam biase mandi2 n kemudian solat maghrib n isyak [jama n qasar] dan kemudian kami dihadiri oleh DPP Lumut yg hadir sebagai tuan rumah..so lepas taaruf, kuliah maghrib di sampaikan...

antara perkara yg penting...3 ciri untuk jd pejuang [frontliner]
-ilmu...[akidah yg mantap,perjuangan......]
-tanzim [jamaah yg diintima']
-rohani [amalan rohani yg mantap]

so lepas tu DDPL bw plak bubur [ala bubur cam kat kg baru tu-rasenye lebih sedap kot..] habis licin dokerjakan oleh semua peserta n ajk..huhu~...makan lagi bihun goreng..ait masing2 menambah nampaknye....dah pukui 9.30 tu plak...makan lagik..ish2x...makan malam la plak..dimasak khas oleh anak sorang pakar buat nasi biryani..[alfaouk hussin]..bleh tahan ayam kari kurma tuh...

lepas tu sumer mula la ngan aktiviti masing2 ada yg memancing..jalan2 kat tepi pantai..almaklumla malam2 ni dah mule panas..tak mcm petang semalam yg ditiup angin monsun yg nyaris2 menerbangkan sume khemah2...

seawal 5.30 sume peserta sudah digerakkan utk persediaan solat subuh [walau ada seketul due yg liat]..lepas solat..bacaan mathurat dan kuliah oleh Ketua DPPBD...[kemerdekaan drp perpekstif islam]..antaranya kemerdekaan kita bukan drp jajahan sahaja samada drp fizikal ataupun mental dan akhlak tetapi kite mencari kemerdekaan drp api neraka dan siksaan ALLAH s.W.T....kemudian LDK ringkas mengenai PAAAAAAAAAAAAAAASSSS sendiri utk soal jawab antara peserta..[ait byk yg lentok2 tuh...]

angin kencang yg melanda sekitar 7.30 menyebabkan LDk ditamatkan awal..masing pantas pulang ke khemah menyelamatkan harta dan khemah masing...hen hujan mule turun...sampai pukui 10.30...tapi peserta2 ni tak tahan sgt..se awal 8pg sume dah mule terjun n mandi kat laut..apetaknye air pasang n ombak yg kuat la...[btui la ombak kecik2 kawan dah besar jd lawan~tsunami].........sebelum tu sume dah sarapan so bykla tenaga nak melawan ombak2 tu...

acara seterusnya sepak ragaratus dan dat[individu]...penulis dapat la air oren FnN..sbb dapat baling kat 20..huhu~ [terel gak rupenye aku].....lepas tu bile ajk kene cabar ngan perserta nak lawan bola tampar..maka berlansunglah 2 game yg sengit dag hangit...due2 ajk menang tipis 21-19...main jampi kot ustaz2 nih...

so sementara ajk mask utk makan tengahari peserta2 dah mule main ngan imbak lagi then ade yg samapi kat kg nelayan..semata nak duk dalam sapan yg tergodek2 di pukui ombak....

selepas makan tengahri..dan bersiap2 utk pulang...kami berkumpul sebentar utk mendengar amanat dan harapan pengarah program dan ucapan drp KDPPBD....alhamdulillah..moga2 lepas ni adek2 ni akan mule commit dengan aktiviti di surau n masjid kg masing2 n esplly la kalau ade lagi aktiviti drp DPPBD or PASSSS sendiri...

rata2 drp pandangan penulis sendiri..kebanyakan peserta datang just utk happy..but its quiet ok coz dalam padatu dapat jua ilmu rite...moiga2 aktiviti2 seperti ini lah yg akan dapat menarik..glgn mude supaya lebih mendekati dan memahami perjuangan yg sebenar..taklah dimomokkan dengan AF jer..ok la penat a cite...

balik2 drp kembara ni tgk la kiri n kanan ..mase g tak nampak plak besarnye pelabuhan lumut tu..bile dah balik..terang n jelas lah...so bile on daway balik pon yg bestnye berderet2 kete dengan bendera malaysia dan poster DPPBD..nampak menarik n best la.....so bile sampai umah pon jurubu dah mule menghilang..sebabnye hujan 2 pagi berturut2 telah bergabung dengan habuk2 n gas2 serpih dan jatuh ke bumi...[tak igt la gas2 aper...nameje chemist..huhu~]

Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia. Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah CO, O3­, PM10, SOx dan NOx.

pen off [tangan dah penat menulis la ni kot...]


waKYeoP RS
[signature ini adalah benar]


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Sunday, August 14, 2005

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

CinTa PeSona

Dalam hati ada cinta
Dalam jiwa ada rindu
Dalam sanubari ada kasih

Namun entah bila
Akan ku temui titik pertemuan
Agar bisa disatukan
Untuk diserahkan rasa ini

Hanya buatNya yang Layak
Agar nanti Dapat dinikmati kemanisan
Semurni cinta
Setulus rasa
Pemilik Cinta Yang Maha Kaya...

....::xxXxx::.....


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Friday, August 12, 2005

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

PUTERI KOLEJ ISLAM

Rambutnya mengirai pada angin petang
berombak dari kerudung sutera
bangkit dari telimpuh lalu berpidato.

Suaranya membelah langit senja
bendera hitam kibas-mengibas
burung lalu terhenti terbang lantang
menusuk khlayak ramai.

Matanya tajam api memancar
terbakar rumput tempat berpijak
bahang gema menjilat asrama
gemuruh tepuk lonjak semangat.

Puteri berani Kolej Islam
muncul dari sumpah perjuangan
satu jiwa satu bangsa satu negara satu BAHASA.

SN Usman Awang 1967


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

Seloka Aurat

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati….

wallahua'lam


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

Yang Bernama CINTA...

Taken from ‘Yang Bernama Cinta’ by A. Karim Hj. Abdullah. Insya-Allah tak jiwang… :)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. –Hamka

Cinta sejati memang tidak memandang wang. Tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta. –Hukamak

Berkemungkinan yang kamu cinta itu tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan yang kamu benci itu tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar sahaja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika. –Maksud Hadis

Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur. –Umar Al-Khattab
Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan. –Yahya Bin Mua’dz

Jangan anda terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manisnya senyuman kerana mendung awan yang tebal itu pada mulanya juga kelihatan cahaya terang. Dan janganlah anda tertipu dengan senyuman, sesungguhnya racun itu kadangkala terdapat di dalam manisan.
Cintailah yang memberi nikmat dan janganlah engkau cintai nikmat yang diberikan. –Ahli Sufi

Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta.
Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampinginya sampai ke sakit yang membawa maut dan yang sebahagian hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu, kesemua pulang dan meninggalkannya terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghibur di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain daripada amal yang soleh. Maka kuambillah ia (amal soleh) menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan daku seorang diri.
-Imam Al-Ghazali-

Cinta itu suci dan tidak buta. Cinta kepunyaan Tuhan. Yang tidak suci dan buta ialah orang yang salah mempergunakan cinta. –Hamka

Cinta ialah air tinta kehidupan. Benci ialah racun yang membawa maut. Jika kebencian menyelinap masuk ke dalam pohon kehidupan, tumbanglah pohon itu. –Hamka

Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu belaka, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. –Al-Farabi

Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis Sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam PERJUANGAN, menempuh onak dan duri penghidupan. –Hamka

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. –Hamka

Cinta bukanlah hanya “I Love You”, “You Love Me.” Falsafah cinta sebenarnya ialah insanul kamil, hasil daripada mencintai Tuhan. –Al-Farabi

Lemparkan seseorang yang berbahagia dalam cinta ke dalam laut, dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan seseorang yang menderita dalam cinta ke dalam gudang roti, dia akan mati kelaparan. –Peribahasa Arab

Sebenarnya cinta itu tidak mempunyai rancangan yang muluk-muluk; satu-satunya hasrat cinta adalah kebulatan tekad. Kalau ada pun orang bercinta yang mengkehendaki itu dan ini, maka itu ialah kemahuan dirinya sendiri, bukan kemahuan cinta. –Khahlil Gibran

Cinta adalah iradat Tuhan, dikirim-Nya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan budi pekerti yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi. –Hamka

Barangsiapa yang hatinya telah terminum “air cinta dunia”, hinggakan dia telah berasa senang benar di dunia ini, maka akan timbullah dalam hatinya rasa kebimbangan yang tak habis-habisnya. –Maksud Hadis

Lebih mudah membahagi seribu selembar benang daripada membahagi dua sekeping cinta.
Hanyalah dengan mencintai Tuhan, cinta itu khalis dan kudus. –Omar Kayyam

Cinta dan rindu serentak dilahirkan. Tetapi jika cinta telah berkubur, rindu belum juga pergi...belum mati [sebenaR diri]


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Tuesday, August 09, 2005

xx

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]


Kematian yang dijanjikan....reJab yg Menjelma [tapi awat semua cam xtau je..huhu~]...

sebenarnya baru balik dari pengebumian sorang imam masjid kat kampung nih [sungai sumun-kt bgn datoh] Allahyarham ust. hj hamidon ahmad [alFatihah...semoga ruhnya dicucuri rahmat yg Esa]..hari khamis minggu lepas pon sorang muslimah [pangkat opah gak] pon kembali ke rhmatullah..die ni pon kire org alim gak..[ustazah masa zaman mudanya..anak2 pon ada yg jadi imam masjid negeri..etc]

so bile bukak internet tadi di kejutkan lagi dengan pemergian Icon of the Muslim World Ustaad Sheikh Ahmed Deedat has passed away (Al-Faatihah) http://www.ahmed-deedat.co.za/frameset.asp

sebelum tu kite dengar pemergian allahyarham zainab al Ghazali...seorang lagi pejuang islam yang unggul sejak zaman syeikh hassan al bana dan dalam ikhwanulmuslimin...

sorang demi sorang org alim ditarik Allah nyawa mereke...[begitulah janji Allah bahawa tanda-tanda besar kiamat itu apabila org2 alim ramai yang meninggal dunia...]

jadi semoga dengan tanda yang besar ini akan mengingatkan akan diri kita yg sering alpa dan leka dengan dunia dan sins semoga perbanyakkanlah amal ibadah dan bertaubatlah banyak2...[termasuklah penulis yg banyak sgt dosa nih-doakan kita semua]

justeru dengan kehadiran bulan rejab, bulan yang merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W.yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihanbulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.

Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.Ada yang mengatakan bulan rejab ini adalah bulan Allah manakala bulana sya'ban rasululLah dan bulan ramadhan umat muhammad.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.Kelebihan lain bulan Rejab:Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab: Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan RasulullahS.A.W. dan sirah Islam lain.

so memang ada byk lagi nak tulis tapi semua dah tau pon..tak pon ramai yg malas nak baca..baik baca naruto tak pon one piece ke..hehehe..pe pun sebagai permulaan..1st step..kene la mula puasa sunat rejab..[alhamdulillah dapat pose ari sabtu ari tu..mule2 mmg lupe tapi sbb tak makan lagi..penulis pon teruslah pose sunat...alhamdulillah dah dapat 3hari]..ini utk org yg nganggur je cam penulis..bg org yg dah kije n tgh belajaq tu..try2 la ek..

akhirnya moga dengan kisah kematian ulama' yg semakin ramai ni..n kedatangan rejab dan sebelum ramadhan ni..harap2 dapatlah kite sume mempergunakan ruang dan masa yg ada utk ibadah2 sunat dan melengkapkan ibadah wajib yg ada lopongnya..

allahua'lam bishowab.


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Thursday, August 04, 2005

[abu]

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

mereka-mereka yg tertewas dan yang nyaris tewas, sepanjang Minggu....

mereka yg tertewas minggu lalu

-kefli n yazer AF3 >kesan; takdapekl la join final minggu nih
-azahri mencari cinta Palsu Tv3 >kesan; selamat daripada permainan cinta palsu's
-chelskimOOron >kesan; duit tak dapek beli segalanYa
-ayaH pin's wives >kesan; nyaris masuk jail..bayo je la sorang 15 ratus...
- mekal shumercerss >kesan; org dah Tua baik berenti jerk..bagi peluang org baru..

opssss ade lagi.............







-rAPidah ajis n her APundi prob...

dan inilah cite yg paling hangat sekali sebenornye..camne la cite hubungan 'bapa' n 'anak' kesayangan die ni ek..dengar kabo si rAPidah ni bercuti sebulan..dari APrika singgah sat kat KL tukau transit n g Australia..perghh ni mesti nak menyejukkan cite yg tgh hangat n tak berkesudahan la nih..biase ar tu tektik lame..panas..panas membara then tetibe je padam..

tak caye tgk a kes2 si khir TOYOs...meletup2 kat paper..dah nak kene buang je bunyinye..tapi still lagi MB darul ehsan skang nih..lepas tu si Isa samad plak..dah konpem salah bagi rasuah..ngetop2 dah kat koran2 utame..die pon bijak gak time reporter tanye cakap no komen..then tutup cite...hilang lagik..

agak2 penulis la kes rApidah ni pon lebih kurang jer..sebulan cite dah basi..tak pon sat g kuar la plak kes penutup citer..kes2 ikan bilis la nih..tapi taktau la sbb kali ni lawan die si Tun yg gugah purkasa nih...best nih..kalu jadikan game strategi mesti aku main..pilih Tun la..die pon dah pandai wat lawak sarkistik nih..tak direct2 cam mase jd PM dulu..

APundi rAPidah vs AtUndi Tun


..........:sape lagi yg tewas ek......erm sape lagi rakyat la...

minyak petrol naik lagik sekupang dah jd rm1.62 seliter skang...ada 4 kupang lagi...nak jd rm2. so pelagi..barang2 pon ikut la naik sekupang dua..tak pon ade yg sampai setengah rm..yg tewas kite la si rakyat julita nih...

minyak mentah naik kat pasaran dunia..so kerajaan tak dapat tanggung subsidi..memangla tak dapat..kerajaan bumi dah takde duit..utang keliling semenanjung...bukan utang je duit tu plak nak selamatkan kronis2 yg nak bangkrap C++ tu plak...tbg haji dah..KWSp pun dah nak kene..ape je lagi yg tinggal..erm ASb,ASn ke??

so tunggu la kenaikan harge minyak ni lagi sampai rm2..then kenaikan harge barang..penulis ni jenis org yg slalu g kedai beli barang n bende yg besia dibeli semenjak dua menjak ni MILO extreme..yg sekilo tuh..tak samapi 2 bulan {2kali minyak naik] milo ni skang dah jd rm 13-rm13.50 drp rm12..tinggi tuh...

penulis nak cite sket pengalaman minggu lepas [ahad]..pagi tu baru je dengar berite minyak naik 10sen..so igtkan mula 1 0gos ke..lepas jalan2 g danga bay pi la isi minyak..tgk2 dah naik harge..tanye la brader tu bile naik..die habaq pukui 1201 mlm tu dah naik..ish2x kalu naik tak nyempat2..kalau nak turun ntah bile...

minyak naik..Api pun nak naik..baru La MARAk mesia yg jurubu ni..lepas tu sume cari AP yg dah g naik kat 'kerajaan langit' die tu...

cite pasai naik2 ni teringat plak 2 cite.satu pasai TNb plak nak naikkan tarif letrik..ushhh makin merane la kome..mike n teman semua...n yg number 2 pasai AP gak..ape lagik Ayah Pin la..dengar cite ayah pin tak dapat dikesan kat mesia..yg dpat bini2 die je..tu pon 3 org je..yg sorang ikut AP g naik pesawat NASA..ye a kan die meme arif kat angkasa lepas sane tu..memula org kate die naik ikut tangge lutsinar die kat corong teko die tu..tapi lupe plak bawak kunci nak bukak pintu teko tu..[dah ilang gameknye sbb terkucil2 lari drp kene serang]..so bile NASA offer trus je la die terime..die kuar mesia pon gune Us marin..tu la pasal Musa Hasan n co. tak jumpe..

dipercayai juge
[sebut btul: dipercayai] penyelamatan AP ni atas arahan President kat 1600 tu..ye ar kan Us nak wat kos umah rendah [bayar kemudian daftar dulu] kat planet marikh tu..n si AP ni plak paham bebenor jalan2 kat space sane tuh..tentulah berbaloi..

n dipercayai jugak..dipercayai jugak penghantaran segera AP n wife n krew NAsa ke marikh ni diuat secare tergese2..so terpakse la Us menyedut sebanyak2nye miyak kat iRaq [yg die pinjam drp rakyat sane]..tapi tak cukup..sume minyak di nak digunakan dek roket nak bawak AP n krew g space..so minyak pon naik rege
..[dipercayai dan dikhuatiri] laporan daripada AFP ni benar..tambahan pule Roger Dumb [editor The SUn] yg dapat hak xklusif siarkan pengembaraan doremon ops AP kat sane mengiye2kan je bile di tanye..[cume die tak dapat ikut] sebab kete die pon dah tekade minyak petrol..

argahhh..ngantuk dah nih...ape lagik erk..kerajaan langit sudah...weh sayang la teko tu dimusnahkan gitu je...kalu tak le jadi maskot baru ganu kite..teko gergasi..hehehe


so sape yg akan menang minGGu nih??

-mawi ..... sebab APundi die byk gile
-Tun dr.... sebab rAPidah dah lari g australia [Tun nak jejak die gak tuh]
- Da GunnerS...sebab belash chelskiMoron 6-0 [huhu~]






-aku??...sebab dapeh koje nih..[kome some doa2kan le teman ek]


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------



~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

SebeNaR diRi

Tanpa jemu usia terus berlari
Si kelana terus mengejar tiada berhenti
Pengembaraan masih terus meniti hari
Pelita fikir pada kegelapan jaulah terus menyinari
Ruang telaah dalam perantauan penuh tirani
Menjadi azimat buat musafir mengota janji
Mengenal sebuah diri yang sebenar-benar diri

Dalam mencari sebenar diri
Embun hidayah muncul menyirami jiwa
Menitis dan masih terasa kesejukannya
Tetapi kesejukan itu kadangnya hanya sementara
Menyejat kala dinihari dilimpahi cahaya
Lalu gersang tandus bagai sediakala

Bila hujan nurani tiada memberi sentuhannya
Dalam mencari sebenar diri
Jatuh bangun dalam ghazwah silih berganti
Rindu untuk menggapai sejalur kasih
Ilahi Yang rasanya dulu pernah dirungkai
Menggilap nawaitu yang sering berkonfrontasi
Hingga terang bersinar taifah kompromi
Membiaskan konotasi ikhlas bersemayam di hati

Dalam mencari sebenar diri
Mengimpi segugus butiran kedamaian
Mencipta azam keinsafan dan kesedaran
Walau dirantai sejuta kemelut kehidupan
Tempuhilah jua bersama penghayatan
Taburkanlah pengorbanan dalam perjuangan
Agar rebahmu bersama impian yang kesampaian

Dalam mencari sebenar diri
Istiqamahlah bersama cita-cita
Kuatkan himmah mencari setitis lautan cinta
Qanaah, sabar dan cekal tanjapkan sentiasa
Meski sering berselirat seribu tipu daya
Percayalah.. biarpun hari ini kau dalam derita
Nescaya esok kaulah insan yang bahagia

Dalam mencari sebenar diri
Berhentilah sejenak untuk merenungi
Melihat diri.. melihat hati.. melihat haqiqi
Sebelum mati dan pergi tidak kembali!


waKYeop RS


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------



wat bahase do u speak??
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

MyNetwork
[:: ] hudasoid [:: ] GoPi [:: ] moHnas [:: ] niSah harOn [:: ] zaid Akhtar [:: ] feeeSal teHrani [:: ] Helvy tIana RoSa [:: ] LukiSan malaM [:: ] adeeb [:: ] ghuroba [:: ] MukhriZ [:: ] wanZu [:: ] mueeZ [:: ] Azzahra SafiaH [:: ] widad [:: ] aShersiMakhlukGergasi [:: ] SanaYemen [:: ] adielaRahmad [:: ] eRmyAhmaD [:: ] syahidah [:: ] sYafixa [:: ] 9_tail_kid [:: ] My Bloody Arsenal [:: ] ex-KI 2000 [:: ] aDnin [oO ] raihanah