Tuesday, January 10, 2006

DUA KEPING SYILING BARU

Di kakilima bangunan ini aku duduk menadah tangan. Menanggih simpati , didalam genggaman tanganku ini ada dua keping syiling baru, Pemberian orang lalu lalang yang kasihan dengan aku, terima kasih, wang ini boleh saja kubuat alas perutku yang selalu kosong. Sejak dua hari ini aku hanya dapat makan sekeping roti sahaja. Namun begitu aku bersyukur kepada tuhan asalkan aku dapat makan untuk menyambung nyawaku ini, tidaklah aku nanti mati kebuluran.

Aku hidup sendirian, tidak berteman dan pula tiada siapa yang mahu menemani aku, seorang tua keparat yang banyak penyakit dan menyusahkan. Biarlah aku, aku pun tidak peduli siapa kamu.jangan kau peduli siapa aku. Rumahku di dalam kolong, di tepi kakiku mengalir air limbah yang busuk dan jijik, terlalu busuknya hinggakan jika anjing kurap lalu di tempatku, diapun akan menjerit melolong pahit dan busuk. Aku sudah lali dengan semuanya ini tempat tinggal ku inilah tanah airku.

Selama ini tidak ada yang simpati dengan sengsara yang menyelimuti tubuh tua ini, tiada siapa mahu menolong aku dari kegelapan hidupku ini jadi biarkanlah aku bahagia sendirian disini. hidup aku yang serong ini bagai satu kebiasaan kepada masyarakat mewah sekelilingku, walau aku cuba bangun namun tiada yang dapat aku lakukan untuk kembali menjadi manusia terhormat ,manusia normal. Aku sudah tua, tulang sudah reput, aku sudah tidak punya apa-apa, aku hanya hidup di penghujung nyawa.

Bila aku pejamkan mata aku sering terbayangkan semasa aku masih ada rumah lamaku yang dulu. Isteriku, sayangnya meninggal ketika melahirkan anak keduaku, anakku comel sungguh. Anak-anakku sepasang, lelaki dan perempuan. Tetapi dimanakah anak-anakku , dimanakah mereka sekarang ini? Anak-anak yang dulu selalu ku kendong, aku bawa kesana kemari, anak-anak menjadi kebanggaanku , dahulu itulah aku , kini aku sudah tidak berdaya, aku menjadi beban, aku menjadi masaalah, Mereka tolak aku dari hidup mereka , mereka sudah lupa siapa aku, mereka kini sudah kaya, maka aku ini tidak berguna lagi.

Aku masih ingat, ketika mereka keluar dari rumahku, mula-mula yang sulong , aku rela dia perempuan terpaksa mengikut suaminya. Tapi amat malang diriku ini, bila mereka ada anak mereka lupa hendak pulang, mereka lupa yang datuk ini hendak juga berjumpa cucunya. Aku masih ingat betapa marahnya anak lelaki ku kepada kakaknya kerana sudah lupa daratan. Aku hanya menenangkannya , “lupakan”, kataku, “dia ada tanggungjawapnya terhadap suami dan anaknya , kita tak perlu masuk campur”. Ketika itu tinggalah aku dengan anak keduaku, dia masih belajar. Dia ini aku memang sangat jaga pelajarannya. aku tidak mahu dia jadi seperti aku , aku mahu dia berjaya dan menjadi orang yang berguna. Alhamdullilah, doa aku makbul ternyata dia bintang cerah dalam pelajarannya, sudahnya berkerja di ibukota. Pindah juga akhirnya, tinggallah aku disini memeluk sepi sendirian.

Sesekali dulu pernah juga anak lelakiku balik kerumah membeli barang dapur dan kadang-kadang belanja aku makan di kedai kopi. Seronok nya aku waktu itu. Setiap kawan dan orang yang aku kenal tidak terlepas dari aku,, aku ceritakan dengan bangganya anakku kini sudah berjaya, berkereta pula. Namun bahagia itu tidak lama, setelah dia kahwin, dia mula renggang, aku tahu isterinya tidak sukakan aku. Mungkin kerana aku ini menghabiskan wang suaminya. Yang sering terpaksa balik kekampung menjenguk aku, tetapi aku tak minta semua itu, dia yang beli dia anakku, sebelum dia jadi suaminya dia terlebih dahulu menjadi anak aku.

Apalah nasibku ini, terpaksalah, untuk kesejahteraan mereka berdua aku mengalah aku minta mereka jangan pulang lagi kerumahku. Sewaktu aku luahkan kata-kata itu sekilas aku lihat isterinya tersenyum. Nampak sungguh ceria dia semasa keluar dari rumahku, dia gembira sekarang, aku harap mereka bahagia. Anakku bila aku beri kau pelajaran, aku tidak minta sedikitpun ganjaran. Aku harap agar pelajaran itu dapat membuat kau berfikir dengan lebih matang. Agar engkau tahu hati budi orang. Mungkin ini dugaan tuhan , maka aku terima dengan hati terbuka.

Anak-anakku tolonglah, kau lihatlah aku ini, di hujung jalan di tepi simpang. Dimanakah kau tinggalkan aku. Aku kini sudah tiada daya, aku selalu lupa aku tidak tahu dimana aku malah kadangkala aku tidak tahu siapa aku. Di tempat aku duduk ini berjiran dengan anjing dan kucing liar yang terbiar seperti aku . Relakah anak-anakku jika engkau disamakan dengan dengan kucing dan anjing jalanan, seperti mereka-mereka yang memandang aku sekarang ini. Aku ini tersanggat melarat dan hina anakku.

Kudis dikakiku ini lukanya lambat sembuh sudah bertahun masih bergitu. Aku hanya menutup dengan kertas agar jangan ada lalat bertelur disitu. Tidak perlu ubat, aku sudah tua hanya menanti masa untuk aku mati. Kakiku lukanya seribu rindu , rindu pada semalam aku yang malang dan dibalik garis wajahku kau lihat seorang tua fakir yang diam tidak menjawab, tetapi dihatiku ini sakitnya tak siapa tahu. Luka itu amat tajam menghiris hati seorang tua.

Bila malam menjelang, sering kukenang kembali kisah lama ketika bersama akan-anakku. Dan akhirnya kenangan itu membuat sayu, aku tak lalu makan. Kenangan itu sangat perit untuk di ingat apatah lagi kalau hendak dibicarakan. Aku kini letih, namun tidurku masih tidak menentu. Masih lagi aku mengharapkan anak-anakku segera ingat padaku, ayahmu yang tidak boleh kau tukar ganti kerana hanya ada aku satu sahaja ayahmu.

Biarlah aku berjaga malam ini , dari tidur aku yang singkat tadi aku dapat mimpi ngeri, kebelakangan ini igauku banyak hantu, mengganggu aku, aku yang sering di kejar lari dari tempat ini, aku ini sampah, aku ini terbuang, aku ini keparat, aku melarat. Masa berlalu terlalu pantas, aku bukan seperti dulu lagi , aku tak boleh segera lari. Aku perlu lihat mereka dari jauh untuk aku segera beredar aku tak mahu terkurung dalam sangkar.


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

-------------------------------------------



wat bahase do u speak??
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

MyNetwork
[:: ] hudasoid [:: ] GoPi [:: ] moHnas [:: ] niSah harOn [:: ] zaid Akhtar [:: ] feeeSal teHrani [:: ] Helvy tIana RoSa [:: ] LukiSan malaM [:: ] adeeb [:: ] ghuroba [:: ] MukhriZ [:: ] wanZu [:: ] mueeZ [:: ] Azzahra SafiaH [:: ] widad [:: ] aShersiMakhlukGergasi [:: ] SanaYemen [:: ] adielaRahmad [:: ] eRmyAhmaD [:: ] syahidah [:: ] sYafixa [:: ] 9_tail_kid [:: ] My Bloody Arsenal [:: ] ex-KI 2000 [:: ] aDnin [oO ] raihanah