so lastly cam bese..aku nak la meng'post' cerpen yg dah lame nak siapkan nih..maybe ade yg pernah baca dalam com aku kat utm dulu...so hayatilah cerita yg tak serupa apa nih...huhuhu
HIKAYAT 5 BERSAUDARA…
ArI terkejut dengan bunyi dering handsetnya. Sudah 3 atau 4 kali berdering. Dibiarkan sahaja kerana tidak mahu mengganggu moodnya melayari CSI. Tapi bunyi kali ini mematikan moodnya. Lantas jarinya menekan butang spacebar pada keyboard komputernya. Memberhentikan seketika layar DVD di monitor komputer. Bengkak menular pantas ke ulu hati. Masakan tidak, lenanya melayari lakonan Gil Grissom, Nike Stokes dan lain-lain terganggu.
Tangan meraba dalam laci meja. Sebuah hanset nokia 3310 diperhatikan. Tiada kelihatan message yang disangkanya tadi. Diselok lagi ke dalam laci, kali ini nokia 3315 pula yang diperhatikan. Hanya screen saver sahaja yang muncul di skrin handsetnya itu. “Ah, hp mana pula yang berbunyi tadik” getus hatinya yang mula panas. Sekali lagi tangan kanannya meraba ke dalam laci. Nokia 8130 pula yang dipegangnya. Senyum pahit terukir di wajahnya. ArI lantas membaca isi kandungan massage tersebut. “daripada LA rupanya. Mesti ada meeting gempar-gemparan lagi nih.” fikir ArI sendirian.
“SILA BERITAHU KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKOLEJ ANDA, BAHAWA KRI AKAN MELANCARKAN LBP (lujnah belum punya) BERTEMPAT DI IH (istana hinggapan) PADA PUKUL 9.37 MALAM BERSAMAAN 23 ZULKAEDAH 1425. KEHADIRAN ADALAH DIGALAKKAN DAN DIWAJIBKAN BAGI AHLI KELAB SEM AKHIR” lancar ArI membaca message yang baru diterimanya tadi. Sekuntum senyum gembira tiba-tiba muncul di tubir bibirnya. Gembira dan suka barangkali.
Tidak sampai 30 saat kemudian, terdengar lagi bunyi dering message tapi kali ini bukan dari nokia 8130 yang sedang dipengangnya. Ari pantas mengambil nokia 3315 di tepi timbunan susunan DVD CSI season 4 yang baru dibelinya. Kali ini message yang diterima adalah daripada AsI. Mesti AsI dan AfI juga sudah menerima berita tersebut daripada LA sendiri. AsI dan AfI adalah bekas rakan sekolej ArI dahulu. Tetapi mereka nekad berpindah kerana tidak dapat hidup dengan sempurna di kolej lama yang tidak mempunyai suasana atau pandangan yang menarik. Ari yang juga ketua KRI bagi kolej Lestari tidak dapat menghalang kehendak kedua sahabatnya. Kolej Rahim Kajai perlukan ketua yang baru untuk memimpin kolej tersebut. Ketua lama dah tamat belajar. Tidak ditinggalkan bakal ketua yang mampu memimpin KRI di KRK.
ArI hanya tersenyum sahaja. Terkenang ketika membangunkan KRI di Lestari, dia AsI, AfI dan AzI yang sama-sama memulakannya. Kini dengan perginya Afi dan AsI, maka Lestari hanya tinggal ArI dan AzI yang senior. Tapi dengan perginya dua junior iaitu AnI dan ApI antara figure Lestari ke KRK maka makin lumpuh pergerakan KRI di Lestari.
“WEH!! ADA DAPAT MSG DRP LA??JGN LUPA MALAM RABU NI.PELUANG BAIK NAK SETTLE NI. LESTARI KAN TAKDA BUNGA. AKU NGAN AfI KONPEM DATANG SEMAYANG MAGHRIB KAT IH” ArI membaca sepatah demi sepatah message daripada AsI. Pastinya AsI dan AfI sangat-sangat gembira mendapat khabar berita tersebut. Manakan tidak, mereka juga ahli KRI sem akhir. Tapi AsI mungkin mahu setahun lagi di UNIv. Banyak urusan yang belum diberesi lagi katanya.ArI hanya tersenyum membaca message itu. Teringat pesan LA, lantas di fowardkan message LA kepada rakan-rakan KRI di Lestari. Teringat kepada AdI ,ArI sengaja menghantar message untuk menduga perasaan sahabatnya itu. Dia, Adi dan Asi telah secara tidak langsung menubuhkan kumpulan illegal dalam KRI. GBBT (Great Big Bro Team) ditubuhkan berdasarkan ciri-ciri fizikal dan luaran yang dimiliki oleh ketiga-tiganya. Kalau dia dan AsI gembira pastinya AdI lebih gembira daripada mereka. Masakan tidak, AdI yang tua setahun itu hanya tinggal satu sem sahaja. Ingat dihati mahu lebih lama menyumbang keringat kepada KRI tapi dia dah limit sem. UNIv pun takleh nak bagi tambahan sem lagi. AdI akur, dia akan meninggalkan KRI. JUsteru pada usia sebegini dan masih Belum Punya, khabar daripada LA pastinya membangkitkan semula ghairah hatinya yang semakin malap.
ArI teringat semula kepada AfI dan AsI yang masing-masing sudah mempunyai calon yang terpikat di hati. Kedua rakannya lebih pantas menghidu peluang lebih-lebih lagi sejak berpengaruh di KRI kolej KRK. Teringat ArI akan AsI yang teringin benar ingin meminjam kamera digitalnya minggu lepas. Mesti ada sesuatu yang dilakukkan oleh mereka, fakir ArI. Mungkin wajah muslimah idaman yang cuba mereka terterakan dalam skrin kamera digitalnya. Patutlah ceria sungguh AsI ketika dia memulangkan semula kamera itu kepadanya. Benarlah jua rumors tentang AsI yang didengarnya dari AzI semalam.
AzI juga kelihatan gumbira ketika ArI menyampaikan berita pelancaran LBP tetapi sedikit kecewa mungkin kerna tidak dapat hadir pada malam yang bersejarah itu. Tentunya test Kejuteraan Dinamik yang lebih aula untuk dihadiri. ArI juga lihat AzI juga seperti tercari-cari atau sudah mempunyai calon muslimah solehah untuk dirisik jika benar pandangan retina ArI terhadap perlakuan AzI yang sering sahaja datang kebiliknya untuk memetiakan gambar-gambar program KRI dalam albumnya.
Demi teringat sahaja akan itu, ArI tahu semua sahabatnya telah ada yang mengetuk hati masing-masing. Tapi ArI yang baru teradmire pada seorang itu terpaksa melupakan hasrat untuk mula merisik. Khabar daripada AdI, bunga itu sudah dijaga kumbang. Justeru ArI hanya mampu termenung sendiri. Tapi fikirnya kembali waras. Manakan mungkin dia mahu mengikat seseorang untuk dijadikan penyerinya jika ikatan itu tidak kuat simpulannya. Maknanya, jika dia belum bersedia, perancangan yang masih jauh (mahu berUmahTangga dlam usia 26th ~ masih ada 5/6 tahun lagi), takut muslimah itu pula tak sabar menanti. Justeru ArI hanya berserah, mungkin bukan di sini taman bagi bunga penyeri hidupnya, fikirnya lagi. Lalu retina dialihkan semula kea rah monitor komputernya, apa lagi jika tidak melayari citra CSI yang ternganggu tadi.
**8***********************************888**************************8***** ArI keluar awal dari kamar seawal pukul 8.01 malam. Masih ada 1.36 jam lagi sebelum acara di IH dimulakan. Tapi ArI telah punyai rancangannya sendiri. Mahu bersusur ke Taman UNIv dan apa lagi jika bukan mengisi tong drumnya yang kosong sejak dari petang tadi. Mata tertancap ke Restoran Alifah, seperti ada siaran secara langsung EPL. Apatah lagi malam ini adalah perlawanan pasukan fav ArI, Jendarata FC opsss ARseNal FC. Maka pantas dia mencari kerusi kosong dan strategic untuk menonton. Dari teh tarik, roti nan sehingga otak-otak, ArI tersepa di kerusi. Perutnya sudah kembali berisi. Matanya pula semakin mengecil. Rintik-rimtik hujan mengejutkannya. DIa perlu segera beredar ke IH supaya nanti tidak basah pakaiannya.
Sampai di IH, suasana sunyi sepi menggugah hatinya. “Tiada program ilmu barangkali malam ini, tapi kenapa pelancaran dilewatkan?.Adakah pengerusi dan AJK Lajnah masih perlu berbincang perkara yang belum diusaikan”, ArI berfikir sejenak. Kalau ArI masuk ke dalam, sudah pasti AfI, AsI dan AdI yang sudah lama sampai tadi akan memerlinya. Masakan tidak, selama ini ArI sukar benar datang awal ke program-program KRI.
Tak sampai 5 minit berbasahan di bawah renyai hujan, azan isyak pun berkumandang. Maka telah masuklah waktu solat Isyak bagi kawasan IH dan yang sewaktu dengannya. ArI pantas mengambil wuduk dan terus masuk ke dalam IH. Suasana yang tadinya agak gegak gempita dan gemuruh (dari tingkat yang berlainan) bertukar senyap dan sunyi sepi. Masing-masing sudah bersedia di atas tikar atau karpet sejadah dan yang lain beratur mengambil wuduk.Sejuk mata memandang golongan anak adam yang bersiap sedia di awal waktu untuk menunaikan solat fardu. Memang jarang sekali untuk melihat geromolan anak muda berteleku di atas sejadah berbanding kumpulan remaja di padang bola atau di pusat membeli belah.
Usai solat fardu dan ba’diah, masing2 ahli sibuk menyediakan tempat untuk program KRI sebentar lagi. Mereka menyediakan tempst untuk sahabiah-sahabiah yang bakal tiba tidak lama lagi. Jam di dinding telah menunjukkan pkul 9.11 malam. Pastinya akan ramai lagi ahli yang akan tiba. Jika ArI tidak sampai lagi, berkemungkinan dia akan hanya muncul setelah 2/3 program telah berjalan. Begitulah tingkahlaku ketua KRI bg Kolej Lestari walau bagaimanapun dia amat tepat dan cepat dalam menjalankan tugas yang diberikan. Satu kelebihan yang jarang-jarang ada pada orang lain(huhuhuhu-jangan teriak).
Tepat jam 9.45 malam, pengerusi majlis merangkap SUA KRI(kembar AdI barangkali) telah memulakan program dengan bacaan ummul Quran- Al-Fatihah.
***********************8888*****************88888************************
Opsss...itu cerita dulu2....baru ArI terperasan. Kini hanya tinggal dia berseorangan. Bukan lagi berlima atau bertiga. Tetapi kekadang ada jua dia berjumpa dengan AsI. Cerita tadi sekadar membuka ingatan ArI pada apa yang berlaku bebaru ini. Kini daripada 5 sang pendekar itu (kalau ikut hikayat Hang2 zaman melaka)..atau pun sekarang (geng2 power rangers, tak pun flashman ke..aape ke)...rasanya kesemuanya telah dipunyai dan mempunyai. Sorotan setiap 5 saudara ini akan dicoretkan mengikut alphabet.....
AdI-walaupun tua setahun tetapi tetap macho...gaya yang menarik.berpesonaliti menawan barangkali..mudah tersenyum dan disenyumkan....dengar cerita terbaru..AdI yang baru menamatkan zaman pembelajarannya dan telah berangkat untuk menjadi Abg haji..juga akhirnya telah menemui apa yang selama ini terselirat di ulu atmanya...siapa lagi jika bukan istri solehah. Mungkin di tanah suci sekarang ini beliau mengucapkan kata syukur yang amat tidak terhingga...Allahua’lam...Bertemu jua dengan bakalnya menerusi program yang dijalankan oleh LBP untuk student2 tua yang akan gred tetapi masih belum mempunyai perjalanan hidup atau jalinan kasih untuk memastikan diri tidak ghaib atau futur atau invisible setelah mengeluarkan kaki dan badan dari pusat pembelajaran.Alhamdulillah khabarnya, AdI yang jua mempunyai simpanan wang yang terlebih cukup akan bernikah dengan bakal zaujahnya apabila telah ersedia.Khabar2 angin dari pantai timur yang bertiup kencang bebaru ini kembali reda dipertengahan jalan akibat cuaca panas yang melanda ibu kota.Jadi cerita itu terus didiamkan di bawah tubir penghidupan manusia di celah2 kota. Mungkin abg haji menunggu saat2 baDAK 1.6l nya bertukar menjadi KingKong atau Gondzilla 2.0 l.Semoga AdI akan berbahagia...
Seterusnya AfI,antara cendiakawan yang berubah mentaliti menjadi usahawan.Dalam sekelip mata mahu mendapatkan sebanyak mungkin hasil tuai dari titih peluhnya.Bukan apa, bagi AfI dia perlu cepat melangsungkan niat dihati menjadi suami dan bapa mithali.(cita2nya dari hari pertama pelancaran LBP lagi..) Cerita dari sebelah sana jua menyatakan si AfI memang telah mula mnyenaraikan harta pesaka yang beliau ada untuk di buat evaluation untuk mencukupkan kadar panggilan hantaran yang ditetapkan.Moga AfI berjaya melakukan dalam masa terdekat ini. Tidak didengar pula melalui gegendang telinga berapa kadar panggilan di sebelah sana. Mungkin lebih kurang kadar panggilan di serata tanah semenanjung sekarang. Kalau dikira dari USD mungkin tidak byk..lelagi jika angka itu dikira dari Pound British...tapi oleh kerna nilai digit dikira dalam Ringgit M bukan B atau lelain..makan melelehlah lagi air liur si AfI..bukan air peluhnya saja....Semoga si AfI mampu melengkapkan kadar panggilan dan seterusnya membina istana atau masjid (yang mana lebih afdal) dan ceria kembali hidupnya.
AsI pula kembali menggegar dunia big bro dengan kejayaan mendapatkan title jejaka paling macho dan hensem dari seantero KRI. Penggredan AdI dan ArI telah meletakkan AsI tanpa ada pencabar lagi yang mampu merosakkan perancangan jangka panjangnya (tambahan 2 tahun) yang telah dirancangkan sejak dari 1st year lagik...Dan kali ini tanpa perlu mendengar tiupan angin atau cerita yang dibawa oleh bunyi burung kakak tua, ArI telah dibenarkan oleh tindakan AsI yang telah merancangkan jadual penghidupannya untuk 3 tahun akan datang. Bermula dengan penggredan yang dijangka setahun lagi, AsI telah merancang untuk menetap di utara tanah air dalam setahun 2 sebelum kembali ke pusat semenanjung. AsI juga kini sudah mula memahirkan diri dalam permainan perasaan untuk memudahkan beliau nanti memujuk bakalnya jika sesuatu yang menyentuh perasaan berlaku. Moga-moga segala impiana AsI akan menjadi nyata....
Cerita AzI tak jauh berbedza dengan cita AsI yang mana kini tinggal mereka berdua sahaja (dari kumpulan Hang bersaudara) yang ada lagi di pusat pembelajaran. AzI yang diangkat (mudah..sebab ringan) menjadi antara penghulu-penghulu berdaulat di bawah pentadbiran Demak A.M.Meen memperlihatkan kehebatan mahupun kekuatan (dalaman-sebab tak berapa nampak daripada luaran) dalam bidang mentadbir kampungnya juga penduduk jajahan KRI. Dalam keghairahan mentadbir bahagian pendidikan dan tatasusila agama, pintu atma dan raga si AzI di ketuk bertalu-talu oleh ramainya orang-orang dibawah tadbirannya. Lupa pula nak disampaikan bahawasanya si AzI juga memegang jawatang penghulu pendidikan dan pembentukan akhlak bagi KPI yang juga dipimpin oleh adek Demak iaitu A.M.Mjr......
Maka jika dilihat saham penghulu ini amatlah tiunggi dengan keperibadian menarik, berani dan bersuara serta bercita-cita tinbggi walau fizikal tidak setinggi mana...maka perkhabaran dari tenggara menyatakan si AzI sudah dimiliki bukan sahaja hati dan perasaan tapi fizikal dan lahiriah jua.Masakan tidak, hampir setiap petang dikhabarkan si AzI berexercise di GiN Pusat pembelajaran bagi menguatkan fizikal dan mentalnya dalam menerima tanggungjawab sebagai penghulu KRI dan penghulu rumah tanpa tangganya yang bakal menjelma sedikit masa lagi.
Justeru masih berbaki 2 tahun lagi dipusat pembelajaran maka amatlah tidak mustahil penghulu AzI bakal menggantikal Demak A.M.M kuasa 2 dalam beberapa penggal lagi walau cabaran sihat hadir oleh Ahi dan AmI (2 budak Kolej Lestari yang semakin menyengat- hasil didikan dan motivasi ArI)....Apepun didoakan akan kejayaan yang bakal dicoretkan dalam lembaran hidup AzI.........
Adalah setelah 4 bersaudara diceritakan..apakah yang terjadi kepada saudara mereka yang kelima...ArI. Maka si ArI ini masihlah belum mempunyai si libur hati akibat kesilapannya dalam menjalankan strategi menggunakan kemudahan yang disediakan oleh LBP.Maka walau tiada khabar cerita dari mulutnya sendiri, dikatakan ArI kini menumpukan sepenuhnya kepada kirija di kilang ubatan tersohor seantero bumi Malaya ini.Diam-diam dia kini mencari seorang yang berbeza drp keempat2 saudaranya tadi menggunakan line yang berbeza jua. Memandangkan cita-cita nya mahu mendapatkan gelaran doc. (dr prof) agak semakin kelam dalam lembaran penghidupannya berdekatan ini, maka dia mencari sesorang yang boleh mempunyai gelaran dr untuk dipasangkannya....
Jadi mungkin sekadar itu yang mahu dikongsi oleh ArI dan perancangannya pastilah dr. Yang akan diperolehinya nanti mempunyai nilai timbang tara yang hampir sama mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam perlembagaan bagi mendapatkan penghasilan produk yang berkualiti tinggi dan dirahmati dan diredhoi pencipta agung.................
***************************88888****************88888888***********8888**
ArI terkejut.....Pejabatnya terlalu sunyi..sepi..hening bak dinihari...maka pastas matanya memetia jam tangannya (jam murah jer....) dah 1.12 tengahri rupanya..time rehat ni...maka perlulah ArI menamatkan ceritera yang hampir setahun lebih lamanya dalam pen drive kingstonnnya itu....hari ini dia banyak berehat disebabkan bos yang bercuti dan kerja2 yang bertimbun telah diusaikan semalam sementara hanya menanti review daripada bosnya itu.................................................................
waKYeop XMB(name syarikat dirahsiakan)
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
0 Comments:
Post a Comment
<< Home