Monday, December 26, 2005

Dari Dalam Diari Seorang MUSLIMah Kampus



17 OGOS 2004 ( 1 REJAB 1425)
Penat sungguh hari ini. Daripada pagi hingga lewat malam di gerai konvo mahaSISWA mendesak aku untuk melelapkan mata walaupun sepicing cuma. Tapi penat ini menusuk hingga ke pangkal saraf. Mana mungkin mampu disogok dengan tidur yang sementara dan bingit dari mp3 nasyid tika ini. Ada rasa sesal,sengal dan ‘bengkak’ dalam ulu hati.
Aku …aku ..ah aku tak tahu kenapa tapi yang pastinya hatiku tidak tenang.
Baca al-quran….’ala bizikrilLahi tatmainal qulub’.
Dari mp3 nasyid (yang semakin aku tak faham lirik yang penuh dengan puji-pujian pada cinta dan manusia -hilang sudah izzah nasyid yang mampu menggugah teras hati ini, nasyid pembakar semangat jihad, pembuka kembali minda yang kuncup ini akan sebenarnya kerja pada jalan Ilahi ini) kepada radio Islam pilihan utama, semuanya membengitkan dan membosankan. Aku rindu pada nasyid-nasyid itu. ‘Sunnah perjuangan, al-amalilillah, haiya-haiya ya rijal…etc’.
Aku dah penat dengan kerja-kerja ini. Kononnya kerja mahaSISWA. Tapi berapa kerat je yang turun hari ini. Muka yang sama. Ah, tak mungkin daripada begitu ramai ahli yang datang menjeguk-jenguk ,menghabis masa berborak…..entah…aku memang dah penat…penat dengan segalanya.
Dulu sebelum aku dipilih jadi DPM (Daurah pemikiran & pergerakan mahsiswa), bukan main lagi sokongan. Dulu sebelum aku bertanding dalam PRM…bukan main banyak lagi yang menyokong…yang memberi semangat..yang….yang..entah lah…Kini PRM datang lagi…siapa pula yang akan jadi mangsa…AHAHAHAHA pimpinan mesti turunkan arahan…enti jadi calon…enta jadi calon…ini tugas sebagai pendakwah…tugas pejuang Islam…kami akan membantu enta…enti...teruskanlah perjuangan ini……
Aku hanya mampu tersenyum pahit bila mandala ingatan ini menorobos kenangan setahun lepas. Saat-saat aku berkempen ke sana dan ke mari. Bersyukur juga hanya mempromosi diri tidak seekstrimnya (nasib baik kampus ini tidak wajibkan calon bercakap PUBLIC SPEAKING di SBM atau melalui radio DPMnya) sebabnya aku ni pemalu..Pemalu??? malu pada siapa???Isshh mana mungkin aku bisa tertahan berdiri dipetia daripada mata-mata mereka. (segan ah kalau siswa tenung-tenung, jeling-jeling..ishhh takut pula kalau ada yang terpikat..AHAHAHA) Tanggungan aku akan tamat sedikit masa lagi…AHAHAHA aku akan bebas…bebas seperti burung diudara???barangkali…
Semester lepas bukan main teruk lagi result aku…belum pernah aku terasa bodoh semacam ini…bodohkah aku??? Atau aku yang tak pandai???HAHAHAHA padan muka aku..sapa suruh tak study…banyak sangat berprogram…banyak sangat ber ‘meeting’…emmm memang dah putus asa tapi aku tetap pengang janji yang kulafaz dulu…tapi sekarang aku memamg betul-betul dah PENAT…seperti mahu bertemu Pres Helwi MADrasah…..minta escape/rehat satu semester(macam minta MC daripada doc mungkin)…waduhhhhhh banyak sungguh tanggungan terpundak di bahu ini…berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memiku(benarkah ada mata yang berat memandang diriku ini?????????)
"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan ; "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." {al-Ankabut: 2-3}

Aku hanya insan yang lemah..Ya Allah bantulah aku dalam menengakkan syiarMu.Pelihara dan rahmatilah aku…….Kuatkan iman dan azamku serta kekalkanlah aku pada jalanMU.
Aku selak halaman diariku yang terkebelakang…..aku lantas membaca satu halaman yang kutulis dengan pen merah…merah dan marah barangkali tika itu…merah dan berani juga mungkin tika itu…..


19 JULAI 2004 (1 JAMADILAWAL 1425)
Merah menyala mata aku membaca komen daripada SUM tentang muslimat lesu….muslimat kambing hitam..Muslimat kuli muslimin….muslimat itu..Muslimat ini…entah…ape yang muslimin nak daripaada kami???Bercakap lantang dan menggoreng isi-isi yang disampaikan penceramah???Seperti segelintir muslimin yang ‘menghanguskan’ cakapan mereka..3,4,5 dan mungkin juga 9 muslimin yang bangun mengupas isi kononya tetapi bagi aku itu semuanya sama…tapi apepun muka yang sama…pasti orang yang sama dan aku kenal cara dan gaya penyampaian mereka (dah boleh hafal dah!!!!) ..goreng dan goreng lagi informasi yang sudah difahami……
Justeru bila timbul polemik ini…pelbagai pendapat diutarakan..Baik muslimin juga muslimat..seperti biasa masing-masing menengakkan kebenaran kaum(jantina mungkin) masing-masing…Ada juga yang kononnya nak memgendurkan ketegangan itu. Aku semacam mahu terus bersemuka dengan SUM…isu apa ini????mungkin juga tugas SUM menimbukan isu-isu hangat…membuka minda pemikiran ahli kelab ini untuk memikirkannya atau juga mahu melihat reaksi muslimat sendiri…Kata orang kalau api yang sedang marak, jangan disimbah lagi dengan minyak…bagi aku minyak perlu dicurah untuk melihat seberapa marak api itu akan merebak……
Aku sependapat dengan pendapat Pres Helwi…(yang pasti bukan sebab sejantina) tetapi pendapat dan cara kupasan serta reaksinya yang tidak cepat melatah.Pasti SUM sedikit kecewa……suka juga barangkali…umpan yang dipasang mengena tapi jerat tetap tak berisi…cukuplah cuma unpan itu dimakan.{Lebih baik daripada dibiar busuk bersama panasnya mentari.}->perumpamaan baru yang kureka sendiri….(Tergelak lagi)
Ah..banyak sangat su’udhan pada SUM ni.Tapi tak mengapa mungkin dia banyak agenda di sebalik kata-kata tujahannya itu. Kata orang..nak jadi SUM kena pandai bermain minda…cerdik memprovok dalam bicara…HAHAHAHA memang sesuai dengan lagaknya…sesuai a gak ngan segaknya!!!

22 JULAI 2004 ( 4 JAMADILAKHIR 1425)
Aku makin bengkak dengan cara muslimin MADrasah bercakap/menulis…tak abeh-abeh mengoreng sehingga hangit!!!HAHAHAHA apapun alhamdulillah dengan isu yang dimainkan oleh SUM ini dapat membuka minda,mengilat kacamata yang kabur dan membuka mata semua ahli MADrasah sama ada muslimin dan muslimat untuk mengoreksi dan memuhasabah diri masing-masing. Aku juga memang terkena tempias daripada isu ini. Aku bukan muslimah yang gagah berbicara seperti akak G,bukan juga mahasiswi rajin dan taat bagai akak H….aku punya cara dan gaya tersendiri….aku juga berharap MM yang akan datang muslimat akan bangun jua bersuara dan menyatakan apa yang terpendam dihati.Tapi aku masih mengharap tiada gorengan yang akan menghangit/hangatkan biah di MM yang sememangnya selalu panas (kalau di BA mungkin sebab kipas yang lajunya bak ‘F1’…tapi kalau di WA mungkin bukan sebab aircond yang terfungsi baik tapi kerana pintu asyik ditutup bukak dek ‘ketakbetahan’ muslimin…HAHAHAHA ‘sejuk yang memanaskan????’)Tempat lain yang belum diterokai aku pun tak pasti…Tapi Pres DPM pasti punyai iedea barangkali (Pres yang best kut???!!)…Mungkin di Dewan Besar Univ (DBU)..ehehe tak pon di.......
Test pagi tadi sungguh mengkantoikan…semester ini tak menampakkan perubahan seperti semester lalu..aku layu..kaku dalam dewan peperiksaan…buntu…ah memang salah aku…study last minit…masa kecederaan….mahu keputusan baik..usaha tak seberapa…mahu bantuan Allah…erm..aku terlalu berkira dengan Allah barangkali…baru sedikit bekerja atas jalannya..mahu diberi kejayaan..mahu doa diperkenan…tawakal semata tanpa usaha..jadi akukah yang bersalah????aku yang terbeban dengan tugas yang berlambakan…betulkah aku yang bersalah????!!!
Ya Allah bantulah aku….bantulah aku dalam menghadapi dilemma ini..thabatkan azam dan kuatkan imanku agar aku tetap bergerak dan berjihad di jalanMU….ameen
Moga jiwaku yang lara ini akan kembali tenang…

Aku teringat diari yang kutulis ini adalah hadiah yang kuterima daripada seorang muslimat yang aku kagumi,aku sayang dan kasihi….kak Rina….lantas setelah aku terima diari ini…(sebulan selepas pertemuan bersejarah itu…) terusku pahatkan kisah dan nostalgia yang menemukan kami dan akhirnya memutikkan ukhuwahfillah yang kami lestari selamanya…..


24 OGOS 2000 (JAMADILAKHIR 1421)
masih kuat di mandala ingatan.. aku masih baru.. masih mentah di kampus, namun di hati ini.. memang telah aku tanamkan supaya tidak mudah diperdaya orang.. tidak mudah diperdayakan oleh gerakan2 yang bertopengkan ISlam.. iyalah, dengan pelbagai propaganda yang dialamatkan kepada gerakan-gerakan Islam, memang wajarlah corak pemikiran remaja berumur 18 tahun berbentuk 'itu' dan itulah pemikiran aku.. 5 tahun yang lalu..namun semuanya berubah, walaupun hati aku berkata demikian, namun aku tetap yakin, Islam itu indah.. dan aku akan tetap menyokong aliran dakwah Islam itu.. subhanaLlah.. berkecamuk rupanya hati aku
selepas kelas.. aku pun tak ingat, macam mana aku boleh berada di Bilik Gerakan HEWI (Hal Ehwal Wanita Islam).. yang aku ingat, aku berada disana untuk menumpang solat..terpatri dalam ingatanku, tatkala Kak Rina menghulurkan senyuman yang manis…beserta dengan tautan ukhuwah yang tiba2 menceriakan hati aku..kenapa?kenapa dia?dari raut wajahnya, jelas.. kak Rina adalah seorang wanita yang tabah.. yang tenang.. dan yang sentiasa mengalunkan ayat2 ALlah.. dirinya dekat dengan kalamuLlah.. yang dibacanya tatkala berkelapangan..aku pelik..aku pelik..ukhuwah yang dihulurkan.. tak mengenal orang.. tak mengenal siapa, .. tidak mengenal sejarah.. tidak mengenal darjat.. tidak mengenal erti usia..pintu ditutup kemas, ahli-ahli persatuan bergegas mengambil wudhu' dan melunaskan segala keperluan di tandas berhampiran..sejadah dibentang, rapat.. membentuk satu saf yang panjang.. saf bertambah-tambah.."ooh.. mereka sembahyang jemaah ya.." bisik hati.. perlahan..kemudian aku pun turut sama berjemaah..indah.. indah..
ukhuwah yang dipamerkan cukup indah...tangan berjabat, pipi bertemu pipi, ciuman berganti-ganti.. disertai dengan pelukan ikhlas.. tanda kasih abadi..tiba2 aku seperti dahagakan kasih..kasih antara mereka..."Ya ALlah.. Kau limpahkanlah kasih sayang itu kepada ku jua.." hati menangis sendiri..subhanaLlah..memang itu yang menarik aku.. untuk bersatu dengan liqa' tersebut.. kagum?? itu juga faktornya.. kenapa kagum?? sebenarnya, tatkala aku didudukkan sebentar ketika baru seminit-dua masuk ke bilik gerakan itu.. aku terpandang wajah2 manis.. wajah2 jelita.. wajah2 ayu.. yang dibaluti dengan jilbab.. dibaluti dengan tudung separas pusat..subhanaLLah..insaf??yaa.. insaf.. aku insaf.. tatkala memandang wajah2 kaku-kaku itu.. tawaddhu'.. mereka memang seorang yang tawaddhu'... bahkan zuhud sekali..tatkala itu, dalam hati aku "Selawa-lawa diorang pun.. diorang tetap tunduk dan akur kepada ajaran dan perintah ALLah.." kata-kata ini bermain dihati aku.. mengajak akal untuk berfikir.. "aku ni.. terpaksa bersolek.. untuk menjadi lawa.. tetapi.. aku-aku ni..mereka tak perlu bersolek pun sudah lawa..mereka mempunyai 'capability' untuk menarik perhatian lelaki.. tetapi mereka tidak lakukan.. ""kenapa?? kenapa??"saat itu, aku sedih dengan perilaku aku.. aku insaf.. sebab ALlah tunjukkan contoh-contoh manusia.. yang cantik rupa/fizikalnya.. namun yang lebih mencantikkan adalah akhlaq mereka...dan.. keakuran mereka kepada perintah2 ALlah itu.. merupakan satu pengajaran dan tamparan yang hebat buat aku.."mereka yang lawa/cantik ini.. bukan seperti gadis2 lain.. yang mendambakan pandangan jejaka2 kampus.. mereka bukan seperti itu.. disisi mereka.. kecantikan itu adalah anugerah ALLah.. dan Dia berupaya menarik semula nikmat yang diberikan.."sejak dari kunjungan itu, hati ini berikrar.. untuk mencontohi mereka..meletakkan ALlah sebagai sebab utama..menjadikan Islam sebagai warna hidup..menjadikan Rasul sebagai contoh..menjadikan ummul mukminin ..dan pejuang muslimat sebagai rujukan..menjadikan iman tunjang kekuatan..dan menjadikan akhlaq sebagai penyeri..di sulami dengan ukhuwah sejati..yang diikat dengan dasar cinta kepada ALlah..uhibukki.. ya akhawati..salam kasih dan sayang buat sahabat-sahabatku..jangan kau biarkan aku hanyut..dalam mengejar erti hidup..

Usai menatapi halaman terawal dalam diari ini…{helaian diari pertama yang kutulis seumur kehidupan ini-oh ya minggu depan genaplah 22 umur aku-genap juga 4 tahun ukhuwah ini terpatri.}> muncul lagu teman sejati daripada mp3 ini à bergetar hati ini…(menggugah ulu hati???..barangkali…)Mungkin Allah mahu aku merasai betapa ukhuwahfillah adalah ukhuwah sejati..ukhuwah abadi!!!!
Alhamdulillah ukhuwah yang terbina ini adalah daripada tulus hati yang suci. Mana mungkin kukhianati janji termetarai dek kerana kepentingan diriku cuma. Janji tika aku mula mengenali,tika aku mula bertatih atas jalan ini. Janji yang abadi. Selagi hayat dikandung badan….selagi roh dan jiwa tetap bersatu…..aku akan terus berjuang menengakkan syiarMU walaupun penuh ‘duri dan kaca yang berselerakan atas jalan ini’. Tanpa tanggungan sebagai DPM juga aku akan tetap dalam M…membantu merealisasikan visi dan misi yang terpatri dalam minda ini - biah solehah mekar berkembang di dalam kampus ini-{moga tiada lagi pertukaran/perbezaan??? yang memeningkan oleh bakal-bakal MH yang akan datang ….}
Saat-saat begini aku semakin rindu pada belaian kasih sayang dan nasihat penuh bermakna daripada naqibah dan akak-akak…..Moga KasihMu Ya Allah tetap bersamaku…sekali lagi dinihari ini aku memperthabatkan kembali janji abadi…..Aku…Saffiyah Qalisyah Ahmad Kameel, menthabatkan janji untuk terus bekerja,berjihad,bersama-sama menegakkan kalimah thayibbah di bumi bertuah ini…(iktisad dan ikrarku walau cuma kedengaran dihujung cuping teliga sendiri)….
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya untuk Allah, tuhan seluruh alam" { al-an’aam:162 }
Dalam mata yang semakin kuyu aku diperdengarkan nasyid yang amat menyentuh kalbuku (sekali lagi kebetulan atau suratan Ilahi- mahu menunjukkan kebesaranNYA)…nasyid pertama yang membuka lembaran baru dalam sejarah hidupku…dalam getar hati ini…dalam kantuk mata ini…aku bernasyid bersama dalam alunan nasyid mp3 dari komputer lama yang hampir bobrok ini…….

Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar harum mewangi
Tumbuhnya memenuhi bumi
Tumbuhnya memenuhi bumi
Tumbuhnya memenuhi bumi
Lembah dan tanah yang tinggi
Kesuburan itu telah dibanjiri
Oleh darah para syuhada’
Oleh darah para syuhada’
Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar harum mewangi
Tumbuhnya memenuhi bumi
Tumbuhnya memenuhi bumi
Kembangnya itu telah disirami
Oleh air peluh para mujahid
Tamannya itu telah dipagari
Oleh para mujahid dan mujtahid
Panduan kita diambil dari
Alquran..sunnah Rasulluah
Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar harum mewangi
Tumbuhnya memenuhi bumi
Tumbuhnya memenuhi bumi
Berkumandanglah kalimah thayibah
Dari pembela agama kebenaran
Keindahan Islam telah terpancar
Dari harta sikaya yang pemurah
Ibarat air mengalir deras
Gemanya bagai derail hujan
Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar harum mewangi
Tumbuhnya memenuhi bumi
Tumbuhnya memenuhi bumi
ISLAM YANG MEKAR BERKEMBANG…………………………………………
(sesuai jadi lagu tema KELab MADrasah mungkin…..)

Glosari :
mahaSISWA - pelajar yang belajar di kampus (uNIversiti)
M/MADrasah - kelab pelajar ISLAM (terpilih)
DPM - Daurah Pemikiran & Pergerakan mahaSISWA
MM - meeting MADrasah
SUM - SetiaUsaha SULIT MADrasah
BA - Bilek Awam
WA - Dewan Awam
Kantoi - kandas
Thabat - pasak
Lestari - pelihara
Tertancap - memandang tanpa kelip mata (lebih kurang a)

Satu lagi cerpen yang best utk dibaca oleh budak2 uni esp muslimah......ehehee..feel to comment any...


walLua’lam BISHOWAB
waKYeop


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

-------------------------------------------



wat bahase do u speak??
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

MyNetwork
[:: ] hudasoid [:: ] GoPi [:: ] moHnas [:: ] niSah harOn [:: ] zaid Akhtar [:: ] feeeSal teHrani [:: ] Helvy tIana RoSa [:: ] LukiSan malaM [:: ] adeeb [:: ] ghuroba [:: ] MukhriZ [:: ] wanZu [:: ] mueeZ [:: ] Azzahra SafiaH [:: ] widad [:: ] aShersiMakhlukGergasi [:: ] SanaYemen [:: ] adielaRahmad [:: ] eRmyAhmaD [:: ] syahidah [:: ] sYafixa [:: ] 9_tail_kid [:: ] My Bloody Arsenal [:: ] ex-KI 2000 [:: ] aDnin [oO ] raihanah