Saturday, November 26, 2005

cerita~ceritu....

alhamdulillah..masih dipanjangkan usia oleh Allah taala...bercerita ttg syukur ni..nak kongsi gak la..yg kita bukanlah time senang je baru nak bersyukur..time truk pon..time kene bala pon kite kenalah bersyukur..yela..misal kata kite jatuh longkang..kene la bersyukur sbb kita tak jatuh satu badan..juz kaki je..sebabnya dalam fortnight ni..adala satu hari tu lalu depan satu klinik..time tu tgh jam..mata ni sedang la dok perati sorang akak ni tgh mengandung..dok jalan nak g klinik kot..muka cam marah2 jer..suami die plak kat blakang muka kusam jer..bgahu lepas gaduh gamaknya..si akak ni maybe tak sehat tgh2 die jalan tu tetibe hilang..sy pon terkejut gak..rupenye die tersadung longkang then terjatuh kat nagn tong sampah...saya igt dia dah masuk la klinik tu..sedar2 ramai org dok kumpul kat situ..tlg nak angkat die...erm..muka lagi merah..malu satu..sedih pon satu..(menangis lagi..) sy pon kesian la gak...tu la kite kekadang tersadung sikit pon dah menyumpah berkilo2...akak tu lagi la truk..tapi akak tu mesti la bersyukur gak sbb rase2 nye takla sampai menjejaskan kandungan die..wallaua'lam


Lagi2 citer kat tmpt kije la nih..bgahu dapat bos bagu..QA Manager..sok aku ni plak kene la join die..maknanyer kene trus report kat die..hehehe..makin byk ar kije aku nih..tapi takpe la..janji die tak marah2...manatau nanti dah abes probation period trus leh naik pangkat...ekekek...berangan jerk...

Erm..pasal raya aritu mmg byk nak kongsi but dah lupe..tapi yg paling bestnye angan2 nak wat reunion sek ren..(darjah 6) la nih..jadi kenyataan ..ahahaha bile jumpe tgk sume dah lain..yg perempuannya dah makin cun2..erm tunggu org masuk meminang la..yg laki2 plak dah mcm2 stail..tapi sumenye macho2 la..hehehhe...dah ramai yg mula kije...lps tu kitaorg dok raound stiap umah..sampai mlm la...apepun tak dapat nak g umah cikgu2 sebab byk yg tak balik drp kg la...
nanti la dapat balik kamera digital drp adek aku..aku akan masukkan gambar2 tu dalam blog nih...maybe 2 tahun lagi leh wat lagi..kat pangkor ke langkawi ke..tak pon kt Sungai congkak je..heheheh

Then pasal Pngkalan Pasir yg makin hangat di tgh2 hujan lebat..ape yg menarik pertarungan 3 penjuru ni menemukan 2 candidate PAS n UmNO yg same name dengan name ayah yg hampair sama..harap2 jgn la ada plak yg tersilap mengundi plak sebab tak tgk nama ayah calon..hehehe gurau je..tapi bagus gak kalau pakcik2 yg nak pangkah en. Hanifa Mamat tu terpangkah calon sorg lagi en. Hanifa Ahmad...Kawaqn2 dah ramai turun2..aku ni..dok kirim doa je ke??erm..ada dah kirim sikit2 melalui member yg g..apepun semoga pilihanraya nih persih drp unsur2 CIPAN..(takleh nak kupas bebanyak..pisau dah tumpul)...

..............................................................thanks sis Sarah coz letak gambau tu..eehehhe..jadi ke 3 dec nih??leh ka g...kalau takde org jemput??..........................................................................


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Mawar Firdaus (II)

Ku paksa bibir menguntum senyum tanda redha, namun mata ini terlalu mudah mengalirkan air mata. Butir-butir air jernih mengalir laju menuruni niqab yang menutup mukaku lantas jatuh menimpa belakang tangan. Terasa sejuk. Cepat-cepat aku seka air mata yang mula membanjiri kelopak mataku. Aku senyum sekali lagi. Kali ini ku cuba tanpa air mata. Ya Allah..Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa sabar dan redha. Aku berdoa berkali-kali. Ketika bas meluncur laju meninggalkan UM, hatiku berharap biarlah kenangan-kenangan itu turut ku tinggalkan. Biarlah ia menjadi mimpi yang dilupakan.
“Dah lama tunggu ke tadi?” Dinie menghulurkan tangan. Salamnya ku sambut. “Kalau tanam jagung dah boleh petik.” Aku berseloroh. “Kenapa tak bagitau awal-awal nak datang? Kitaorang semua terkejut tau!” Dinie tak putus-putus menguntum senyum. “Last minute punya decision. Malaslah nak menyusahkan, yelah kut-kut tak jadi datang pulak kan?” Aku membalas senyumnya.
Sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Ghufran di Taman Tun Dr. Ismail, Dinie tak henti-henti mengomel sambil tangannya cekap memacu stereng kereta Proton Iswara putihnya. Macam-macam cerita yang keluar, maklumlah hampir setahun tidak berjumpa banyaklah modal yang hendak disembangkan. Dinie masih macam dulu yang aku kenali, kuat berceloteh, suka ketawa. Seperti dulu-dulu, gelagatnya pasti menghiburkan hatiku dan aku pasti tidak dapat menahan ketawa bila mendengar celotehnya.
Kehadiranku secara mengejut menggamatkan suasana. Ramai yang tergamam, macam mimpi kata mereka. Maklumlah sudah lama aku menghilang, sejak kembali ke kampung halaman terlalu susah untuk berhubung selalu. Walaupun lautan jadi pemisah, ukhuwwah tetap terpahat, malah kerinduan itu jugalah yang membuat aku bersusah-payah memujuk ayah dan ibu untuk mengizinkan aku ke mari.
“Apa khabar orang seberang?” Husna memelukku erat. “Baik-baik saja dong!” Kami sama-sama tertawa. “Program tak mula lagi ke?” Aku menjenguk ke ruang dalam dewan. “Tengah tunggu penceramah.” “Tu, Ustaz Hakim kan ada?” Aku mencuitnya. Husna tersengih. “Tu la..smart mengalahkan penceramah.” Hakim yang perasan kehadiranku tersenyum-senyum dari jauh. Malu-malu dia menghampiriku. “Err..akak bila sampai?” “Pukul 7 pagi tadi.” Jawapku ringkas. Selepas berbual sebentar Hakim mohon beredar kerana penceramah sudahpun sampai menandakan sesi pertama akan bermula.
“Macam mana awak dengan Naufal?” Tiba-tiba terpacul pertanyaan dari mulut Husna ketika kami berpimpinan tangan menyusuri perkarangan masjid sewaktu program berhenti rehat. Aku tersentak. Perlahan-lahan aku leraikan genggaman tangan Husna. Ku lepaskan pandangan ke tanah rendah, angin petang yang berhembus membuat tudung kami bagaikan menari-nari mengikut irama desiran angin bukit.
“Kami tak ada apa-apa. Sekadar sahabat.” Aku mengukir senyum. “Maksud awak?” Ku biarkan Husna tertanya-tanya. Seribu pertanyaan tergambar di ruang mata Husna yang bundar. “Ada orang lain yang lebih memerlukannya. Cukuplah sekadar itu yang saya katakan. Saya tak mahu kenangkan lagi.” Husna mengangguk, memahami kehendakku. “Tak apa, kumbang bukan seekor. Ramai lagi muslimin dalam dunia ni.” Aku sempat berseloroh. Husna hanya membisu. Aku tahu banyak perkara yang bermain dalam fikirannya tapi sebagai sahabat yang sudah lama mengenali aku pastinya dia sudah masak dengan sikap ku yang perahsia. “Sabarlah..” Husna menggenggam tanganku seakan memahami apa yang aku rasakan. Mungkin senyuman yang ku ukir di bibir tidak mampu menghapus kesan air mata yang masih jelas terlukis di wajahku.
“Usrah jadi tak ni?” Tanyaku resah. “Insyaallah.” Husna memberi jaminan. “Jangan tak jadi pula, saya sanggup delay flight ni semata-mata nak tunggu usrah.Sekurang-kurangnya saya ikut usrah alumni sekali seumur hidup. Tak pun setahun sekali, tunggu tahun depan pula. Itupun kalau umur panjang.” Aku mengomel sendiri. Husna tergelak kecil. “Dah baca tentatif usrah? Minggu ni katanya nak buat ulasan buku Ma’alim Fitthooriq.” Aku angguk. Sudah dua kali ku khatamkan buku hasil tulisan Syed Qutb itu tapi isinya masih belum mampu ku hadamkan sepenuhnya. Tidak menghayati agaknya.
“Tak sabarlah rasanya nak tunggu usrah. Rindu, lama tak usrah.” “Saya pun, tak sabar nak tunggu malam ni.” Azia tersengih nakal. “Rindu usrah ke rindu Ustaz Farhan?’ Dinie berseloroh nakal. “Dua-dua, tapi rindu lagi kat ustaz comel tu!” Azia membalas usikan Dinie. Berderai ketawa. Azia dan Dinie pantang berjumpa, ada-ada saja bahan gurauan mereka,. “Ok, dah sampai PKNS pun. Nak tengok ekspo buku dulu ke nak makan?” Husna bertanya sambil tangannya pantas memutar stereng kereta Honda Accordnya. “Buku?” Laju aku mencadangkan. Semua serentak menyetujui. “Ok. Kita bagilah chance kat orang tu, dia nak balik esok. Kat kampung dia tak jumpa buku macam tu.” Dinie mengusik nakal. Mereka ketawa lagi. Aku hanya tersengih, sudah lali dengan usikan-usikan Dinie.
Akhirnya aku terpaksa kembali juga. Ayah dan ibu sudah bising memanggil pulang, katanya surat tawaran masuk ke maktab perguruan sudah diterima. Kalau ikutkan hati mahu saja aku berlama-lama, tapi apakan daya ada komitmen lain yang perlu aku tunaikan. Permohonan ke maktab ini pun atas desakan ibu, sebagai tanda hormat aku tunaikan permintaannya walaupun hanya separuh hati.
Ketika pesawat Boeing 747 berlepas membelah langit malam, ku lontarkan pandangan sayup ke bawah buat kali terakhir. Lampu berkerlipan memukau pandangan buat seketika. “Selamat tinggal semuanya..” Aku berbisik perlahan. Semakin tinggi semakin sayup kerlipan cahaya dari pandangan, akhirnya pudar dan terus menghilang ditelan kabus tebal.
Perlahan-lahan ku sandarkan kepala. Ku sedut udara sedalam-dalamnya seakan-akan bersamanya ku sedut semangat dan kekuatan. “Tuhanku, kembalikan sakinah padaku Ya Allah. Berikan ku sedikit kekuatan wahai Tuhan Yang Maha Perkasa agar aku mampu berdiri kembali menjadi srikandi berhati waja. Jadikan ujianMu sebagai sumber kekuatan dan kebahagiaanku, jadikan redhaMu sebagai hadafku. Ya Allah Ya Rahmaan!” Ku raup mukaku dengan kedua belah tapak tanganku. Dada terasa lapang, alhamdulillah!
Ku isikan masa di sepanjang penerbangan dengan membelek beberapa buah buku yang dihadiahkan sahabat-sahabat. Salah sebuahnya berjudul Al-Munthola’, buku yang ditujukan khas buat pejuang-pejuang Islam. Isinya begitu tajam dan bernas.
Ku telusuri kandungannya muka demi muka tanpa menghiraukan sekeliling. Aku khusyuk mencipta duniaku sendiri. Sayup-sayup ku dengar suara lembut membisikkan namaku, menyusup ke seluruh neuron bawah sedar. “Bangun wahai mujahidah, bangkitlah bersama kesabaran dan kecintaan yang hakiki. Jejakilah langkah Khadijah, Fatimah dan roh-roh para syuhada’. Sakinah, perjuangan menuntut pengorbanan tapi itulah madu yang paling manis. Teruskan perjuanganmu hingga ke nafas terakhir, semoga kelak kau bakal menghias raudhah abadi. Mekarlah menjadi mawar firdaus!”
Aku tersentak. Bisikan itu masih terasa panas di telingaku. Mataku menjelajah ke seluruh ruang pesawat, para penumpang hanyut dalam lena. Ku lemparkan pula pandangan keluar pesawat lewat tingkap yang separuh terbuka, hanya pekat langit malam yang terhampar. Ahh..Aku terlelap rupanya. Aku menutup buku Al-Munthola’ yang masih terbuka di ribaanku, perlahan-lahan ku letak di dada, dekat dengan jantung. Malam itu tafakurku panjang, tenggelam dalam muhasabah dan air mata keinsafan.


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Secarik kasih dalam hijrahku (Du-A)

Bergaul dengan rakan – rakan yang juga senasib denganku membuatkan aku bertindak liar. Setiap malam kami akan menyelusuri cahaya malam Bandaraya Kuala Lumpur dengan berhibur di disko – disko yang halal yakni disko yang berlesen. Katakan sahaja kelab mana yang tidak kami jelajahi. Modestos, Orange House dan berbagai – bagai lagi rumah syaitan telah kami makmurkan.
‘Buuuummm!!!’Gertakan guruh di langit mematikan lamunanku. Hujan makin menggasak, keras memukul bumi. Makcik dihadapan ku cuba mententeramkan anaknya yang menangis tergegau amat. Jejaka disebelah tempat dudukku juga terperanjat. Tapi beberapa tika kemudian ku perhatikan dia kembali menjejaki mimpinya yang mungkin terganggu sebentar tadi. Aku juga kembali mengimbau nostalgia malam yang telah memberi sinar baru dalam hidupku.
Semuanya bermula pada malam itu, setelah penat berhibur dan membuat maasi’ di disko, aku pulang ke rumah dengan kepala yang berpinar. Panas yang menjalar hingga ke epidermis membuatkan aku keluar ke beranda bagi menyejukkan tubuh.
Dari beranda rumah di Taman Tun Dr. Ismail, kawasan perumahan elit di pinggir bandaraya, aku melemparkan pandangan ke segenap kota Kuala Lumpur yang masih disinari pancaran mentol –mentol yang bewarna-warni. Mataku menyoroti bayang-bayang dalam kegelapan. Lantas tertancap pada sepasang manusia yang sedang mabuk dan bercumbuan sambil berbaring di atas jalan betul –betul di hadapan rumahku. Tanpa segan silu ku petia mereka melakukan pekerjaan yang terkutuk.
Benar Firman Allah. Manusia akhir zaman ini sudah tidak ada sifat malu dalam diri. Perkara - perkara maksiat dilakukan secara terang – terangan dan siapa yang melakukannya akan dipuji dan dipuja bagai pahlawan yang memenangi peperangan.
Serentak petir memanah bumi, aku terperanjat lantas terherot ke tepi. Mataku terus ke arah panahan petir tadi, sebatang pokok menjadi mangsanya. Batang pokok yang selama ini gagah berdiri akhirnya tumbang menyembah bumi dan hampir – hampir meragut dua nyawa. Bertempiaran lari si jantan dan betina tanpa seurat benang di tubuh. Mungkin Allah masih membuka peluang untuk mereka bertaubat atau sekadar kiasan untuk aku supaya membuka apsal hati yang terlalu ladah ini agar disucikan kembali.
Bagai robot yang diprogramkan, kakiku pantas menuju ke bilik air. Bukan untuk mandi atau membasuh muka seperti acapkali yang kulakukan. Tapi kali ini dengan kesedaran yang muncul dalam atma, aku meladeni wudhu’ dengan khusyu’. Terasa sejuk mencengkam seluruh tubuh yang sudah lama tidak basah menerima air wudhu’.
Usai berwudhu’, aku segara menuju ke bilik. Tangan pantas membuka almari dan terus mencari telekung. Ah,jauh terperosok daripada pakaian – pakaian lain yang lebih mendapat tempat di tubuhku. Masih terasa bau tangan Mak Jah. Wanita yang cukup bersemangat dan berhati waja.
Teringat tika dia bercerita dihalau keluarga kerana sudah bertukar agama kepada Islam yang agung dari agama nenek moyangnya. Kisah dia disiksa supaya meninggalkan Islam. Hatiku bagai dikelar bila mendengar penderitaannya. Lari dan akhirnya diambil sebagai pengasuhku oleh keluargaku.
Dialah yang mengajarku kiam menghadap Ilahi, sesuatu yang tidak pernah ku terima daripada kedua orang tuaku. Tapi sejak Mak Jah atau Khadijah Habibah meninggalkan ku sekeluarga setelah mengalami strok, aku langsung lupa dan alpa. Langsung segala apa yang diperolehi daripadanya berkubur begitu sahaja.
Sejak malam itu aku sememangnya mencari sahabat untuk berkongsi dan tika itu muncul Juzaili. Walaupun hanya melalui email, dia telah banyak membantuku. Setelah berjumpa tiga kali ketika di universiti, akhirnya aku menerima lamarannya yang ingin menjadikanku suri rumahnya yang solehah.
Janji itu yang ku pegang begitu lama. Tapi tika itu aku seperti terhutang budi dengannya. "Ah,mungkin aku yang tidak ikhlas berhubungan dengannya sebelum ini.Mungkin ini balasan Allah padaku."aku terus bermonolog sendirian.
Aku bukanlah alim, tetapi aku mengetahui, yang aku sudah memenuhi tuntutan syariat. Meski berbaju kurung, tetapi aku sudah pun menutup aurat. Meski bertudung tiga segi, tetapi hujungnya sudah melindungi dada ku. Apa yang kupelajari, wajah dan tapak tangan dikecualikan daripada pengertian aurat. Justeru berdasarkan perpekstif itulah, maka aku masih berpakaian seperti sekarang ini, baju kurung dan tudung tiga segi yang masih menutupi dada.
Atau adakah kerana aku begitu aktif di universiti yang menyebabkan aku banyak bersosial dengan wanita dan lelaki lain menyebabkan dia tawar hati padaku. Aku masih tahu batas-batas agama sehingga sekarang aku masih lagi berkostum hijab dan yang paling penting aku jua tahu muamalah dalam Islam.
Kawan ku, Liyana cuba menghasutku. Kau terlalu beku dalam perhubungan kalian. Lihatlah aku, merelakan diri dikucup dan diraba, hingga menjelajah ke pelusuk terlarang.
Aku terkasima sebentar. Aku menjenggil mata, serapuh itukah nilai diri?
Liyana ketawa menggilai, "ala bukannya luak pun. Hanya setakat dikucup dan diraba, tidak sehingga menerobos hingga ke.…"
Aku pantas tutup telinga, tidak mahu mendengar kalimat selancang itu. Apakah maruah itu pada selaput dara? Apakah kerana selaput dara tidak diterobos, tetapi seluruh penjuru berbukit dan berlurah sudah dijarah, maka masih wujud maruah diri?
Bagi ku, selaput itu bukanlah maruah pada hakikatnya. Selaput itu hanya sebahagian petanda wujudnya maruah. Apabila wanita merelakan diri dicumbu tangan dan bibir lelaki tanpa ikatan yang sah, tidak ada gunanya maruah meski selaput yang tipis itu masih terjaga. Pantas sejak itu aku tidak serapat dulu dengan Liyana. Dia bukan penasihat yang secocok denganku.
Hujan masih kuat turun ke bumi. Perjalanan bas nampak perlahan. Mungkin terganggu dengan hujan yang lebat membasah bumi. "Lebuhraya sebesar ini pun ‘jammed’, apatah lagi eritrosit, leukosit dan platlet tersedu-sedu sepanjang lebuh raya yang sendat di vena dan aorta" fikirku.
Kami menghampiri kota kosmopolitan yang cukup ampuh di negara ini. Cahaya berkilauan dari mentol – mentol di sekitar bandaraya ini mengganggu penglihatanku. Tatkala aku meredupkan pandanganku keluar tingkap, aku terpandang pada seseorang yang berwajah seperti Juzaili. Seorang lagi pelanduk yang serupa??!!
Tapi belum sempat impuls dari mataku sampai ke serebelum, aku sudah terlebih dahulu menjerit tegang. "Juzaili!!!!!". Aku mewa. Perlahan segumpal nafas menerpa keluar mengikut rongga hidung.
"Kenapa ni??..awak bermimpi??" terus - terusan dia menyerangku dengan soalan – soalannya. Mungkin marah tidurnya diganggu atau mungkin juga malu apabila semua mata menghala kepada kami.
Aku diam. Suasana sepi seketika. Cuma kedengaran bunyi renik hujan menghentam badan bas ekspress ini.
Aku menyimpul kekuatan sebelum mahu memulakan bicara. "Maaf menyusahkan saudara. Saya bermimpi terjumpa sahabat lama".Aku cuba menyusun kata agar dia faham. "Wajahnya mirip saudara…Ah, bukan itu sahaja, ulah saudara persis dirinya" Aku luahkan segala yang terbuku di hati tapi tetap berhati – hati.
Dia diam dan senyuman masih lagi lekap di alur bibirnya. Ah, senyuman itu membuatkan atmaku kembali tegang. Matanya lantas mencerunkan pandangan pada wajah dan tubuhku. Tidak betah ku diperlakukan sedemikian.
Dia bersuara akhirnya. "Juzaili?..Dia itukah yang awak mimpikan?" soalnya perlahan tapi cukup membuat dadaku berombak laju. Dia masih tersenyum. Mirip sungguh dengan Juzaili yang juga punyai lesung pipit.
"Ya..Juzaili Johan. Kami pernah bersahabat sebelum ini. Tapi akhirnya dia menghilangkan diri enam bulan yang lalu. Malah dia menyuruh saya melupakannya." lancar suaraku melewati kerongkong bersama hembusan nafas kelegaan. Aku juga tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk membuka kisah sengsara ini.
Dia masih tersenyum. "Ah, jangan kau seksa aku dengan senyumanmu itu."marahku dalam hati.
"Juzaili Johan Bin Esqandar Merza?? Diakah yang awak katakan tadi??" katanya perlahan tapi cukup membuatkan aku tersentak.
"Dari mana dia tahu nama penuh Juzaili? Adakah dia lelaki yang aku rindukan itu" aku berfikir sendiri.
Aku melarikan pandangan keluar tingkap. Disebelah kananku rupanya Penjara Pudu. Bermakna tidak sampai sepuluh minit lagi kami pasti akan tiba ke Puduraya. Sekilas aku kembali menoleh ke arah lelaki disebelah.
"Saya Jumaizi, abang kembar kepada Juzaili." jelasnya dan sudah pasti mengejutkanku. Dua tahun bersama dia masih banyak rahsianya yang belum lagi kuterokai.
"Saya ke Johor Bharu ini pun sebenarnya untuk mencari awak, ukhti Mawaddatul Nur Zulaikha. Di UTM saya dikhabarkan yang awak sudah pulang bercuti. Jadi saya ingin pulang kembali ke Ipoh. Tapi tak sangka Allah pertemukan kita dalam bas ini. Saya banyak mendengar kisah awak daripada adik saya. Suka,duka dan sebagainya. Tapi sayang awak dan dia memang tiada jodoh. Semuanya takdir Allah yang esa. DIA yang mengatur segalanya dan DIA jua tahu apa hikmahnya"ceritanya panjang lebar.
Aku tersentak. Bibir terengket. Mata terkedip. Tangkai hati terjerut. Katanya tadi kami memang tiada jodoh. "Kenapa dengan Juzaili sebenarnya abang?" aku memberanikan diri memanggilnya dengan panggilan abang justeru dia abang kandung Juzaili.
"Dia…dia… dia telah meninggalkan kita semua sebulan yang lalu. Dia menghidap barah
otak." perlahan, tapi cukup membuatkan denyutan jantungku terhenti seketika.
Aku tergegau lagi. Tangkai atmaku terjerut. Aku membisu. Terkilan kerana langsung tidak diberitahu olehnya sendiri. Pandanganku berbalam-balam, bukan tempias hujan, tetapi renik air mata bergentayangan di kelopak. Begitu mudah mengheret emosi di aspal hati, lalu membiarkan air mata mulai merembes turun ke pipi dan jatuh ke bawah setelah menyentuh hujung dagu.
"Turun!!...Turun!!.." suara pemandu bas yang kuat menyuruh kami turun mengejutkanku. Kami sudah tiba di Puduraya rupanya. Terasa begitu pantas masa berlalu.
Aku masih tergamam amat. Masih sukar mempercayai lelaki yang kucintai sudah lebih awal pulang menghadap Ilahi.
"Saya diamanahkan untuk menyampaikan surat ini." lantas sekeping kertas kecil diletakkan di sebelah tubuhku. "Harap awak bersabar dan teruskan perjuangan. Dia sememangnya tidak mahu awak terluka dan hilang pertimbangan untuk meneruskan tajdid hidup awak. Hijrahlah untuk Allah dan Rasulnya. Jadilah seperti Sumayyah dan Masyitah dan katanya lagi ambillah iktibar dari perjuangan Khadijah Habibah. Saya mahu beransur, kembali meneruskan perkelanaan ini".
Aku diam. Terus membisu. Mataku menyoroti pergerakannya turun dari bas dan sehingga bayangnya menghilang ditengah – tengah orang ramai di Puduraya.
Perlahan ku buka kertas yang mengandungi nota itu. Tulisan akhir kalam Juzaili sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.



‘Assalamualaikum WarahnatulLah Wabarakatuh......Buat Mawaddatul Nur Zulaikha yang kucintai, aku pohon berjuta kemaafan kerana merahsiakan perkara ini. Aku mahu dirimu terus berjuang di jalan ini walaupun pahit tanpaku. Sebenarnya aku mahu engkau membiasakan diri berjuang tanpa bantuanku dan yang paling penting bukan keranaku. Semoga Allah akan menjagamu...Berdiri dan bermujahadahlah seperti Sumayyah dan Khadijah Habibah!!"
- juzaili johan esqandar merza -
Aku beristighfar panjang. Dalam hati pohon bebanyak kemaafan terutama apabila aku menaruh syak wasangka dan su’uzdhan pada dirinya.
Aku tersepa di kerusi bas. Angin dingin berpuput lembut masuk, lalu hinggap ke tubuh. Aku lantas bangkit. Pawana itu kemudiannya lekas menyusup keluar. Keluar bersama – sama tubuh dan semangatku yang kembali tercerna.
"Aku Mawaddatul Nur Zulaikha akan meneruskan tajdid demi menegakkan dan menyemarakkan api perjuangan Islam"








© aMeeD rIeJall


P/s: Terima kasih kepada yg sudi membaca dan yg memberikan komen..digalakkan..actually cerite ni saya buat berdasarkan pengalaman seseorang yg sy gunakan sebagai tema cerpen ini...akhirnya moga seronok membaca n agar isi yg nak disampaikan dapat diterima..manatau leh sy sambung dalam cerpen baghu..(ada ide tu kongsi2 la ek..)..k wassalam


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Tuesday, November 15, 2005

~menghayati ungkapan bibir..

"qunut" means rasing both hands toward the sky and holding them in front of the chest or face and then reciting a supplication, like asking for forgiveness.

Allaahumma ihdinaa feeman hadayta waafinaa feeman aafayta wa tawallanaa feeman tawallayta wa baarik lanaa feemaa a'tayta wa qinaa sharra maa qadhayta innaka taqdhee walaa yuqdhaa alayka innahu laa yadhillu man waalayta walaa ya'uzzu man aadayta tabaarakta rabbanaa wa ta'aalayta.wa salla Allaahumaa alaa muhammadin wa aalihi wa sallam

O Allah, guide us with those You have guided aright.
Grant us wellness with those that You have granted wellness.
Protect us with those You have protected.
Bless us in what you have bestowed on us,
and guard us against Your evil decree,
for You alone decree, and no one can decree against You.
One whom You have patronized can never be despised
and the one whom You have antagonized can never become honored.
Our Lord, You are the most exalted and glorious.
O Allah, bless Muhammad and his family and shower them with peace.

Bahasa melayunya diambil di sini..

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggiEngkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ameen

Alangkah indah, jika kita faham apa yang kita sebutkan.. Ayoh sebutkan apa yang hadir dalam hati.. semoga hidup lebih berarti..


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Mencari arti hidup

..
Hidup yang tidak bertepi

Hari ini, aku menyelinap ke tahun kelmarin
Aku ingin diriku kenal perubahan yang telah berlaku
Aku ingin bunga-bunga iman terus mekar dalam diri

Betul tekaan ku
Iman ini lebih subur setahun yang lalu
Iman ini lebih subur ketika aku baru mengenali mu

Tetapi iman ini tidak lagi seperti dulu

Kapan ini terjadi?
Sejak aku kau tinggalkan? *haha*

Mengapa iman begitu sinonim dengan mu?
Tahukah kamu apa salahmu?

Kerna kau menyamakan aku dengan dosa
Apa aku tak bisa kau jadikan teman?

Tahukah kau yang aku berkawan dengan mu
hanya setelah ku lihat
cahaya iman datang bersama denganmu

Kata2 mu
Aksi mu
Penuh dengan pembawakan iman
Mengagumkan!

Itu pandanganku terhadapmu
Dan ia tidak pernah berubah

Aku tidak mengharapkan kamu
Yang aku harapkan cuma sisa imanmu
Aku mahu keberadaanmu disisiku
Bukan lebih daripada teman
Bukan lebih daripada itu

Percayalah!

- - kepada teman itu, walau kau ga bisa mendengar.. semoga kau tahu, keberadaan mu disisi ku amat aku hargai.. nasihatmu, penuh dengan kebesaran ALlah .. itu yang aku rindukan.. - -


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Monday, November 07, 2005

SECARIK KASIH DALAM HIJRAHKU (Sa-tu)

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

Siri Sa-Tu

SECARIK KASIH DALAM HIJRAHKU


Aku tergamam metah. Kehadirannya merencatkan asyikku melayari bacaan novel Tidak Secerah Mentari, karya Ramlee Abu Saleem. Penulis yang sedang meningkat naik dalam arus penulisan novel di negara ini. Lantas kututup novel itu. Was-was serentak menggugahi aspal hati sehingga aku terkial-kial membetulkan tempat dudukku. Sememangnya kehadiran diri itu menarik hati yang tajarrud, lalu menginjak tanah nostalgia yang masih menyelubungi ingatanku.

“Diakah itu??. Lelaki yang meninggalkan aku setelah dua tahun kami bersama. Juzaili??” Ah, nama itu kembali menghantui mandala ingatanku. Nostalgia lalu bagai terbayang di tubir mata.

Wajahnya saling tak tumpah. Dua mata yang redup dengan alur bibir yang kecil molek menjadi pusat renunganku buat beberapa saat. Aku mematikan seluruh deria rasa untuk kembali menumpukan ke arah wajah itu. Seluruh deria rasa yang tertumpu itu cuba menikmati kemanisan persahabatan yang nyata sudah terkikis dan sepahit hempedu.

“Ada orang disebelah ni?” tanyanya lembut dengan senyuman yang membuatkan aspal hatiku hampir gugur.

“Tak, duduklah kalau nombor tiket awak di sini” jawabku acuh tak acuh sambil cuba menyembunyikan resah yang bersarang di hati.

Perjalanan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur kali ini ku rasakan pasti menjadi begitu lama. Kenapa setelah enam bulan dan setelah ku berjaya untuk melupakannya, tika ini dia muncul kembali. Aku terus berperang dengan hati.

Aku kembali menggapai novel. Cuba mengkhusyu’kan kembali bacaan yang terganggu. Tapi mataku masih gatal mahu menjeling jejaka disebelah. Bukan kerana aku sudah terpikat, tapi mahu memastikan sama ada diakah orang yang kurindui selama berbulan ini.

Matanya pantas mengikat sinar resah di korneaku. Dia tersenyum lagi. Tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Bisukah dia?. Ah, lelaki memang begini. Menunjuk ego pada wanita sepertiku. Atau mungkin juga dia segan untuk memulakan bicara denganku. Maklumlah dengan pakaiannya yang bagai pak imam masjid takkan mungkin mahu berbicara denganku. Aku kembali berhusnuzdhan dengan kelakuannya.

Aku kembali menyoroti wajahnya. Masih tersenyum seperti tadi dengan mata yang sudah terkatup. Sudah lena di ulit mimpi rupanya. Mungkin kepenatan atau mungkin juga cuba untuk menyimpan tenaga sebelum berkelana di bandar besar nanti.

Aku tertancap pada tahi lalat di sebelah alur bibir kanannya. Juzaili???!! Memang dia. Walau sudah enam bulan tidak bertemu, aku masih lagi dapat mengecam akan wajahnya. Nampak seperti wujud sedikit perbezaan walaupun aku tak pasti di mana.

Darah berlari laju. Keluar masuk dari kamar aurikel dan ventrikel, lalu bersimpang-siur ke segenap sel. Vena dan aorta tidak lagi macat. Hatiku kembali digetis resah. Rona mendung berjangkit ke wajah.

Aku tidak tahu apa punca. Dia tiba -tiba meminta perhubungan kami diputuskan. Apatah lagi meminta aku terus melupakan segala nostalgia yang kami lalui bersama. Dia mahu aku membuang semua kenangan yang berkaitan dengannya.

Aku cuba memuhasabah diri, mencari justifikasi tindakannya yang mengorbankan ikatan cinta yang terjalin sekian lama. Aku menekur sejarah perjalanan cinta yang mekar seusia dua tahun itu. Aku terkedu, menggapai-gapai punca yang dirasakan berpilin-pilin. Sungguh, aku tidak menemukan sebab yang meretakkan cermin cinta dan kasih kami.

Aku sememangnya bersyukur ditakdirkan bertemu dengannya. Bantuan dan budinya bukan sedikit padaku. Merenung kembali sejarahku sebelum ini, aku rasa dia seperti malaikat yang turun ke bumi untuk memimpinku. Tapi kenapa sesudah dua tahun dia meminta hubungan ini diputuskan?. Aku terus khilaf dalam diriku sendiri.

Aku melemparkan tubuh ke kerusi bas. Entah apa yang patut kukatakan tentang bas ini. Dari luar kuperhatikan sungguh menarik dan mempersonakan tapi di dalamnya sungguh mengejutkanku. Jangan menghakim seseorang hanya dari luarannya sahaja. Aku bermonolog sendirian. Adakah ini juga pandangannya terhadapku setelah dia kurasakan sudah sangat mengenali diriku selama dua tahun ini.

Sejuk dari hawa dingin bas menjarah epidermis diri. Sambil memperkemaskan rangkulan baju sejuk, aku melemparkan pandangan keluar tingkap. Melihat indahnya ciptaan Al-Khaliq. Mata ku menggomol bukit menghijau yang kininya sudah bertukar rupa. Ditelanjangi oleh mereka yang gilakan pembangunan dan kekayaan hingga merosakkan keindahan dan kestabilan alam semulajadi. Manusia memang mudah melupakan budi. Bila sudah susah baru mahu beringat.Ah, aku seperti cuba melepaskan geramku padanya. Hati ku kembali bergetar. Radang menjentik. Kebencian mula menyala.

Ya Allah..”astagfiruLlah al azim”aku beristighfar panjang mengenangkan kemarahanku tadi. Mungkin dia ada masalah. Tapi kenapa tidak berkongsi bersama denganku.

Mengenang kembali detik pertemuan dengannya membuatkan hatiku hiba. Hobi bersembang dalam IRC di internet menemukan aku dengan seorang lelaki yang akhirnya telah banyak merubah hidupku. Setelah mendapat hidayah daripada al-Khaliq, aku cukup bersyukur apabila ada orang yang sudi membantuku dari seorang yang tidak punya apa jua ilmu agama kepada manusia yang sekurang-kurangnya mampu menunaikan tanggungjawab pada Ilahi.

Hidup di Bandaraya Kuala Lumpur memang menyeronokkan. Sebagai anak orang berada dan lebih – lebih lagi apabila bapaku punya jawatan yang tinggi dalam kerajaan, hidup ini dirasakan cukup bebas. Bebas bergaul, bebas bergerak , bebas membeli apa yang dihajati dan bebas segala – galanya kerana tiada siapa yang akan menghalangku.

To be continued.........


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


MAWAR FIRDAUS

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

MAWAR FIRDAUS

Puas sudah membaca namun mata masih terasa segar. Entah berapa banyak buku sudah ku khatamkan, dari buku motivasi, ke buku haraki hinggalah hadis 40 karangan Imam Nawawi. Selonggok majalah Muslimah dan Al-Islam pun telah habis ku belek dari kulit ke kulit. Keseronokan membaca bertukar menjadi kebosanan yang memualkan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk cuba melelapkan mata. Ku rebahkan diri ke katil sambil menikmati lagu nasyid dari pemain MP3 komputer yang ditinggalkan terpasang oleh adik-adik yang sudah terkapar keletihan.
Kasihan melihat mereka terkulai di antara longgokan buku dan kertas nota yang bersepahan. Teringat saat-saat ketika masih bergelar mahasiswa dulu, suasana begini memang menjadi lumrah setibanya musim peperiksaan semester. Mahu tidak mahu, tradisi ini sudah mengurat saraf dalam hidup seorang mahasiswa. Kelunakan melodi nasyid yang beralun perlahan membuat aku terbuai seketika, damai menyusup ke kalbu. Ku lirik jam meja di sudut bilik, malam sudah merangkak ke pagi tapi nampaknya mata ini masih liat benar untuk terpejam. Sesal juga rasanya bila teringat siang tadi tidur hingga ke lewat Asar.
Alunan lagu Impian Kasih nyanyian Kumpulan In-team tiba-tiba menyentak gegendang telingaku. “Ishh..lagu ni pulak!” Sebal menerpa perasaanku melenyapkan serta-merta damai yang bertamu seketika. Ahh.. aku benci lagu ini! Tidak..ingatan itu terlalu kuat, ia berpintal lagi dalam mindaku yang sedia kusut. Ku pekup telingaku, ku sembamkan muka ke bantal, aku mahu lari jauh-jauh dari nama itu, wajah itu. Ya Tuhanku tolong aku Ya Allah!
“Ana harap ukhti dapat menerima hakikat ini dengan hati yang tenang dan redha, ana bukan menafikan anti, tapi ana tidak dapat menolak kehadirannya dalam hidup ana. Dia mahu ana membimbingnya untuk mengenali Islam.”
Ringan kepala ini aku rasakan saat aku baca bait-bait ayat dalam emelnya yang terakhir. Terasa gelap pandangan ku seketika. Dia yang kukenali lebih setahun, dia yang kuletakkan seluruh pengharapan dan impian akhirnya terpaksa aku lepaskan. Impian membina sebuah baitul-muslim yang dihiasi mawaddah dan rahmah bersama insan yang sama-sama mendokongi perjuangan berkecai punah.
Bukan tidak ada sahabat muslimin lain yang cuba mendekati tapi Naufal begitu istimewa di mataku, di hatiku. Dialah lelaki yang memenuhi segala keinginan ayah dan ibu yang terlalu cerewet tentang jodoh anak bongsu mereka ini. Dan yang paling penting, dialah satu-satunya sahabat yang paling memahami waqi’ dan tuntutan perjuangan di daerah kelahiran sendiri.
“Sesungguhnya dia lebih utama, janganlah sia-siakan dia. Didiklah dia bukan sahaja menjadi muslimah yang solehah tapi juga seorang mujahidah yang bertaqwa. Tiada kesal di hati ana, yang ada hanyalah mahabbah yang tetap subur, yang lahir dari ukhuwwah fillah. Kita tetap sahabat, sesungguhnya ukhuwwah fillah abadan abada..”
Tatkala aku ucapkan kalimat itu, air mata ku mengalir laju. Kecewa dan redha bersilih ganti mengisi ruang dada. Namun tarbiyah dari madrasah Ramadhan yang baru beberapa hari berlalu memberikan sedikit kekuatan untuk aku mengawal perasaan yang berkecamuk. “Kalau kau mengharapkan cinta makhluk, ianya tak akan kekal. Tapi andai kau mendambakan cinta Khaliq sesungguhnya Dia tak pernah mengecewakan kau! Jadilah muslimah yang sabar Sakinah!” Aku memujuk diri dalam kepayahan.
Aku tidak pernah bertanya bagaimana Naufal boleh berkenalan dengan gadis Kristian itu, walaupun ada sekali dia menyebutkan. Aku tidak punya masa untuk cemburu, perjuangan di kampus menuntut pengorbanan dalam segala hal dan hal-hal peribadi yang kurang penting harus di kesampingkan. Lagipun kami bukan seperti pasangan muda-mudi yang lain, hubungan ini kami landaskan atas nama perjuangan yang matlamatnya adalah mardhatillah.
Kami tidak pernah bertemu melainkan di bilik mesyuarat, liqa’-liqa’ mahasiswa atau semasa tamrin. Tidak pernah meniti di bibir perbicaraan soal hati sebaliknya hanya isu-isu politik kampus semasa dan masalah-masalah dalam jama’ah yang menjadi bualan utama. Sekali-sekala bertukar khabar keluarga dari kampung atau perkembangan akademik masing-masing.
Siapa kata tidak ingin menjadi seperti pasangan bercinta yang lain? Walaupun sama-sama bergelar pimpinan yang zahirnya tegas dan lantang di mata umum, jauh di sudut hati sesekali terdetik kerinduan untuk mendengar ungkapan sayang. Tapi aku percaya bahawa cinta tidak semestinya perlu dilafazkan. Aku sudah cukup bahagia melihat orang yang aku sayangi lebih mengutamakan perjuangan lebih dari segala-galanya.
Namun, kesabaran hati seorang insan bergelar muslimah kali ini benar-benar teruji. Seorang muslimah yang dulunya dianggap muslimah berhati cekal di pentas perjuangan mahasiswa kini akhirnya tewas tersungkur jua. Tewas pada ujian cinta. Ya, aku kecewa kerana dikecewakan tapi tidaklah seperit kecewa kerana kalah pada ujian. Aku malu pada Allah.
Selama ini aku selalu menegaskan dalam ucapan-ucapanku, letakkanlah Allah sebagai yang teratas di dalam hati, tapi sayang, sedikit ujian cinta sudah membuktikan aku sebenarnya masih belum cukup menghayati apa yang aku katakan. Cinta agung yang aku angankan belum mampu aku hidup suburkan dalam jiwa dan roh ku. Kekecewaan ini hampir-hampir saja mematikan semangat juangku, saban waktu air mata menjadi peneman setia. Ahh..Jangan bazirkan air matamu hanya kerana seorang lelaki Sakinah! Air mata keinsafan itu lebih mahal harganya daripada ratapan kerana kehilangan seorang lelaki.
Lantaran luka dan kecewa ini, ku seret langkah ke sini, ke medan juangku dulu dengan harapan aku dapat menjejak semula Sakinah yang aku kenali dulu. Kehadiranku disambut mesra oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang lama aku tinggalkan. Kisah-kisah perjuangan hidup kampus yang hampir setahun aku tinggalkan sedikit-sebanyak menghapus luka di hati. Layanan penuh hormat adik-adik yang pernah bernaung di bawah tarbiyah ku satu ketika dulu membajai semula semangat juangku yang kian malap dihakis arus mehnah di medan kehidupan yang sebenar. Kehidupan yang dihiasi gemerlap keseronokan dunia fatamorgana dan syaitan yang sentiasa mengambil kesempatan di atas kelalaian anak Adam.
Betapa mehnah yang sedikit telah melalaikanku! Aku tidak menyalahkan Naufal di atas keputusannya, juga tidak kesal dengan perkenalan kami. Medan perjuangan menemukan kami dan perpisahan ini tidak akan menghapuskan ukhuwwah yang terbina selama ini. Dia pejuang gigih yang aku kagumi, walaupun tidak lagi bertemu setelah aku meninggalkan dunia kampus.
Aku menamatkan pengajian lebih dulu daripada Naufal kerana dia mengambil keputusan untuk menyambung satu semester lagi atas kepentingan jama’ah. Lantaran itu kami terpisah. Walaupun Laut China Selatan jadi pemisah, warkah-warkah emelnya sering menemaniku. Sesekala kami berbicara lewat telefon. Aku tidak bersetuju sekiranya dia terlalu kerap menelefon, aku sedar kedudukannya sebagai pimpinan menuntut keperibadian yang terhindar dari segala fitnah.
Aku berpegang pada prinsip bahawa keperibadian seorang pemimpin akan tercermin pada akhlak pengikutnya, justeru itu aku terlalu menitik beratkan hal-hal yang sebegitu. Aku tidak mahu kerana aku, tumpuannya pada gerakerja jama’ah terabai apatah lagi menimbulkan fitnah pada jama’ah.
Aku amat menyedari kelemahan seorang lelaki, betapa kerasnya lelaki pasti layu pada pujukan wanita. Berapa banyak pemimpin dunia yang tersungkur kerana tipu daya seorang wanita? Julius Caesar? Napoleon Bonaparte? Bill Clinton? Berapa ramai juga bekas pimpinan mahasiswa yang dulu berdegar-degar di pentas mahasiswa setelah berumahtangga menjadi lesu kerana di uji dengan isteri yang tidak mahu memahami. Aku tidak mahu menjadi wanita yang menjadi racun, sebaliknya aku mahu jadi wanita penyemarak perjuangan sebagaimana Khadijah dan Fatimah yang menjadi idolaku.
Ahh..Aku buang ingatan pada Naufal jauh-jauh. Aku tidak mahu perasaan menguasai diriku. Aku tahu Allah memberikan yang terbaik untukku walaupun pahit untuk ditanggung. Kasih sayangNya selama ini tak dapat aku nafikan, kenapa harus aku mengeluh pada kali ini? Bukan jodohku. Aku akui, sebal juga bila adik-adik asyik bertanya bila lagi mahu menamatkan zaman solo. Apatah lagi sahabat seangkatan sudah ramai yang bergelar suami mahupun isteri. Mungkin Allah mahu berikan aku yang lebih baik, atau juga aku sebenarnya yang masih belum layak untuk menjadi isteri pada seorang mujahid seterusnya menjadi ibu kepada bakal para syuhada’ seperti yang aku impikan selama ini.
Mungkin aku belum melulusi ujian di madrasah tarbiyah yang Allah sediakan untukku. Tanggungjwab melahirkan dan mendidik anak-anak untuk menjadi jundi-jundi yang soleh mahupun solehah bukanlah tanggungjawab yang mudah. Mahukan anak-anak semulia dan setaqwa Hasan dan Husin perlukan seorang ayah dan ibu sehebat Ali dan Fatimah. Aku belum layak untuk itu, malah jauh sekali dari layak.
Brek mengejut menyentak aku dari tidur. “Kenapa pulak ni?” Aku menggumam kesal, mata baru saja terlelap. Ku intai suasana di luar di sebalik cermin gelap bas. “Teruknya jam!” Aku mengeluh perlahan. Kenderaan berderet panjang, semua saling himpit-menghimpit. Papan tanda menunjukkan aku kini berada di kawasan Kerinchi. Melihat Kerinchi Link lantas mengingatkan aku pengalaman pertama menyertai demonstrasi. Isu hangat Kerinchi Link dan Masjid Ar-Rahman membawa aku menjejak kaki ke Universiti Malaya buat pertama kali. Ketika itu aku masih mentah, baru belajar untuk berjinak-jinak dengan perjuangan di kampus.
Aku masih ingat, ketika itu UM yang sentiasa panas dengan suara-suara lantang mahasiswa bergolak sekali lagi apabila warga kampusnya menentang pembinaan laluan LRT yang merentasi institusi ilmu itu. Kemarahan para mahasiswa Islam memuncak apabila Masjid Ar-Rahman dilanda banjir lumpur akibat daripada pembinaan tersebut. Sebagai akibatnya, UM menjadi medan demonstrasi secara aman sekali lagi. Mahasiswa dan mahasiswi dari seluruh pelusuk IPT membanjiri UM dengan semangat dan matlamat yang satu. Slogan selamatkan Ar-Rahman dan laungan takbir bergema menggegarkan universiti di tengah bandar itu. Ahh..orang kata mahasiswa berdarah muda, selalu mengikut rasa. Semangat setinggi langit tapi tidak praktikal. Benarkah? Tapi bukankah ramai pemimpin negara juga mulanya di sini, medan yang kini mereka gelarkan demonstrasi jalanan?
Setelah itu kunjungan demi kunjungan ke UM menyusul atas urusan rasmi persatuan mahasiswa. Sebagai perintis di IPT sendiri, kami menagih ilmu dan pengalaman daripada sahabat-sahabat yang lebih dulu mengorak langkah, yang sudah matang dengan selok-belok percaturan politik kampus, masak dengan kerenah pentabiran yang semacam alah dengan pergerakan berunsur Islam malah sudah lali diutusi warkah cinta dari Bukit Aman.
Di UM langkah perjuanganku bermula, di UM juga cinta pertamaku terpahat. Ah, manisnya ketika itu! Hati mana tidak berbunga-bunga bila mendapat perhatian dari insan yang menjadi sebutan para muslimat. Berbanding dengan muslimat yang lain tiada istimewanya aku. Perkenalan tanpa dirancang, mungkin inilah yang dinamakan takdir.
“Ada perjumpaan MIS di masjid UKM sabtu depan, call Isya malam nanti okay!” Aisyah membisikkan padaku ketika kami berpapasan di tangga bersebelahan dengan Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar di Dataran Perdana Siswa itu. Aku mengangguk tanda faham. Aisyah baru sebulan aku kenali tetapi keakraban kami seperti sudah bertahun mengenali. Maklumlah sama-sama merantau di negeri orang, cepat sahaja terasa mesra.
“Ana dengar ada orang baru, sekampung dengan ana pulak tu. Siapa ya?” Pemuda berkopiah putih itu mengangkat pandangan ke arah bahagian muslimat sambil tersenyum. “Presiden tanya tu, cepatlah!” Aisyah yang duduk bersila di belakangku menolak bahuku, hampir aku tersungkur ke lantai. “Ishh..!” Aku menepis tangannya yang gatal mencuit pinggangku. “Ana”, jawabku tersipu-sipu bila puluhan pasang mata memandang serentak ke arahku. “Boleh ta’aruf sikit?” Tersekat-sekat suaraku, gementar bercampur malu ketika memperkenalkan diri apatah lagi apabila telingaku menangkap suara-suara nakal dari kalangan muslimin yang mengusik sesama sendiri. “Ok, lepas ni ukhti bagi maklumat diri dengan setiausaha. Boleh?” Aku mengangguk akur.
Bukan aku tidak pernah mendengar mengenai MIS sebelum ini cuma komitmen jama’ah di kampus yang baru membina asas terlalu menuntut tumpuan yang lebih. Dengan bilangan yang terlalu sedikit, segala tanggungjawab terpikul di atas bahu orang-orang yang sama. Di katakan baru dalam perjuangan ini tidak juga, hanya waqi’ yang berbeza. Dulunya berada di bawah tarbiyah Hizbi UK dan Eire, pastilah jauh bezanya dengan pendekatan universiti tempatan.
Kegawatan ekonomi memaksaku dan sahabat seangkatan yang lain melupakan hasrat ke UK dan menyeret langkah ke sebuah daerah yang tidak pernah kami bayangkan sebelum ini. Sebuah universiti swasta yang terpencil dan gersang! Namun perjuangan mesti diteruskan, walau mana pun bumi dipijak, Tuhan Pemiliknya masih sama, nafas perjuangannya tidak akan berubah. Walau aku akui, remuk juga hati ketika aku merenyuk surat tawaran dari University of Portsmouth seminggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
Tidak ku kesali apa yang ditakdirkan, pasti ada hikmah di sebalik segala ketentuanNya. Di Malaysia perjuangan lebih fokus dan realistik, berkait langsung dengan isu-isu masyarakat setempat. Malah berpeluang untuk turut sama-sama bergelumang dalam kemelut pilihanraya negara, perang demokrasi bersenjatakan sebatang pena. Lamunan ku terhenti ketika bas melalui pintu gerbang UM. Hatiku terasa disiat-siat, rindu berbaur pilu. Dan ingatan itu berlegar lagi.
“Akak nak tanya sikit, akak harap jawab terus terang ya?” Wajah lembut Kak Zah dihias senyum simpul. “Aa..Apanya kak?” Denyut jantungku bagai terhenti seketika. Soalan-soalan begitu sudah acap kali aku dengar dan aku arif amat maksudnya. “Akak tau Een faham maksud akak, tak perlu akak terangkan.” Aku bungkam. “Macam ni, akak ni cuma sampaikan hajat. Kalau dapat, Een fikirkanlah semasak-masaknya. Akak tak mahu sebutkan siapa orangnya lagi. Een solat isthikharahlah dulu. Kalau rasa tiada halangan, akak akan beritahu.” “Bagi Een masa seminggu kak?” Aku separuh merayu. Kak Zah tersenyum penuh makna, “Insyaallah la tu..” Ku sambut huluran salamnya, dia mencium pipiku mesra. “Jalan elok-elok.” Aku angguk. Keresahan yang berpadu dengan teriakan rel Komuter yang bergeser dengan landasan menyesakkan kepalaku. Ku lemparkan pandangan ke luar dari cermin kaca koc, menghitung stesyen demi stesyen yang ditinggalkan. Komuter berlari laju menuju Kuala Lumpur.
Tumpuan ku agak terganggu sekembalinya aku dari UM. Tidak aku duga ziarah ku ke sana kali ini mengundang resah. Jawapan pada persoalan yang berlegar di kepalaku memang tidak pernah terlintas di fikiranku. Hampir tidak percaya , orang yang dimaksudkan Kak Zah adalah Naufal. Dia pimpinan MIS dan aku hanyalah ahli biasa yang baru berjinak-jinak dengan gerakan berplatformkan persatuan anak negeri itu. Memang aku pernah berangan-angan menjadi sayap kirinya tapi itu hanyalah sekadar gurauan antara aku dan sahabat-sahabatku di kampus. Bagiku itu hanyalah mimpi dalam cerita-cerita fairy tales, siapa sangka ianya jadi kenyataan. Ahh..kenangan, sukarnya untuk dipadamkan!


To be continued........


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


puisi jer leLaGi...puLakkk

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

KENAPA DULU ..

masa kita belum kawin
abang pegang tangan saya masa kita melintas jalan
masa kita pergi berjalan-jalan

abang bergurau senda dengan saya
masa kita keluar bersama-sama
masa kita berborak dan bersembang di hujung telefon
abang suka sakat-sakat saya
sampai saya merajukkemudian abang pujuk saya
saya suka sangat waktu iturasa macam bahagia sangat
abang selalu berbincang dengan saya
masalah abang dengan keluarga dengan kawan-kawan
dengan pensyarah
dan dengan diri abang sendiri
pasal pelajaran
pasal kehidupan
pasal semua benda
saya suka sangat macam itu

bila saya merajuk
abang mesti pujuk
saya suka sangat

macam itu
kadang-kadang abang pun merajuk juga
jadi saya pula yang pujuk
seronok sangat masa itu kan abang?


dulu
abang mesti telefon
cakap abang sayang kat saya
cakap sayalah satu-satunya 'sayang' abang
abang yakin kan saya sayalah nyawa abang
sayalah jiwa raga abang
saya suka sangat macam itu abang

dulu
masa saya sakit
masa saya ada masalah
abang mesti tanya saya dah makan ke belum
dah pergi klinik ke belum
dah makan ubat ke belum
abang belikan saya jus epal
abang belikan saya tomyam
abang nak saya cepat baik
abang nak saya cepat sehat
nanti boleh kita pergi tengok wayang

abang...
saya sedihlah bang
kenapa yang dulu
dah tak sama lagi
mana senyuman abang pada saya?
mana perginya gurauan abang?
mana kata-kata sayang abang?

abang dah tak pegang tangan saya
apabila lintas jalan
apabila jalan-jalan di taman

abang dah tak bergurau dengan saya
abang tak sayang saya ke?
abang dah tak pujuk saya bila saya merajuk..
kenapa abang?
saya sedihlah abang
sedih sangat sekarang

abang dah tak borak ngan saya lagi
cara abang bercakap dengan saya pun dah lain
abang tak cakap lemah lembut
abang tak cakap romantik
abang macam bengang dengan saya
abang tengking saya
saya bukan sengaja buat silap
saya sedihlah abang

sampai hati abang buat begini
tiap-tiap malam saya menangis
bila saya fikir-fikir abang sekarang..
bukan seperti
abang yang saya kenal semalam
bukan abang yang saya cinta dulu...
kenapa abang....



ZULMAT


Semalam
Khayalan yang mampu
Dibawa bersama
Syahdan yang khilaf
Diperbetulkan

Malam tadi
Gelap malam menjadi saksi
Lorong itu penuh kembali
Entah siapa pula kali ini


Pagi ini
Lorong itu kembali sunyi
Tenang nan bening
Lilin dan jarum bertaburan

Esok
Apa terjadi
Semua sahabat rosak dan binasa
Akibat kezulmatan dan kedegilan



TEMAN

Teman…
Bukan sehari dua dirimu kukenali
Malah ibarat pungguk yang telah
Lama menanti hati sang bulan
Apabila kejauhan pasti wujud kerinduan
Begitulah kita yang sering
Didampangi gelak tawa apabila berekatan
Namun walaupun begitu akrab
Kita pasti berpisah
Untuk mengakhiri setiap pertemuan

Teman…
Andai perpisahan datang menjelma
Syukurlah kerana tanpanya sudah pasti tiada
Sebuah pertemuan
Jejak yang kita tinggalkan semalam
Akan kita warnai kembali
Setelah lama menyepi


Teman…
Andai terputus kata bicaramu
Pada angin kukhabarkan
Engkau tetap temanku
Memori semalam terlipat indah di mandala ingatan
Tanda kita pernah bersama dan bermesra
Dan akhirnya…..berpisah!!!


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Lagi-lagi sajak leLama

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]

PENGORBANAN IBU

Ibu
Keperitanmu menjagaku sejak kecil
Mendidik dan mengajarku erti kehidupan
Membimbingku ke jalan yang benar


Ibu
Sudah lama
Kau tanggung keperitan ini
Membelaku dengan ikhlas
Dan penuh tanggungjawabmu
Bersama kecekalan dan kesabaran

Ibu
Maafkan akan diriku
Jika salah dan silapku
Menginggung dan menghiris hatimu

Ibu
Akan aku balas segala jasamu
Akan aku tebus ke[eritan hidupmu
Akan aku jaga dirimu persis kau memeliharaku

Ibu
Pengorbananmu terlalu banyak untukku
Tidak dapat kubalas kesemuanya
Akan tetapi pasti jua aku cuba sedaya upaya
Menjagamu hingga akhir hayatku



KISAH DUA PERAWAN

Dua perawan tersipu
pura-pura tersembunyi
berjarak tiga tiang lampu
aneh, kalian sedia
berselimut di balik peribadi
berbalut kain kapas
lalu, apa lagi mahu
menyorok sebegitu rupa?

Aku pernah bertemu
perawan seperti kalian
bersembunyi dari balik
olak-olak sipu ditegur angin
hanya kemudian terkedek-kedek
mengejar bas yang berhenti
di hadapanku seperti itik
menyertai balaton!

Mujur saja hari ini
kalian tidak perlu
mengejar bas yang sedia
memenuhi hasrat kalian
menantinya di tempat
tak tersedia!

-aKu-


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------


Rindu Tak Terbebas

~dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman~ [seBenaRdiRi]


Kala rindu tak ketemu
lohong, meski sudah
melejang-lejang dinding
atma [persis wap terkepung
dalam kendi kangen]
apakah aku mampu
mengikatnya pada lantai sejarah?

[Pernahkah kalian membebaskan
wap rindu dari kendi diri hingga
kepul-kepul itu bagai jiwa yang
terbebar ke angkasa cinta?]

Biarkan ia mengamuk dalam
daerah diri, hingga nanti tersepa
jadi hubub terdera.


~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~

-------------------------------------------



wat bahase do u speak??
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

MyNetwork
[:: ] hudasoid [:: ] GoPi [:: ] moHnas [:: ] niSah harOn [:: ] zaid Akhtar [:: ] feeeSal teHrani [:: ] Helvy tIana RoSa [:: ] LukiSan malaM [:: ] adeeb [:: ] ghuroba [:: ] MukhriZ [:: ] wanZu [:: ] mueeZ [:: ] Azzahra SafiaH [:: ] widad [:: ] aShersiMakhlukGergasi [:: ] SanaYemen [:: ] adielaRahmad [:: ] eRmyAhmaD [:: ] syahidah [:: ] sYafixa [:: ] 9_tail_kid [:: ] My Bloody Arsenal [:: ] ex-KI 2000 [:: ] aDnin [oO ] raihanah