KUTEMU CINTANYA DI RAMALLAH
“Apabila kamu menghampiri sebuah kota untuk berperang, jemputlah warga kota itu untuk berdamai. Kalau warga kota itu menyambut untuk berdamai, maka semua rakyat di dalamnya diperhambakan kepada kamu. Kalau warga kota itu enggan menyerah, malah sebaliknya memerangi kamu, maka hendaklah kamu mengepung kota itu. Apabila tuhan meyerahkan kota itu kepada kamu, maka hendaklah kamu pancung semua orang lelaki, wanita, kanak-kanak dan binatang serta rampasan dalam kota itu menjadi milik kamu. Begitu juga hendaklah kamu lakukan dengan semua kota yang jauh daripada kamu. Jangan biarkan seorang pun tinggal di dalamnya.”
Tasthniah Sah {17-10}{20}.
“ Israel bedebah! Celaka ke atas Yahweh! Ramallah bergegar lagi. Hujan darah menitis lagi di sana. Jentolak Israel memusnahkan 73 rumah di kem pelarian Gaza awal pagi tadi. Kebanyakan penduduk masih tidur, menyebabkan beratus-ratus orang hilang tempat tinggal. Saban hari kita disogokkan dengan peristiwa kekejaman Yahudi Laknatullah, tapi apa tindakan kita? Ke mana hilangnya suara-suara yang ingin membela intifada’ Palestin? Aku benci dengan dunia yang buta, pekak dan terus bisu! Kewajipanku menuntut ilmu di bumi yang kupijak ini serasa sia-sia. Aku mencari ilmu di sini sedangkan insan-insan durjana itu enak menjarah dan memamah jasad-jasad saudaraku di Ramallah, Jenin, Semenanjung Gaza. Serasa dayusnya aku kerana tidak kembali pulang, berjuang bersama-sama saudaraku di sana. Membenamkan kezaliman Zionis yang bertebaran liar di bumi Quds. Hingga sekarang, aku masih buntu mencari jawapan. Adakah masih perlu aku bersenang- lenang di sini sedangkan saudaraku di Palestin disembelih Zionis saban hari. Pengecutkah aku? Pengkhianat agamakah aku, Fathi?”
Aku? Entahlah! Aku sendiri masih keliru. Malah, semakin keliru dengan pergolakan hati yang dicetus gadis bermata jeli itu.
Ah gadis itu! Satu-satunya perawan yang berjaya mengocak sentimenku. Semangatnya bisa menandingi kekuatan seorang insan bernama Adam. Malah aku sendiri kagum dan terbias dengan roh jihad yang subur dalam jiwanya. Kekentalan semangat dan keyakinannya itu menimbulkan suatu kesedaran baru dalam diriku. Betapa di sekeliling masyarakat Muslim, amat kurang pemuda pemudi berjiwa waja seperti gadis Palestin ini. Malah aku sendiri mengakui aku turut tersenarai sebagai pemuda yang masih bebal semangat jihad. Perkenalan singkat, lewat demostrasi dan ceramah jalanan membela perjuangan intifada’ Palestin memaksaku mengenalinya lebih dekat. Ayat Akhras…Seorang gadis yang acap kali menghuni lensa kameraku. Kisahnya dan penulisan sejarahnya tentang Yahudi acap kali menghiasi laman lidah editor majalah kecil Lambaian Quds. Seawal usia tugasku sebagai jurugambar di syarikat majalah ini masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Tambahan pula, selama ini aku tidak pernah ambil pusing dengan perkembangan di Tebing Barat apatah lagi tentang perpecahan dan pergolakan dunia Arab. Lantas aku seperti rusa masuk kampung tatkala ditawarkan tugas sebagai jurugambar di majalah Lambaian Quds ini.
“Di Parlimen Israel, ada tergantung peta Negara Raya Israel yang memanjang dari Sungai Nil ke Sungai Furat. Ertinya termasuklah Mesir dan Iraq. Semuanya mereka rencanakan dalam konferensi Zionis pertama di Switzerland pada 1897 di bawah kendalian Theodore Hertzl. Bumi anbiya’ bakal dinodai.” Kulihat bola matanya sayup memandangku. Ada geletar di hujung bicaranya.
“Oh, ya kah?” Aku mengerutkan dahi.
“Pada tahun 1948, bumi Isra’ dan Mikraj diperkosa Yahudi. 800 000 orang Palestin diusir dari tanah air sendiri. Apabila Israel menawan Semenanjung Sinai pada tahun 1973, mendiang Perdana Menteri Wanita Pertama Israel, Golda Maer dengan angkuhnya berkata: Saya dapat mencium bau datuk nenek saya beribu batu! Beliau bermaksud Kota Mekah dan Madinah di Jazirah Arab yang menghadap kepadanya. Oh! Selagi warga dunia hanya berpeluk tubuh dan tunduk pada kuasa veto Amerika dan Yahudi, sifir keganasan dan kekejaman akan terus dihitung.” Dia tunduk. Ada memanik putih di tubir matanya.
Aku mula serba salah tika kulihat Akhras menyapu birai matanya yang digenangi air jernih. “ Fathi…Diriku merindukan kedamaian di bumi Quds.” Lantas dia pun berlalu.
Sekitar tahun 1905 hingga 1271, Perang Salib dilancarkan. Perang ini tercetus atas desakan Yahudi. Realitinya, Perang Salib bertujuan melindungi orang-orang Kristian yang melawat Baitul Maqdis dan mendirikan pemerintahan Kristian di Palestin, tetapi hakikatnya peperangan tersebut bertujuan melaksanakan kepentingan orang-orang Yahudi. Mereka telah menjadikan suruhan orang-orang Kristian Eropah sebagai alat mereka. Muktamar Maskoni Keempat yang diadakan oleh pihak Gereja Katholik pada tahun 1215 Masihi memutuskan supaya orang-orang Yahudi diberi suatu penempatan khusus supaya tidak menggunakan orang-orang Kristian sebagai alat mereka lagi. Keputusan ini diambil sebagai reaksi terhadap kegiatan murabin (pemakan bunga} orang-orang Yahudi. Namun keputusan ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana pengaruh kuasa orang-orang Yahudi segenap bidang keagamaan, kerajaan dan rakyat.
Pada tahun 1275 Masihi, Raja Edward I telah mengeluarkan perintah mengharamkan orang-orang Yahudi daripada mengenakan bunga. Pada tahun 1306, Perancis pula mengusir orang-orang Yahudi dari negerinya. Diikuti oleh Belgium pada tahun 1370, Slovakia pada tahun 1380, Austri pada tahun 1420, Sepanyol pada tahun 1492, Lithopia pada tahun 1495, Itali pada tahun 1498 dan Bavaria pada tahun 1551. Akibatnya seperti yang disebut dalam Encyclopaedia Britannica “Semua itu menyebabkan orang-orang Yahudi berhijrah ke Timur, khususnya ke Empayar Turki dan Polonia.”
“Ariel Syaron menyambut baik Pelan Damai Tajaan Amerika setelah berkali-kali berdolak dalik. Bush ketawa, Collin Powell tersengih. Ah! Aku tidak percaya dengan manusia-manusia topengan iblis itu. Pasti ada muslihat di sebalik sesuatu yang direncanakan mereka. Israel tidak pernah setuju dengan resolusi, konfrontasi mahupun semua bentuk rundingan damai di meja-meja bulat. Aku bimbang segala-galanya akan musnah seperti Perjanjian Oslo pada tahun 1993. Pelan Damai ini mungkin akan dikoyak carik oleh manusia-manusia durjana itu seperti hancurnya Proses Damai 1994 antara Israel-Jordon-Palestin.” Rona merah menyelubungi wajah ayunya. Semangatnya mula berkobar. Benci dan jijiknya dia pada Yahudi Laknatullah yang menghancurkan bangsa dan tanahairnya.
“Kau terlalu pesimis. Mungkin sudah terbuka hati pemimpin-pemimpin dunia itu untuk melihat dunia kembali damai dan tenang daripada gegak gempita bom, roket dan senjata. Atau mereka jua mahu hujan darah tidak menitis lagi membasahi Quds. Bersangka baik mungkin akan memberi pulangan yang baik jua pada kita” Aku mengheretnya mencari opsyen yang lebih positif.
“Ah Fathi! Kau jua sudah dipukau sihir iblis-iblis itu? Sudah termakankah dikau dengan kata-kata manis mereka? Sudah hancur lumatkah mereka kulum iman dan roh jihadmu? Sedarlah dari lenamu. Mereka tidak kenal erti damai. Malah sejarah sudah membuktikannya. Israel tidak pernah puas menodai Quds. Hanya kerana Pelan Damai tajaan Amerika ini pandanganmu sudah kabur?” Nada bicaranya mula meninggi. Ternyata bicaraku meningkah ra’yunya. Aku keliru. Semakin keliru.
“Demi sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) akan dapati manusia yang keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik.” ( Al-Maidah:82 }
Orang-orang Yahudi merancang dan membiayai gerakan pemberontakan di Perancis pada tahun 1789. Pertubuhan Freemason di Timur Raya Perancis mempunyai jaringan sulit operasi Yahudi yang terdiri daripada orang-orang Perancis seperti Marquis Miravo, Routsheld dan Rousoe. Matlamat rancangan revolusi Perancis oleh sekumpulan Yahudi daripada tokoh-tokoh murabin Yahudi ialah supaya kuasa sulit mereka dapat menguasai kerajaan diikuti revolusi-revolusi lain di seluruh Eropah.
Menurut Sir Walter Scot, kebanyakan pemimpin revolusi Perancis sebenarnya terdiri daripada orang-orang asing dan orang-orang Yahudi. Contohnya Manuel Yahudi yang mengangkat dirinya sebagai pendakwa raya Komon di Paris. Beliau bertanggungjawab menyumbat ribuan orang ke dalam penjara Paris. Di tangannya sahaja lebih lapan ribu orang menjadi mangsa penyembelihannya. Bersama-sama perancang Yahudi yang berpusat di Gereja Yaakabat, Manuel menuntut supaya lebih banyak darah yang mengalir. Pemimpin-pemimpin revolusi yang lain seperti Robesbear, Danton dan Mara tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka hanyalah boneka Yahudi.
Setelah itu mereka melantik Napoleon Bonaparte sebagai agen mereka untuk menghapuskan semua mahkota dan raja-raja Eropah. Rancangan ini dikenali sebagai “Siri Peperangan Napoleon.” Tetapi Napoleon akhirnya mendedahkan rancangan Yahudi itu lantas apabila dia menyerang Rusia dan Jerman ketika musim sejuk, Yahudi menghentikan bantuan kewangan dan persenjataan kepadanya. Maka berakhirlah pemerintahan Napoleon. Pada tahun 1814, Napoleon ingin berhenti dari takhtanya di Paris tetapi dibuang negeri ke Pulau Alpa. Akhirnya beliau meninggal akibat serangan sakit jantung. Begitulah keterlibatan Yahudi ketika Revolusi Perancis yang penuh dengan tipu daya dan helah. Lantas, apakah kita tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah?
Emosinya pasti memuncak saat berbicara tentang kekejaman Yahudi di bumi Quds. Benarlah! Dia terlalu jelek dan benci dengan bangsa algojo yang menyembelih saudara-saudaranya di Palestin. Atau sebetulnya aku harus mengakui saudara-saudaraku jua yang ditindas di sana. Ya! Saudara seIslam, seaqidah denganku. Lantas aku teringat bicara parah antaraku dengannya tentang laungan jihad di bumi Palestin. Ah! Tutur nista seawal usia perkenalanku dengannya menimbulkan bibit-bibit perbalahan antara kami. Lantas kini, aku mengakui kehebatan hujahnya dan kejengkelan bicaraku. Oh! Jahilnya kau Fathi!
“Kau hanyalah seorang pelajar. Sementelah pula seorang wanita. Matlamatmu ke sini semata-mata untuk menuntut ilmu. Mengapa harus melibatkan diri ke kancah politik? Adakah dengan berdemostrasi menuntut keadilan dan hak rakyat Palestin di jalanan mampu menghentikan peperangan yang meletus di Tebing Barat?” Hujahku menitir laju.
“Politik? Isu Palestin ini kau anggap politik, Fathi? Ah! Dangkal sekali hujahmu. Palestin tanah tumpah darahku. Watan yang harus aku pertahankan haknya. Lihat di sekelilingmu. Walaupun sahabat-sahabat ini bukan berasal dari bumi Quds, tapi mereka bukan pengecut sepertimu! Daripada diam membisu atau hanya memandang lesu sahaja saudara seagama disembelih Zionis, kami berani bangkit bersuara lantang supaya dunia mendengar cemuhan dan rasa tidak kepuasanhati kami terhadap kekejaman Israel yang terus-terusan menodai Palestin.” Suaranya bergetar. Peluh merenek di dahi gadis itu.
“Aku bukan bodoh. Kenapa perlu susahkan diri? Aku bukan bangsa Arab. Di bumi ini aku sudah dikurniakan kehidupan yang aman dan bahagia. Bebas dari sebarang bentuk pencabulan hak asasi. Mungkin segala yang berlaku di dunia Arab hari ini berpunca daripada bangsa Arab sendiri. Lantas, bangsamu yang mencari masalah, bangsamu jualah yang menyelesaikannya.” Bicaraku mengundang padah. Kata-kataku umpama menyiram minyak ke marakan api yang membahang. Mukanya mula merona merah.
“Fathi! Isu Palestin adalah tanggungjawab sejagat, tanggungjawab yang tidak hanya terbeban di bahu bangsa Arab atau rakyat Palestin semata. Umat Islam umpama suatu binaan yang terpasak kukuh dengan tunjang aqidah dan syariat yang satu. Mungkinkah kau sudah lupa, Fathi? Badar, Khandak, Fathu Makkah menyaksikan kemenangan berputik hasil daripada kesatuan dan perpaduan antara mujahidin Islam. Sejarah membuktikan yang kegemilangan Islam di zaman pemerintahan Rasulullah dan para sahabat berasaskan thabat jiwa dan semangat kesatuan yang jitu.” Hujahnya mula memancing hatiku. Ada kebenaran yang tercetus pada kata-katanya. Aku terpana.
“Apakah kau rela menyaksikan tanah barakah itu terus-terusan dinodai Yahudi laknatullah itu? Apakah kau rela saudara-saudara seagamamu disembelih bangsa laknatullah itu? Apakah kau mahu sejarah Shabra dan Shatila berulang kembali? Nasib kita, umat Islam tidak pernah berubah. Kita ditindas dan ditekan di mana-mana. Mungkinkah kerana ruhul Islam sudah lupus dari jiwa? Fikirkanlah Fathi. Aku tidak mahu kau jua hanyut seperti pemimpin-pemimpin Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah kau jua mahu digelar kerbau yang sudah dicucuk hidungnya? Mengia dan membenarkan saja kuasa veto itu berbuat sesuka hati mereka? Berlagak seolah-olah Polis Dunia yang kebal diri?” Gadis itu memandang tepat ke bola mataku. Aku kaget. Diam.
“Lantas, aku harus mengangkat senjata melawan mereka dengan kudratku yang sekecil cuma ini?” Bicaraku pecah. Dia tersenyum.
“Jihad tidak semestinya dengan senjata. Yang penting adalah niat kita kerana Allah, demi membela agama tercinta. Namun Perang Badar sudah membuktikannya. Apalah maknanya kuantiti tanpa kualiti. Sekali kau pertaruhkan nyawa dan ragamu untuk Islam, segunung ganjaran menantimu.”
“Kau tak takut matikah?” Dungukah soalanku itu? Huh!
“Untuk apa takut? Ajal maut di tangan Tuhan.” Selanya tenang. Ah! Perawan yang satu ini…
“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera; pemuda yang tiada punya akhlak, yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa jahat dan zalim, disusun oleh golongan kufur dan syaitan; pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.”
( Fathi Yakan }
Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam ulasannya tentang kekalahan Arab dalam melawan Israel pada tahun 1967 menyatakan sebab pokok kepada kekalahan ini, jua sebab yang sama yang telah membawa kepada kehilangan Andalusia dan Palestin ialah melupakan Allah SWT dan meninggalkan Islam sebagai satu kesatuan aqidah, syariat, akhlaq, pemikiran dan perasaan.
Selain itu, tandusnya semangat berkorban dan keinginan kepada syahid serta tumbuh suburnya penyakit al-wahn dalam jiwa pemuda-pemuda Islam. Mereka juga turut melupai akan pertolongan Allah ketika melangkah ke medan perang. Tiada lagi kedengaran pesanan taqwa daripada pimpinan tentera seperti yang pernah dipesan oleh Khalid Ibnu Walid kepada tentera-tenteranya di medan Yarmuk. “Hari ini adalah satu hari daripada hari-hari Allah yang tidak harus ada unsur-unsur keangkuhan dan kederhakaan, tetapi seluruh jiwa raga harus tulus berjihad pada jalan Allah.” Umar Al-Khatab juga pernah berpesan kepada panglimanya,”Kita hanya mungkin menang dengan sebab kederhakaan musuh-musuh terhadap Allah dan ketaatan kita kepada-Nya. Andai kita sudah sama-sama berbuat maksiat, maka mereka mengatasi kita dari segi kekuatan.”
“Hai orang-orang yang beriman! Kalau kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan tegakmu.” { Muhammad : 7 }
“Aku sayangkan kau, Akhras.” Nah! Aku tidak mampu berselindung di balik tirai keegoanku lagi. Lantas bicara yang begitu, meluncur laju dari kerongkongku.
“Aku benar-benar ikhlas menyatakannya.” Redup mataku bertemu hening matanya. Biar sepasang mata ini yang berbicara supaya gadis itu tahu yang aku ikhlas menyintainya.
Dia tunduk lalu menghadiahiku sekuntum senyum. Oh! Mungkinkah? Aku menanti jawapannya penuh debar, penuh pengharapan. Hatiku hancur luluh tika dia berlalu meninggalkanku tertanya-tanya sendirian. Aku terpana. Ah! Akhras…tidakkah ada ruang di hatimu untukku?
Dalam Protokol Zionis Pertama : Politik tidak sedikitpun bersesuaian dengan akhlak, dan pemerintahan yang terikat dengan akhlak bukanlah politikus yang baik. Tujuan menghalalkan cara. Maka kita hendaklah meletakkan perencanaan kita tanpa menoleh apakah ia baik atau berakhlak. Apa yang penting ialah sejauh mana kepentingan dan faedahnya.
Dalam Protokol Zionis Ketiga : Kita perlu memerintah beberapa puak dengan mengeksploitasikan perasaan hasad dengan menyalakan permusuhan mereka dengan kesempitan hidup dan kemiskinan. Perasaan ini ialah wasilah kita yang membolehkan kita menghapuskan setiap mereka yang menyekat tujuan kita.
Assalamualaikum wbt…
Saudara Fathi Nuruddin, sahabat seperjuangan landasan sufiah ini.
Niat suci Fathi , amat kufahami. Bukan tujuan diri ini untuk menyinggung perasaan Fathi tempoh hari apatah lagi melukai atau mencalari hati seorang sahabat sepertimu. Maaf. Aku tidak mampu menyatakan jawapanku di hadapanmu. Lantas, marsum ini kuutusi.
Cintaku kepada syahid melebihi kasih kepada insani. Aku tidak mahu tenggelam dalam cinta manusia yang hanya bermusim dan tidak pasti. Tidak akan sekali-kali kuabaikan cinta agung untuk Ilahi. Aku mendambakan pertemuan dengan-Nya, Fathi. Kemaruk aku menanti saatnya, kini ada di depan mata.
Aku tidak layak untukmu. Malah aku anak yatim yang berdagang di bumi orang. Bukalah ruang hatimu untuk gadis yang lebih mulia berbandingku.
Fathi, semalam aku bermimpi Qubbah Al-Sakhra’. Mungkinkah aku sudah ketemu cinta di sana?
Salam perjuangan,
Ayat Akhras…
17 Januari 2003
* * * * * * *
9 Ogos 2003…
Pilu mengepung kalbu. Dadaku sesak seolah-olah ditindih sesuatu. Aku sedang menyaksikan keruntuhan sebuah tamadun Islam. Bumi yang pernah dibebaskan oleh Sallahuddin Al-Ayubi dalam Perang Hittin tanggal 1187. Tiba-tiba mataku berkaca. Pecah lalu berderai membasahi tanah barakah itu. Tanah yang sentiasa disirami air darah rakyat Palestin, saudara-saudara seagamaku. Aku dicengkam pilu. Hatiku digigit rasa keharuan yang menebal. Ya Allah….
Aku merakam segala penderitaan, jerih payah perjuangan rakyat Palestin yang inginkan kedamaian menjernih di bumi Quds ini. Kameraku tidak pernah menipu malah kebenaran lebih bercahaya di hujung lensanya. Aku menawarkan diri sewaktu Lambaian Quds ingin menghantar koresponden ke Palestin. Biarlah kupertaruhkan nyawa demi mencari sebuah kebenaran yang hakiki. Akan kutunjukkan pada dunia. Nah! Inilah bangsa yang meminggirkan kemanusiaan.
Seminggu di Ramallah, kebenaran dan penderitaan terakam. Namun resah masih menjerat hati. Oh ya! Aku tidak beritahu kalian lagikah, aku turut memijak bumi Isra’ Mikraj ini demi kembali mencari kepastian. Ingin aku nyatakan pada kalian, aku sudah ketemu cintanya di sini. Ya, di Ramallah ini. Walaupun aku pasti yang aku tidak mungkin menatap wajah ayu bermata jeli itu lagi, namun aku telah ketemu perjuangannya di sini. Tiupan bayu intifada’ di bumi Palestin ini serasa mengganti hempusan pawana cintanya yang pernah membelai hatiku suatu masa dulu. Benarlah! Cinta kekasih agung itu lebih hebat daripada kasih makhluk. Lantas, serasa aku jua mengimpikan tautan kasih dengan cinta hakiki
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
0 Comments:
Post a Comment
<< Home