Pritt!! bOla sepak..anggur..interview...nGap!!
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.(Faathir: 29)
Pritt!! bOla sepak..anggur..interview...nGap!!-ape ek kene buat n bawak mase nak g interview??hembus kat muka pernginterviewer ke??ape punye ayat la...
-nak cite pasal bola nih..oleh kerana aku ni peminat setia..arsenal n perak..beberapa mggu kebelakangan ni pening jdnye...sronok campor tak selesa kot..
seronoknye sbb perak dah tak dok kat dasar liga super lagi..n ini mnnjkkan rekod perak pasukan yg tak penah jatuh..best gile belasah penang 6-0..cam arsenal belasah toffees 7-0 kat highbury je..bile arr dapat nak g London nih..eheheh...(tp lepas aku g haji ngan mak aku nih)...
yg takbestnye pasal kes2 pemain arsenal..bukan main hebat press main peranan..wenger plak tak wat belian lagik..but i still beliv him...man from frech..ahahaha...
pening lagi sbb dah nak mula dapat title penanam anggur..so skang cepat2 a nak g interview..takde nak tolak2 cam bln 5 dulu..ahahah padan muke aku...siap sawit..cabutss...ye ar..membe2 sume nak masuk U balik..tak besh a duk umah sorang2..asik dengar anak2 sedaro nangis je..lame2 sakit jiwa.tapi kekadang best je 'belasah' deme nih..ahahahha
ape la hari ni byk mengarut je..lagho2..weh g solat asar...tak siap lagik wat asgmnt utk abg ipou aku nih...dah la kene dengar talkshow Bi..pasal Bursa Malaysia plak tu..kalau pasal bola settle dah kije aku..lepas tu kene wat narrative essey plak pasal talkshow tu..auss..ni abg iapau aku kene belanje ikan bakau nih..ahahahah..wokeh la...
salam jumaat..
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
anggur ke Cuti???
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.(Faathir: 29)
pakcik 1: mad dah abeh belajo ke??pakcik igt kamu cuti lagi..kejap je yer dah abes..
mad : dah..bulan 4 ari tu..tapi skang kire cuti lg..rehat2 kate org..ehehe..lame gak paman..4 tahun kat jb tu...
pakcik2: dah dapat keje ke?watpe sekarang?
mad : belum lagi..tp mggu dpn nak g interview..mggu lps tolak nak interview kat jb..jauh sgt..igt nak dkt2 je..skng kat kebun je..tgk2 kebun yg dah semak (mcm utan pon ade..kate mak aku)
membe1: weh jal ko kat mane?umah lagik?bile nak kije?aritu tak jadi ke?
mad : kt umah la..tlg jg kebun (membeso bdn sekali)..dalam bln 7 ni aku cabut la...yg aritu tak jd la..HLF tu igt aku kos acountin kot..
membe2(chat) : assalamualaikum..dah keje ke?
mad: belum..tlg mak tanam sawit..kalu dah siap kang..g je kije dulu..kat kilang pon takpe..cari pengalaman...
ahahah...aku skang ni cuti lagik la..selagi universiti tak bukak lagi..aku still cuti..lepas tu baghu jd penanam anggur..btul ke??kekadang pening gak..tp cam best..tapi cam boring..
tapi.....
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
istikhlas ii- KEIKHLASAN KUNCI TINGKAT MUTU AMAL IBADAT
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.(Faathir: 29)
Sifat ikhlas adalah pokok segala kebahagiaan. Sesuatu kerja yang tidak lahir dari hati ikhlas, nescaya tidak menghasilkan buah, malah boleh merugikan. Ingatlah, amal tanpa disertakan dengan keikhlasan hati, tidak menghasilkan pahala di sisi Allah Swt. Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati umpama berdiri di tempat gelap tidak mempunyai lampu cahaya untuk meneranginya, tidak mempunyai sayap untuk terbang tinggi. Dia bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu.Jika itu niatnya, dia akan jatuh ke lembah kebinasaan dan kehinaan. Tuhan memerintahkan kita supaya beramal dan beribadat dengan keikhlasan hati. Segala pengabdian diri terhadap Allah Swt hendaklah dilakukan seikhlas-ikhlasnya dengan penuh kebenaran, keadilan, kebijaksanaan dan kesabaran.Allah Swt memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas. Dalam erti kata kerjakan sesuatu amalan dan pekerjaan itu kerana Allah bukan sekali-kali disebabkan sesuatu atau seseorang, lebih-lebih bagi merebut ganjaran kebendaan. Syeikh Al Khushairi seorang pengasas tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu mengerjakan ibadah kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Ia bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal lain.Sifat keikhlasan hati yang menjadi pedoman kepada seseorang dalam pekerjaan atau perkhidmatan. Ia adalah alat yang menyampaikan cita-cita mulia. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan hati, tentu tidak mudah patah atau putus harapan. Tidak mudah putus asa. Dia tidak akan puas hati sebelum pekerjaan yang dilaksanakannya itu berhasil sepenuhnya.Mereka dalam bekerja, teguh pendirian serta kuat hemah dan kemahuannya. Dia tidak akan tersinggung kerana celaan dan kritikan orang lain.Dia tidak sombong kerana menerima pujian, tidak bangga kerana dinaikkan pangkat atau mendapat harta yang banyak dan kedudukan baik. Malah, orang yang bekerja dengan ikhlas, tetap terus berusaha hingga tercapai yang dicita-citakan. Dia tidak akan menghentikan kerja itu walaupun akan menghadapi rintangan, halangan dan menempuh pengorbanan besar. Hal ini kerana mereka mengharapkan keredaan Allah yang tidak ada batasannya.Dalam hubungan ini Hujjatul Islam Imam Ghazali ada berkata; Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup ialah orang yang berilmu. Tetapi, umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga ialah orang berilmu dan beramal. Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas. Tetapi, ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk. Demikian caranya Imam Ghazali memberikan gambaran terhadap sifat ikhlas itu. Oleh itu, kita harus yakin bahawa suatu amal yang dikerjakan dengan ikhlas, kesannya tetap abadi.Jelasnya, sifat ikhlas dalam beribadah amat penting dan senjata yang tidak luntur bagi menghadapi gangguan syaitan.
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
CeriTera2 penDek
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.(Faathir: 29)
i-
Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri...
Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.P
emuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
ii-
Seorang ulamak sedang berada didalam sebuah kapalterbang untuk kesebuahnegeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhu.Olehkerana tandas didalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing/basin),seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkankakikedalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudarimencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kalidalamsehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, berarti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
AKUKAH DAIE ITU??
:: Allahu Allahu Allahu ::
Sahabat?
Sedarlah dan bangunlah dari lenamu yang panjang,Ingatlah bahawa di pundak kitalah tertanggungnya tugas dakwah yang muliaini,Lihatlah di sana manusia berlumba-lumba mengejar dunia,Namun ayuhlah kita mulakan langkah ini dengan penuh keyakinan bahawa kitatelah dipilih oleh Allah untuk dimuliakan disisiNya sekiranya kita sanggupmenahan pahit perjuangan dan tetap teguh berada di atas jalanNya dalammencari redhaNya.Di dalam buku Permata kehidupan: Jalan menuju syurga , karangan UstazKasmuri Selamat , yang mengumpulkan kata-kata hikmat dan nasihat daripadaSaidina Ali karamallahu wajjah , terkandung :Mahukah kamu aku beritahu tentang orang yang paling mengerti agama diantara orang-orang yang mengerti agama?Iaitu orang yang tidak membuat orang lain putus asa terhadap rahmat Allah.Orang yang tidak membiarkan orang lain berada di dalam kemaksiatan. Orangyang membuat setiap orang merasa gelisah terhadap bencana yang akandiberikan Allah.TIPS DALAM MENTARBIYAHSudahkah aku benar-benar mengenal ahli-ahli usrah? Kalau belum mengenalinama, latar belakang keluarga dan pendidikan, adalah amat sukar untuk kitamentarbiyah mereka. Sekadar tahu nama, itu masih belum menepati pengertianta'aruf yang sebenar.Sudahkah aku bermusafir dengan mereka? Dengan bermusafir bersama-samamereka, kita akan lebih mengenali sifat dan tingkah laku mereka. Mungkinsemasa berusrah, mereka boleh mengawal diri supaya keseluruhan peribadinyatidak ditonjolkan. Tetapi apabila bermusafir, jarang sekali orang dapatmenyembunyikan keseluruhan peribadinya kerana masa bermusafir yang panjangitu. Maka, inilah masa untuk kita lebih mengenali peribadi individu itu.Berapa kerapkah aku menziarahi mereka? Menziarahi mereka membolehkan kitamengenali keadaan hidup mereka sehari-harian. Susunan bilik tidur,kebersihan rumah, cara berpakaian ketika di rumah, kawan-kawan serumah dansikap mereka terhadap tetamu dapat menggambarkan atau mencerminkan peribadimereka. Selain itu, kekerapan menziarahi mereka secara tidak langsung dapatmengeratkan lagi ukhuwah.Adakah aku tahu perkembangan dirinya? Perkembangan sahabat-sahabat kitaperlu diambil tahu dari semasa ke semasa. Kebajikan mereka harus dijaga.Kalau ada yang sakit, maka ziarahlah mereka. Biarlah kita menjadi sahabatsemasa susah dan senang. Bak kata pepatah, sahabat ketawa senang didapatitetapi sahabat menangis sukar didapati. Sekiranya ada masalah di kalanganmereka, bantulah setakat yang termampu oleh kita. InsyaAllah ketika kitapula yang susah, Allah akan membantu kita dengan jalan-jalan yang tidakdisangka-sangka oleh kita.Sudahkah aku beramal bersama mereka? Ini adalah latihan untuk kitamerealisasikan apa yang dikatakan sebagai amal jama'ie.Masih wujudkah benteng antara aku dengan mereka?Kalau masih ada bentengantara kita dengan mereka, bermakna kita masih belum sampai ke tahapmemahami antara satu sama lain. Mungkin kita masih ada sifat ego untuktidak memahami mereka dengan lebih mendalam. Boleh jadi juga sifat dansikap kita membuatkan mereka susah untuk mendekati kita. Oleh itu, kitalahyang perlu mengambil sikap mendekati mereka dahulu. Setiap individuperlukan approach yang berbeza. Di sinilah pentingnya cara berhikmah yangsesuai untuk setiap individu dan keadaan. InsyaAllah dengan lebih mengenaliindividu itu, kita secara automatiknya dapat menyampaikan dakwah denganlebih berkesan dari segi approach dan juga kesan yang bakal ditinggalkanpada individu yang didakwah itu. Oleh itu, perancangan perlu ada sebelummemulakan dakwah.Adakah masih ada "formality" antara aku dengan mereka? Formality atausuasana yang formal antara individu boleh menjadi penghalang untukmewujudkan ukhuwah yang erat sesama individu ataupun jemaah. Adalah pentinguntuk diwujudkan suasana persahabatan. Bergurau sendalah tetapi janganterlalu berlebih-lebihan. Kalau berlebihan akan menyebabkan hilangnyakepercayaan (thiqah) mereka kepada kita. Buatlah sekadar yang perlu untukmenyerikan suasana sahaja.HAKIKAT JALAN DAKWAHJalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga yang harumTetapi merupakan jalan yang panjangKerana sesungguhnya antara hak dengan yang batil ada pertentangan yangnyataIa memerlukan kesabaranDan ketekunan untuk memikul beban yang beratIa memerlukan kemurahan hatiPengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segeraTanpa putus asa dan putus harapanYang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerusDan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakiNyaMungkin anda tidak akan dapat melihat natijahnyaSerta buahnya di dalam hidup andaSesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusahaDan tidak disuruh melihat hasil dan buahnyaKita juga tidaklah sepatutnya bersikap melampau dan cuaiKerana bebanan kita banyakSementara itu pula dakwah memerlukanPara pendukung yang mempunyai cita-cita yang tinggiKemahuan yang kuat, keazaman yang tegas, tangkas dan unggulKekuatan yang pertamaIalah kekuatan aqidah dan keteguhan imanDiiringi pula dengan kekuatan tangan dan senjataItupun kalau sudah tidak memiliki jalan dan pilihan yang lain.
Asy-Syahid Hassan Al Banna (Jalan Dakwah)
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
CALON SOLEHAH.
:: Allahu Allahu Allahu ::
Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. “Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.” Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH. “Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,” “ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar. “Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..” “ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng. Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini. “calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian. “Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu. “sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika. “sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah. “nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu. “tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,” “Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga? “bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.” Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini. “hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah. Syukur Ya Allah.
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
KAKTUS BUATMU
:: Allahu Allahu Allahu ::
Kutinggalkan kaktus ini khusus untukmu
dengan pesanan : ia mudah hidup
biarpun berhari-hari kau biarkan tuntas
ianya akan tetap tetap membesar dan bercambah
kerana ia belajar bernafas dari gersang tanah
Asalkan setiap kali kau melintasi
lemparkan senyummu disini
tahulah aku , kau sayang padanya
kuhadiahkan kaktus yang masih kecil ini kepadamu
peliharalah dengan kemanjaan dan kasih sayang
berikan ia pasu baru bila tiba waktunya nanti
Ia akan dewasa tajam durinya lambang kemurnian hatimu
Sahabat...
kalau kaktus itu aku sudikah kau tukarkan pasu..??
sedangkan kau tahu duriku akan melukakan tanganmu
lalu tidak lagi kurasakan sentuhan yang tinggal
hanyalah perhatian menjadi baja menyuburkan ingatan....
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
HATI ITU MILIK SIAPA
:: Allahu Allahu Allahu ::
HATI ITU MILIK SIAPA
Teringat suatu tika dulu..
Sebelum ku miliki hati itu
Pernah ku melafazkan janji Kepada Si Pemilik Hati
Untuk taat setia
Menyintai sepenuh hati
Tiada duanya lagi..
Pernah jua
Ku taburkan janji manis
Sanggup ku daki gunung tinggi,
Sanggup ku redah hutan merimbun,
Sanggup ku rentas lautan berapi
Yang pasti..
Takku biar tergugah dan tergoyah
Rasa cintaku kepada Si Pemilik Hati
Kan ku jaga dan pelihara hati itu
Dari fitnah dunia yang mewajahkan keindahan
Nafsu yang menjanjikan keseronokan
Jua kemewahan yang diingini setiap insan..
Kini..
Hati itu telah ku miliki
Lupa aku pada janji
Entah di mana ku campakkan
Hingga secara sedar Hati itu
Telah ku simbah dengan api kemarahan
Telah ku bakar dengan kemungkaran
Telah ku musnahkan dengan keegoan
Namun...
Tiba-tiba ku tersedar...
Hati itu sebenarnya bukan milikku
Hanya pinjaman seketika waktu
Sementara roh masih di jasad
Kelak..
Akan diperhitung segala yang ku perbuat
Adakah selari dengan syariat
Hati menurut tanpa syarat…
Hati itu tetap bukan milikku..
Dulu..
kini dan selamanya
Ku kira sudah terlambat
Untukku bertaubat
Lantaran menyesal
Hanya bila diri ditimpa ujian
Alangkah dhaifnya keimanan
Yang menjadi benteng pertahanan
Kini tersungkur di pertengahan jalan..
Kini…
Hati itu..
Yang tetap bukan milikku
Pinjaman dari Si Pemilik Hati
Dengan kasih yang tidak bertepi
Menjadi cahaya di kegelapan
Menunjuk jalan pulang
Bagi aku yang kehilangan arah dan tujuan..
Kepada-Mu Si Pemilik Hati
Pemilik abadi hati insani
Ampunilah daku..
Atas kesalahan jua kesilapan
Seringkali mempersiakan kurniaan
Tatkala merangkak mencari keredhaan
Dalam menjejak kasih sayang Tuhan…
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
GELODAK JIWA???
:: Allahu Allahu Allahu ::
GELODAK JIWA???
Diam seribu bahasa
Tanpa ada jawabnya
Ada sesuatu yang menggolak jiwa atma
Langsung kelu lidah berbicara
Atau aku yang membuat angkara?
Lantas kau bermuram durja?
Bolehkah aku tahu apa puncanya?
Ikhlas dari dalam jiwa
Gembira aku amat tak terhingga
Aku seperti tak percaya
Benarkah aku dapat massage daripada anda
Apa hajat disebaliknya?
Ada masalahkah yang melanda
Bergelorakah jiwa anda di sana
Justeru izin kongsikan bersama
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
SELUMBAR KASIH
:: Allahu Allahu Allahu ::
Redup wajahmu buat aku tenang
Senyum manismu buat aku tenteram
Kau wanita idaman setiap insan
Buat bergelar isteri solehah dan ibu mithali
Pertama kali kupetia wajahmu
Bergetar hingga ke hulu hati
Menjerut tangkai qalbu
Terasa penuh atma yang kosong itu
Lalu terpanggil untuk mengenalimu
Tapi kau bukan insan yang mudah didekati
Mungkin silapku yang terburu-buru
Membuat dirumu semakin jauh dariku
Makin kuperhati raut wajahmu
Makin bergetar hati ini
Engkaukah yang tersurat di luh madhfuz
Untuk menjadi pemaisuri hati ini???!!
Atau hanya aku yang perasan sendiri
Atau aku hanya bertepuk seorang diri
Tanpa ada pesona yang menggoyang atmamu
Aku perlu meluahkan isihati ini
Agar kau ketahui apa yang tersirat dihati ini
Kalau bukan jodohmu untukku
Aku redha pada Ilahi
Kerna aku bukanlah insan
yang terbaik untuk dirimu
Kau semulia –mulia insan
Sedang aku sehina-hina manusia
Kau pilihan ramai mujahid dan pejuang terbilang
Bagi mengikat iman pada al-Khaliq
Bagi menthabat sayap kiri perjuangan
Sedang aku memilih akanmu
Bagi mengikat hati ini
Agar terus lurus atas jalan da’wah ini
Agar tidak futur
Dan mutasakit dalam obor perjuangan ini
Tapi aku tidak sekali memaksa
Hati dan perasaanmu untuk
Menerima diriku ini
Hanya kerna ceriteraku itu
Engkau berhak memilih
Hala tuju hidupmu
Semoga engkau terus
Bahagia dan thabat dalam perjuangan
Aku akan terus mendoakanmu
Walau sekelumit kasih ini
Datang sedetik cuma
Aku sekadar menyuarakan
Apa yang tersirat dalam qalbuku
Agar kau tahu hati ini
Pernah punya secicip kasih
Sekelumit cinta untukmu
Walau tak pernah kau sambut
Walau tak pernah kau balas
Moga hatimu memilih yang terbaik
Untuk hidupmu dan agama Tuhanmu
WaKYeoP RS
16 April 05
BaiTi JaNNaTi
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
MENYITIR SUARA QALBU
:: Allahu Allahu Allahu ::
Bau hanyir danur dan darah
Walau beribu batu
Walau sekadar gambaran maya di korneaku
Menusuk hingga ke qalbuku
Menyuntih atmaku bagai sembilu
Biadab dan bengkeng si Israel laknat
Menodai tanah suci
Mencerobohi bumi Pelestin
Daripada selemah anak-anak
Hingga tua yang sudah tiada gigi
Menjadi mangsa hujung uzi
Menjadi bedilan Apache dan F 18 Hornet
Tatkala setaip detik khabar
Menerjang mandala ingatanku
Kekejaman si yahud durjana
Menutuh dan membantai ikhwanku
Bergetar merona qalbuku
Tak bisa lagi ku dukung
Gunung kesabaran
Gaung tolenrasi
Sakitnya kaki kananmu
Menjalar ke kaki kiriku
Melingih tangan-tanganku
Sekadar ada benci dan misuh
Tanpa ada sebarang tindakan
Sekadar menyahut jerit walang sahang
Kemudian hanya memeremkan mata
Dayusnya aku
Lemahnya imanku
Tapi aku tidak mampu
Hanya doa untuk ikhwanku
Semoga berhimpun rijal abrar
Membentuk saf-saf jihad
Bakal meruntuh tembok di Sinai
Bakal menghancur yahud celaka
Yang selamanya musuh Islam dan al-Khaliq
Makbulkan doaku
Ya Allah…
Ya arrahman….
Ya arrahim…
Amen….
WaKYeoP RS
17 april 2005
Baiti JaNNaTi
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
KIMIA CINTA
:: Allahu Allahu Allahu ::
Kata orang
Kalau mata bertemu mata
Hati pula berdegup kencang
Wujud kimia cinta
Kata orang
Kimia cinta jadi bukti
Dua hati
Satu perasaan yang sama-sama tersirna
Kata orang
Pabila wujud kimia cinta
Banyak benda yang sama
Banyak perkara yang serupa
Hingga ramai yang kata
Sudah jodoh nampak gayanya
Kata orang lagi
Bila kita suka seseorang
Akan wujud kimia cinta
Kalau dia juga suka akan kita
Tapi sejauh manakah benarnya kimia cinta
Menjadi bukti cinta sejati
Menjadi azimat kasih hakiki
Atau sekadar pesona cinta ciptaan sendiri…
WaKYeoP RS
19 april 2005
Baiti JaNNaTi
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
Disebalik Diri..
:: Allahu Allahu Allahu ::
Teman…
Tika senja ini..
Di daerah perjuangan ini..
Ku merenung ke ufuk timur
Menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan
Satu persatu ku perhati..
Satu persatu ku teliti..
Cuba untuk mencari makna disebalik keindahan
Mencari hikmah yang terhijab di balik tabir kejadian
Penawar hati gundah seolah tak bernoktah..
Teman..
Lama ku berfikir
Seolah-olah minda kosong tak berisi
Apa sebenarnya yang ku cari..
Adakah hikmah sekadar untuk menutup kesedihan hati
Atau untuk menghayati hakikat penciptaan diri?
Teman..
Masih lagi ku ingat katamu..
Alam yang indah..aman..damai..
Bak diri yang penuh dengan nafas keimanan
Ketenangan tak perlu dicari
Kerana ianya akan hadir sendiri pabila taqwa menghiasi..
Menyedari dan menginsafi..
Segala cubaan dan dugaan bukan sekadar menguji tahap keimanan
Tapi sebagai bukti penghambaan
Sejauhmana cinta dan bakti tertumpah
Adakah hanya kerana mengharap balasan Tuhan?
Dan sebenarnya kita hanya menyimpan angan
Amal yang dicurah mampu membayar nikmat
Tuhan Memadam api neraka yang menjulang..
Menahan kemurkaan Tuhan..
Teman..
Ku tersenyum sendirian..
Mentertawakan diriku juga insan lain
Bukan kerana ketidaksempurnaan diri
Atau kerana kebodohan diri di mata insan
Tetapi kerana..
Ku tidak menyedari.. J
alan yang dilalui semakin menghampiri jalan mati
Tiada persimpangan lain untuk dituju
Tiada juga peluang untuk berpatah pulang
Dosa dan noda disepanjang perjalanan
Saban waktu mengharap keampunan Tuhan
Sedang doa tak diperkenankan sebelum permintaan
Murka Tuhan..mampukah ku tahan?
Teman..
Ku masih di sini..
Kembali merenung ke ufuk timur..
Tiada lagi mentari yang bersinar..
Cuma malam yang semakin berlabuh..
Gelap.. Sunyi..
Tiada bintang menghiasi dada langit
Juga tiada unggas memecah keheningan..
Mungkin begitu gambaran hatiku..
Sirnanya tak terpancar dan terluah..
Teman..
Ku masih ingin berada di daerah ini..
Meneruskan nafas seorang pejuang (adakah aku masih dianggap pejuang?)
Kerana aku sendiri tak pasti
Mungkin esok..lusa..atau seketika nanti..
Helaan nafasku tinggal satu..
Namun hingga saat itu
Ku harap bertemu cinta agungku..
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
Istikhlas..Jalan untuk Ikhlas
:: Allahu Allahu Allahu ::
Buat teman-teman seperjuangan,dalam mencari redha Tuhan, Meniti perjuangan yang penuh cabaran....Acapkali sukar untuk hati melakukan sesuatu kerana Allah tiada belah bagi, kita dihidangkan dengan pilihan untuk menggugat niat yang sukar mencapai tahap ikhlas..sesungguhnya Dia tahu..bahkan Maha tahu bahawa amat sukar manusia melakukan untuk-Nya..seperti mana apa yang digambarkan oleh Iman Nawawi dalam kitabnya al-Hubb wa as-Syauq wa ar-Redha...cinta, rindu dan redha..lantas Allah khabarkan kita dengan pelbagai kemanisan hidup di syurga dan ganjaran pahala..serta azab yang pedih bagi yang ingkar..namun kita masih lagi tidak mampu untuk membayangkan segalanya kerana seringkali berharap mendapat sesuatu dalam masa terdekat..Rasulullah pernah berpesan,mahfum hadith..Menangislah ketika membaca al-Quran, jika kamu tidak bisa menangis maka cubalah sedaya,jika tidak jua buat-buatlah menangis..Dari sinilah ulama mendapat kaedah istikhlas..buat-buat ikhlas..harus dalam usaha untuk ikhlas..istikhlas atau meminta untuk ikhlas adalah wazan yang sama dengan istighfar...maka teman2..kalu susah sgt untuk ikhlas..anggaplah cuba buat-buat ikhlas..banyakkan berdua untuk ikhlas...Allah akan mudahkanAllahummaja'alna minal mukhlishin"Da'wah salafiyah,Thariqah Sunniyah,Haqiqah Sufiyyah"
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
LEMBARAN BARU
:: Allahu Allahu Allahu ::
Masih
Kubuka lembaran…lembaran baru
Kutulis nama bernada rindu
Kubicarakan sebuah rasa senandung syahdu
Kuuntai kasih merayu-rayu
Hanya tuhan yang satu aku mengadu….
Cintaku itu….
Kubuka lagi lembaran…lembaran baru
Kucoretkan ilham tiada berlagu
Kunyanyikan lagu pilu
Kualunkan mendayu-dayu
Hanya tuhan yang satu aku mengadu….
Cintaku itu….
Masih kubuka lembaran…lembaran baru
Masih kutulis nama bernada rindu
Masih kubicarakan sebuah rasa senandung syahdu
Masih kuuntai kasih merayu-rayu
Masih kucoretkan ilham tiada berlagu
Masih kunyanyikan lagu pilu
Masih kualunkan mendayu-dayu
Hanya tuhan yang satu aku mengadu….
Cintaku itu….
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
Mesej MISTERI
:: Allahu Allahu Allahu ::
Ku ungkap pesanan diberi
Ku baca dan ku teliti berulangkali
Tetapi tiada apa yang mengundang misteri
Tiada apa yang perlu dicurigai
Usai baca, ku tulis kembali
Setiap ayat dan huruf yang diberi
Mahu memecah kod rahsia ini
Tapi akhirnya aku gagal lagi
Apakah maksud tersiratmu
Sekadar mahu mengujuku
Atau aku yang tak tahu
Akukah yang khilaf dan keliru
Atau kau hanya mahu bermain minda
Menguji perasaan dan jiwa atma
Mungkin jua mahu hatiku terseksa
Agar senantiasa ingat dirimu di alam maya….
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
SEPATU BARU
:: Allahu Allahu Allahu ::
Semalam ibu beli sepatu
Sepatu baru untukku
Kata ibu untuk ganti sepatu lamaku
Yang sudah uzur
Yang sudah rabak
Tapi aku jadi keliru
Bukankah ibu tak punya ongkos
Untuk beli sepatu baru
Bukankah ibu hanya punya
Wang untuk makan kami berlima
Satu hari ini?
Ibu…
Aku bukan mahu menyusahkan hidupmu
Mungkin permintaanku kelmarin atas nafsuku
Maafkan aku ibu
Aku tak patut luahkan kata-kata
Yang bukan-bukan
Ibu..
Aku tahu kau susah cari wang untuk kami
Dari pagi dinihari lagi kau di kebun getah
Petang pula mengambil upah
Untuk tampung hidup kami
Ayah pergi hilangkan diri
Tinggal kau membesarkan kami
Ibu…
Doakan dengan sepatu baruku itu
Agar aku rajin menuntut ilmu
Jadi orang berjaya nanti
Bela kembali hidupmu
Doakan aku wahai ibuku!!!
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
ANUGERAH JIHAD INI
:: Allahu Allahu Allahu ::
“Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan hatiku….syukur atas rahmat Tuhan Yang Satu…Assalamualaikum…..Ikhlas mencintaimu...Abang….Air mataku mengalir lebat membasahi pipi…aku terkenang kembali nostalgia kisah suka dukaku bersama insan yang telah berjanji setia mengasihiku hingga ke akhir hayatnya...Dalam debu-debu nipis yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya buatku, ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya untuk diriku ini dengan izin allah rabbul izzati….Fikiranku kembali mengingati seraut wajahnya yang tenang setenang air di kali…tidak pernah hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana ikhlasnya cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti hadirnya sebagai raja dalam hidup ini….sentiasa dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun setelah kami berumah tangga…hidupku bahagia dengan hadirnya Hadi Hafis,suamiku dunia akhirat,insya allahu rabbi…Bermulanya perkenalan kami di sebuah institusi pengajian tinggi luar negara…walaupun kami tidak sefakulti,namun jodoh menemukan hati ini…Hadi adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku….Bermula dengan sebuah sajak “Sesuci wajahmu Hawa”nukilannya, hatiku mula tertaut pada Hadi…sajak dalam risalah pelajar Muslim “an-Nas” itu kugunting dan kusematkan di dalam diari hijauku…(kebetulan warna kegemaran Hadi).Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana kuyakin perasaan ini akan menjadi jahid yang tinggi nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku…itu janji Tuhan buat insan bergelar perempuan dan aku tidak mahu ketinggalan merasai ganjaran itu walau aku akur,bukan mudah untuk menolak keinginan berterus-terang….Sesekali terdetik perasaan untuk aku memulakan perkenalan,namun imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada Allah….Terkadang, apabila berselisih dengannya ,jantungku berdegup kencang…Ingin saja ku melemparkan senyuman yang paling manis buat insan yang telah menambat hati dan mewarnai hidup ini…namun maluku mengatasi segalanya…Alhamdulillah…sesekali aku diusik rakan-rakan,tapi aku tidak mengalah.Ego untuk membela akhlakku menyelamatkan diri ini dari terus menjadi usikan rakan-rakan….Aku hanya membisu …Tidak mahu aku layani telatah rakan-rakanku,kerana aku tidak mahu nafsu amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu. Dikala mindaku bercelaru,aku pasti merehatkan diriku di bangku taman universiti.Kehijauan taman itu membuatkan benakku berfikir tentang keesaan Allah sekali gus meleraikan kesedihan jiwa .Bertemankan sebuah buku bertajuk “Semanis Kesabaran”nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah sebelum aku berangkat ke sini, aku duduk bermuhasabah memikirkan betapa lemahnya jiwaku.Tidak setanding mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia, berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang satu…Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap Allah...Pernah satu ketika,mindaku buntu memikirkan ujian Tuhan yang tidak pernah putus mendambakan kesabaranku menunaikan kifayah ini..Mengenang nasib ibu dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,dengan pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3 beradik…dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa cinta yang berputik buat Hadi.Aku mahu menjadi seorang anak yang dapat membela masa depan keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka buatku hingga ke hari ini…..Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari seorang lelaki…lamunanku tersentak..Namun aku tidak mendongak…Rasa malu sudah datang menerpa…Tapi mengapa??Ya,suaranya seperti pernah kudengar sebelum ini.Suara yang selalu menggamit mindaku untuk berpindah ke alam khayalan…Suara yang selalu datang dalam mimpiku…Suara yang sering mengimami jemaah solah di surau universiti…Ikhlas dan penuh rasa rendah diri…Kusambut salamnya dengan penuh debaran …Seketika itu aku terasa mahu lari dari tempat itu….Balik ke bilik dan menelekupkan mukaku ke bantal…Aku tahu mukaku tidak merah,kerana kulitku bukannya putih ..Tapi,hitam manis…Hmmmm..satu advantage buatku…Aku hanya menguntum senyum dibibir …Muncul satu perasaan yang sukar aku gambarkan… Senyumku berbalas.Bahagia….Cepat-cepat aku membetulkan posisiku,supaya aku tidak teus hanyut dalam perasaan itu…Aku tunduk dan lelaki itu melabuhkan punggungnya di bangku kayu jati bersebelahan tempat rehlahku…Hadi…Namun dia tidak lama di situ…setelah menghulurkan sebuah bungkusan hijau kepadaku, Hadi berlalu pergi…Sekali lagi ucapan salamnya kedengaran….Beserta bungkusan itu ada sekeping kertas putih bercoret tinta biru…Mujur sebentar saja pertemuanku dengan hadi petang itu…Aku tak mau di salah erti…Dan aku tahu hadi juga begitu…Aku melangkah pulang kebilik….Kugenggam pemberian Hadi sekemas mungkin …Dengan penuh tanda tanya…. Setelah selesai menunaikan fardhuku kepada Allah dan memohon doa padaNya ,aku berbaring di katil…Segera kubuka warkah Hadi yang belum sempat kubaca….Hatiku terharu dengan warkahnya yang pertama buatku itu…..“Assalamualaikum buat kenalanku Firdaus…Maaf sekiranya warkah ini mengganggu saudari ketika ini….Persoalan yang terbuku di minda membuatkan Hadi ingin sekali mengetahui apakah permasalahan di minda saudari yang sering Hadi lihat duduk berseorangan dan berduka dibangku taman universiti…Bukan sekali hadi lihat saudari di situ,tapi hampir setiap petang….Niat Hadi bukan untuk menyibuk tentang hal saudari,cuma mahu mengetahui mungkin ada sesuatu yang boleh Hadi bantu untuk meringankan beban di hati dan mengembalikan keriangan yang pernah Hadi lihat di wajah Firdaus ketika dulu…..Maaf sekali lagi andai warkah Hadi ini tiba pada waktu yang tidak sepatutnya ….Sekian dulu dari Hadi,maas salamah…”Aku melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari hijauku….aku tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman yang paling manis…Kali ini,menampakkan baris gigiku yang putih bersih…Hasil pengamalan sunnah rasulullah untuk bersugi setiap kali sebelum solah….Aku menghela nafas panjang….Kuletakkan diariku disisi…Dan seketika itu aku di buai mimpi…..Semenjak dari itu,aku semakin akrab dengan Hadi…Namun keakraban kami bukan seperti yang selalu digambarkan dalam kaca tv…Akrab yang aku maksudkan adalah dari segi peringatan yang selalu Hadi beri buatku,dalam bentuk sajak,cerpen dan puisi…Hadi memang pandai menulis…Hasil karangannya sungguh terkesan dihati ini…Setiap kali membaca coretan penanya,mindaku terasa ringan dari bebanan masalah…berpesan-pesan kepada kebenaran,dan berpesan-pesan pada kesabaran…Dengan firman Allah itulah,hatiku semakin yakin menundukkan rasa tekanan yang sering datang menggoyahkan sabarku terhadap cubaan yang diberiNya….Pada setiap bulan puasa,Hadi tidak pernah lupa mengirimkan berkotak-kotak kurma buatku…Katanya berseloroh dalam warkah yang disertakan bersama sekotak kurma yang dikirimnya melalui Hafizah rakan sekuliahku ,“ Kurma ini ‘pemanis muka’ buat saudari Firdaus di sana.Segar Hadi petik dari tanah suci.Bila kita berumah tangga nanti, bolehlah kita menunaikan haji bersama-sama ya”…Dalam hatiku,aku mengaminkan selorohnya…Pernah jua Hadi mengirimkan nota-nota fotostat yang dikumpulnya dari rakan-rakan fakulti perubatan dan memberinya kepadaku…Dia berpesan supaya berusaha untuk menunaikan kifayah ini dengan sebaik-baiknya.Sudah pasti harapan itu tidak kuhampakan…Harapan dari seorang lelaki yang sungguh istimewa dalam hidupku, namun dia tidak pernah tahu.Hasilnya,Alhamdulillah, aku cemerlang dalam setiap peperiksaan tahunanku……. Hadi selalu mengirimkanku doa-doa yang didapatinya dari kitab-kitab ulama terkemuka…katanya doa itu senjata umat Islam…usaha itu datang bersamanya dan tawakkal mengiringi setiap usaha yang tidak pernah mati…6 tahun berlalu….akhirnya aku berjaya meraih ijazah yang kuidam-idamkan selama ini….Air mata kesyukuranku tumpah ke bumi …Aku bergelar doktor kini….Cintaku Hadi(walau dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor di salah sebuah universiti di tanah air..warkahnya yang hadir setiap bulan menemani hidupku dan membakar semangatku untuk terus berjaya ke akhirnya….Harapanku untuk menjadi insan yang istimewa dalam hidup hadi,tidak pernah padam,seawal tahun pertama kami disini….Ibu dan ayah tidak menyertaiku pada hari bahagia itu…Namun kutahu,doa merekalah yang menjadi tunggak kejayaan yang kuperoleh…Dalam hatiku,kupanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah…Aku tidak mungkin dapat merasai kegembiraan ini tanpa izinNYa…Kepulanganku disambut ibu dan ayah…Kedut-kedut di dahi ibu kucium sepuas-puasnya…Urat hijau yang timbul ditangan ayah kukucup dengan penuh kerinduan…Tidak sabar rasanya untuk aku berjumpa dengan adik-adik yang telah kutinggalkan 6 tahun dahulu…Pastinya mereka sedang menunggu kepulanganku dengan gembira…Setibanya di rumah Ahmad berlari mendapatkankku,adikku yang paling kecil sekali…Sudah pasti dia mengenaliku dari gambar yang kukirimkan kepada keluarga setiap tahun sejak tahun pertama lagi…adikku Jannah menunggu di halaman rumah dengan senyuman yang penuh ceria…Masih kuingat lagi,sewaktu aku meninggalkannya,Jannah menangis mahu mengikutku bersama-sama…Kini jannah sudah remaja…berkain batik, anak dara sunti lagaknya….Dia menyambut tanganku lantas mengucupnya dengan titisan air mata…Dia memang tidak pernah berubah….Mudah sekali mengalirkan air mata..Memang dia manja denganku….Kehangatan inilah yang kutunggu selama 6 tahun ini,untuk bersama keluarga yang telah lama aku tinggalkan demi sebuah impian untuk menjadi doktor…Malam itu ayah menyuarakan sesuatu yang mengejutkan aku…seseorang telah datang merisik diriku…Jannah menyiku sambil tersenyum simpul…”Hadi Hafis,” kata ayah…mahu saja aku menjerit kesyukuran ketika itu…tapi ku tahan…ku tahan perasaanku…kutundukkan muka dan tiba-tiba saja refleksku mengambil alih pergerakkanku…aku bingkas bangun dan meninggalkan ayah,ibu dan adik-adik di meja makan selepas meminta diri…terasa bodoh pula tindakanku ketika itu….aku berlari mendapatkan diari hijauku di bawah bantal.Kubuka surat hadi yang dikirimkan dalam bentuk sajak’Pabila tiba masanya’…Aduhai Hawa,Pabila tba masanya, aku pasti berlari mendapatkanmu,Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,Yang setenang air di muara kasih,Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan…Wahai Hawa,Bila gerimis menyelimuti pawana,Petir menjalar di langit hitam,Dan bila sengsara datang bertandang,Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan,Agar syahadahmu kukuh bertautan….Bersabarlah Hawa,Kerana kesabaran itu seindah mutiaraTercipta didasar lautan,Walau sebesar mana gelombang mendatang,Sinarnya tetap gemilang,Dan begitulah hakikatnya sabar,Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang….Sungguh wahai Hawa,Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu,Kerana wajahmu yang penuh rahsia,Kerana wajahmu yg membuatkan ingatanku pulang, Pada yang maha Esa,Menjadikan lidahku kelu berkata-kata…..Kugenggam erat warkah itu dan ku baca berulang kali….Seolah-olah mimpi jadi kenyataan….Hadi bakal suamiku….Kedengaran pintu bilikku diketuk berulang kali….Emak masuk dan melemparkan senyuman yang selalu aku rindu suatu ketika dahulu….Kata emak,semuanya terpulang padaku….”Mahu atau tidak…emak tak kisah,asalkan anak emak gembira”……Kuberbisik di telinga emak tanda memberikan kata setuju….Kukucup jemari kurus emak lantas emak membalas dengan belaian yang penuh kasih …..Walau emak sudah semakin berusia….segar kasihnya masih lagi seperti dulu….Hadi Hafis dan Ikhwatul Firdaus selamat diijab kabulkan……….Banyak yang aku pelajari dari perkongsian hidupku dengan Hadi….rajukku di pujuk…lembut dan tenang….Sedihku di redakan dengan kemanisan wajahnya dan belaiannya cintanya padaku…Dan begitu juga aku,menyayanginya dengan sepenuh jiwa…Dialah lelaki pertama dan terakhir yang akan menjadi raja hidupku ini…Aku cuba menjadi isteri yang solehah walau kelemahan ku tetap muncul di sana sini….Namun suamiku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hatinya…Tidak pernah sekalipun lakunya menampakkan kekuranganku…tidak pernah sekali,keluhan terhembus dari bibirnya ….Kelemahanku dibaikinya dan diganti dengan kekuatan…Ya,kekuatan sebagai seorang wanita Islam yang perlu berjuang menegakkan agama dalam setiap geraklakunya….Begitulah pesan Hadi yang kini kupanggil’abang’….Setiap kali selesai solat….Abang akan memberikan tazkirah buat peringatan kami dunia akhirat…Tidak pernah sekali abang terlepas dari menjadi imam solat fardhu ketika kami sama-sama dirumah…Tahajjud pun kami lakukan berjemaah…Sungguh aku rasa bahagia manisnya berumah tangga yang cintanya berlandaskan syiar Islam….Masih aku ingat lagi,sewaktu malam pertama aku dan abang,kami solat hajat dan sujud syukur bersama-sama…..Kata abang,biarlah landasan dan tapak masjid yang kami bina ini atas dasar ibadah ,bukan nafsu semata-mata……hingga ke hari ini….pesan abang bersemadi di hati….Setelah 6 tahun berumah tangga,kami dianugerahkan 3 cahaya mata…Malam itu,abang hadi menyuarakan hasratnya padaku,tentang menunaikan rukun Islam yang kelima bersamaku dan anak-anak… Ya,seperti dalam selorohnya yang ku aminkan dulu….Aku tersenyum sendirian ……..Pastinya aku setuju dengan cadangan itu…. Abang Hadi menanggung perbelanjaan ibadah itu…Hasil simpanan sejak di universiti lagi katanya…Aku terharu…..Kata Abang Hadi, umrah dan haji biarlah dilakukan bersama-sama sementara waktu mengizinkan…seperti yang selalu diingatkannya….’hidup sebelum mati’…….Setelah tamat kursus haji kami berangkat ke Tanah Suci….Ibadah yang kami lakukan berjalan lancar .Cuma abang Hadi kelihatan tidak begitu sihat seperti sebelumnya…Apabila ditanya…hanya kuntuman senyum yang diberikan kepadaku,seperti selalu….Di Tanah Suci kupanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah memakbulkan pinta hajatku selama ini…Hanya Dia yang tahu sedalam mana cintaku kepada abang Hadi ….Hanya Allahlah tempat aku bermohon selama ini…Hanya Dialah yang berkuasa memberi dan menarik balik rezeki………….Aku bersujud kepada Allah malam itu dengan penuh rasa rendah diri….Kudoakan hidup dan mati kami sekeluarga serta keturunan kami dalam iman dan taqwa serta redhaNya…Biarlah hidup dan mati kami dalam limpah kurniaNya……………….Malam itu abang Hadi batuk tidak berhenti-henti…..Badannya panas dan mukanya merah seperti menahan kesakitan…..Sebagai seorang doktor,bukan mudah bagiku memeriksa tubuh itu….Tambahan pula, itu suamiku…Cintaku…Kasihku…..Doktor yang bertugas memberi tahu bahawa abang Hadi diserang demam panas….abang Hadi mungkin tidak dapat mengikuti kami bertawaf keesokan hari….Jadi abang Hadi terpaksa tinggal di apartment….Aku sebagai isteri tidak mungkin sanggup meninggalkan abang Hadi seorang diri….Sepanjang hari aku menemani suamiku…….Aku hanya mengalirkan air mata di sisinya….Aku fahami kesakitannya…Namun hanya dengan izin Allah abang Hadi akan sembuh semula…Segala medikasi yang disediakan ku berikan kepada Hadi dengan penuh harapan agar dia sihat seperti sedia kala….Pipiku diusapnya…lemah…tidak bermaya….namun,kehangatan kasihnya masih terasa…..Dalam nafasnya yang lemah,abang Hadi berpesan kepadaku….“Sayang…..terima kasih abang ucapkan buat dirimu… Terima kasih atas kasih sayang yang tak pernah padam darimu buat abang…terima kasih kerana memberikan abang anak-anak yang soleh dan solehah,insya allah”…..Abang Hadi menarik nafas panjang dan menyambung kata-katanya…kulihat air mata kasihnya berjuraian disisi…Ini kali kedua kulihat abang menangis …kali pertama adalah sewaktu melihat aku melahirkan anak sulungku…Miftahus Solihin bin Hadi Hafis…..“Sayang,ingatlah tautan kasih yang terjalin antara kita dengan izin Allah….Panjatkanlah syukurmu buatNya sayang…Jangan pernah lupa…Teruskan mendidik anak-anak kita mendalami Islam dan menjaga iman mereka dengan sepenuh jiwa….Berjuanglah membela Islam dan jangan berhenti sebelum menang….Buat dirimu sayang,abang sejak dulu tidak pernah lupa berdoa agar kau menjadi milik abang suatu hari nanti…Alhamdulillah,hajat abang termakbul……Maafkan kesalahan abang andai kata abang pernah melukan hatimu”……Dan aku lihat Abang terlena…….manik-manik putih dimatanya berjuraian lagi…kukucup pipi abang…Sendu semakin terpahat di hati ini…Malam itu,abang memanggilku dan anak-anak supaya berada di sisinya….Abang berpesan kepada anak-anak kami supaya menjagaku sebaik-baiknya…Dan bersikap mengikut sunnah Rasululullah….Pesan abang,jadikanlah sabar itu sebagai asas perjuangan hidup kami dalam dunia yang semakin mencabar keimanan ini……Anak-anakku terus menerus membaca Al-fatihah….Itulah yang dipesan oleh Hadi kepada anak-anak kami…”Al-Fatihah itu sedekahkanlah kepada emak dan ayah…Tak kiralah dimana pun kamu semua berada…Utuhkanlah ikatan kekeluargaan kita dan tanggungjawab yang terpikul dengan iman di dada…Selesaikanlah semua permasalahan antara kita dengan merujuk kepada kitabNya”…. Anakku yang sulung membelai rambut ayahnya. Ku lihat anak-anakku membeningkan tangisan di mata mereka….. Abang memandangku dengan mata yang sayu …”Assalamualaikum”….kata abang....Walau matanya tak bersinar seperti dulu,namun keikhlasannya tetap kurasai…Tanganku digenggamnya seerat mungkin…Kubisikkan syahadah ditelinga abang….”asyhadu alla ilaa ha illallah”….Abang mengulangnya…perlahan-lahan,tetapi jelas….Hembusan terakhir nafas abang melepaskan perlahan tanganku dari genggamannya……Abang pergi menyambut panggilan Ilahi….Sebelum kuselimuti seraut wajah manis abang yang pernah menceriakan hidupku dulu,menepis segala kepahitan jiwaku,kukucup dahi abang sekali lagi dan kusedekahkan Fatihah buat dirinya….Walau hati ini tersayat luka….Namun aku gembira kerana pernah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang soleh dan telah membimbingku kejalan bahagia ini…Terima kasih abang…..Jenazah abang Hadi kami kuburkan di tanah suci….itulah harapan yang pernah disuarakannya satu ketika dulu…sebelum kami sampai disini..Sewaktu bermulanya perkenalan kami lagi…”Insya Allah,saya teringin sangat mengakhiri riwayat hidup saya di Tanah Suci” itulah jawapannya bila kuajukan soalan tentang impian hidupnya…..Warkah terakhir darinya kubuka dan kubaca sekali lagi…Warkah yang diminta supaya aku membacanya apabila kami selesai menunaikan ibadah haji dan pulang ke tanah air…..Sayang,Bila bumi memanggilku kembali,Bila jasad ini tidak bernyawa lagi,Ketahuilah hanya engkau pernah menjadi permaisuri hati,Melengkapkan citaku selama ini….Bila kita saling terleka,Atau semakin ditelan usia,Atau terpisah oleh ketentuanNya,Tetapkan hatimu pada kasih abadi,Kasih Allah Rabbul Izzati….Sejak dulu wajahmu menjadi ratu hatiku,Doaku menginginkanmu,Kutahu doamu pun begitu,Tapi kau simpan suara hatimu demi jihad itu,Ini yang membuatkan hatiku semakin tertawan padamu…..Syukran temanku,suriku,cahaya hidupku,Abadikanlah kenangan dan kasih kita bersama keakhirnya,Walau antara kita terpisah jasad dan nyawa……Iman,amal dan taqwa tetap bersemi di hati selamanya….Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan hatiku….syukur atas rahmat Tuhan yang satu… ….Assalamualaikum….Ikhlas mencintaimu...Abang….Kulipat kemas warkah abang dan kusimpan dalam diari hijaunya..Ya,warna kegemaran kami berdua…Ada lakaran wajahku pada muka terakhir diari itu….Aku tersenyum…Kukucup wajah abang dalam gambar yang kulekatkan dalam diariku….Wajah manis itu seakan menyambut kucupanku…..“Mak”….Lamunanku tersentak….Soleh menghampiriku…6 tahun berlalu….anak-anakku sudah membesar semuanya….Membesar dengan kasih sayang dan pesan ayah mereka supaya selalu menegakkan Islam walau dalam apa jua perkara….Bahagia inilah yang pernah kurasai dulu…”Mak,adik tanya,jihad tu apa maksudnya mak….”kata soleh menggaru-garu kepala…Kubelai rambut anakku dengan penuh kasih sayang,”Sekejap lagi mak datang”,balasku….Anakku mengangguk-ngangguk dan menyimpulkan senyuman..Seiras wajah ayahnya..Akan ku jelaskan maksud jihad sejelasnya kepada anak-anakku kerana ANUGERAH JIHAD INIlah yang telah membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga hingga ke detik ini….………………..Amin….
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
P Pinang terkulai di Ipoh
:: Allahu Allahu Allahu ::
PERAK berada di landasan tepat untuk mempertahankan trofi bola sepak Piala FA apabila membelasah Pulau Pinang 6-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua yang menemukan dua pasukan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.
Penyerang import Liberia, Frank Seator meledakkan hatrik diikuti dua gol dari rakan penyerang Keita Mandjou manakala Chan Wing Hong menjaringkan gol terakhir buat Perak mengumpul bekalan ampuh menjelang perhitungan kali kedua di gelanggang lawan, Rabu depan.Toni Netto mengekalkan hampir semua pemain utamanya seperti ketika membelasah Public Bank 4-0 minggu lalu dan mengasak sejak sepak mula tetapi mendapati barisan yang dilatih Norizan Bakar sukar untuk dibolosi.Semakin panas badan, tuan rumah mula mempamer gandingan lebih mantap di antara Mandjou dan Seator serta dibantu dengan kerajinan Wirat Nom dan Shahrunizam Mustafa, bagi menguasai 25 minit saingan awal.Begitupun, Pulau Pinang yang terlebih dulu menghidu peluang jaringan apabila Mat Saiful Mohamad meledakkan rembatan kencang dari 30 meter tetapi penjaga gol Mohd Hamsani Ahmad tangkas menepis keluar pada minit ke-27.Dua minit kemudian, kira-kira 8,000 penyokong Perak melonjak gembira apabila Seator melompat tinggi untuk menanduk masuk hantaran silang Shahrulnizam dari sebelah kanan yang menewaskan Sharifudin Shahril di gawang Pulau Pinang.Selang empat minit, penyokong tuan rumah bersorak lagi apabila sepakan sudut tinggi disudahi rembatan Mandjou yang terkena badan pertahanan Pulau Pinang dan melantun menerjah jaring untuk menewaskan Sharifuddin sekali lagi.Biarpun Pulau Pinang menguasai babak awal separuh masa kedua dan Norizan memasukkan Tengku Hazman Raja Hassan, pelawat nyata sukar untuk menandingi kelancaran permainan tuan rumah dan Seator menambah gol ketiga dengan tandukan sipi hasil bola silang Wing Hong.Selepas Mandjou menjaringkan gol keempat pada minit ke-78, Seator melengkapkan hatriknya dengan gol kelima pada minit ke-81 apabila menyambut hantaran silang Hishamuddin Othman dan meledakkan rembatan kencang sebelum Wing Hong menutup tirai jaringan dengan rembatan jarak 30 meter yang gagal ditangkap kemas Sharifudin dan menggolek masuk.
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
sifat sombong&bongkak,IBLIS disingkir dari syurga
:: Allahu Allahu Allahu ::
Iblis adalah mahkluk yang paling mulia kepada ALLAH,sebelom manusia penciptaan adam.ia disingkirkan dari syurga disebabkan sifat sombong dan bongkak yang ditunjukkan kepada ALLAH. ia engkar untuk tunduk kepada adam setelah ALLAH memerintahkan berbuat demikian,hal ini dijelaskan dalam AL- QURAN surah7(AL AIRAF):11-13 yang bermaksud: Sesungguh kami telah mencipta kamu (ADAM) lalu kami bentuk tubuh mu,kemudian kami katakan kepada para malaikat,sujudlah kepada adam,maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak masuk mereka yang bersujud,ALLAH berfirman lagi maksudnye: Apakah yang menghalangi mu untuk bersujud(kepada Adam) diwaktu aku menyuruh mu? Jawap iblis: saya lebih baik daripadanye.Kamu ciptakan saya daripada api sedangkan dia kamu ciptakan dari tanah. Firman ALLAH lagi maksud nya: Turunlah kamu dari syurga itu kerana kamu tidak sepatutnya menyombong diri didalamnya,maka keluarlah,sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina. Iblis terlalu marah kepada Adam kerana keengkarannya tunduk kepada Adam menyebabkan dia hilang nikmat hidup di syurga.perasaan dendam dan marah terhadap Adam menyebabkan ia berazam untuk memusnahkan Adam dan keturunannya sehingga hari kiamat. Perkara ini dijelaskan dalam surah7(ALIAIRAF) ayat 14-18 yang bermaksud: Jawap iblis, berilah tangguh kepada saya sampai waktu mereka dibangkitkan. Fiman ALLAH,maksudnya: Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh. Jawap iblis: Kerana kamu telah menghukum saya sesat,saya benar-benar akan menghalang mereka dari jalan kamu yang lurus,kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan belakang mereka dari kanan dan kiri mereka.Dan kamu tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur(taat). Firman ALLAH pula maksudnya: Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir.Sesungguhnya barang siapa diantara mereka mengikuti kamu benar-benar aku mengisi neraka jahanam dengan kamu semua. Setelah iblis disingkirkan dari syurga,Adam dimasukkan ke-dalam syurga,Baginda dan isterinya (hawa) tinggal gembira dalam syurga yang indah.Allah memberi peringatan kepada Adam & Hawa mengenai kejahatan syaitan dan melarang mereka daripada menghampiri pokok khaldi..........ingin mengetahui kisah ini dgn lebih lanjut sila rujuk dalam kitab suci AL QURAN dalam surah AL-ARAF.. PS: RAJIN-RAJIN LA MERUJUK TAFSIR AL QURAN SUPAYA KITE TIDAK DIPENGARUHI OLEH IBLIS &SYAITAN YANG SERING MENYESATKAN KITE KETURUNAN ADAM...sekian
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
seNgatan haiwan Berbisa
:: Allahu Allahu Allahu ::
akhir2 ini..aku menjadi targetan haiwan berbisa barangkali..bayangkan tak sampai 72 jam 3 jenis gigitan di 3 tempat yg berlainan pada tubuhku yg tough n mogel (betui ke nih???(-:...)..sakitnya usah dibicarakn disini..mungkin menggerikan atau mnggiurkan kendatipun sakit yg amat...
9 jun..di kebun...10.30-11 pg....3 ekor penyegat kuning yg diketahui tahap kesakitan sengatannya telah menyegat di lengan kanan 2 sengat, 1 di belakang lutut...(balik kebun bubuh cellfood n minum) ambil masa sampai mlm jumaat utk ilang sakit...
10jun..dalam bilik...6.25pg...bangun nak solat subuh (lewatnye aku bgn)...jup..sedar2 lengan kiri rase sakit..bukak lampu nampak la lipan api (perghh warnanye yg terang) lari masuk bawah almari..lantas aku kejar..sampai angkat2 almari hingga menggemparkan pagi yg hening (walau kedengar suara anak2 sedare dah mulakan operasi nangis...)..mcm2 yg jatuh drp almari...hampair 8 minit mencari..dapat jua aku bunuh si lipan cipan itu...lepas solat bubuh laie cellfood...samapi ptg ok je..masuk malam..makin gatal n jd kembang la lengan tu..skang dah ok skit..mybe mlm td kot...dah kurang....(lepas kene sengat satu lagi jenis haiwan ni kot)
11jun...atas jalan nak g masjid...7.29mlm...tak pasal2 seekor tebuan belanggar ngan aku..kat leher plak tuh...nyupp..adui sakitnye..pengang2 leher dah besar..sah ni mesti tebuan pulak..nasib baik ade bawah cellfood kat dlm poket (itu je yg aku bawah..patutnye tasbih sbb mlm ni ada bacaan Qulhu-kat kg ni kalau ada org mati[yg join persatuan khairat kematian] mesti dapatkan 100000 bacaan Qulhu...)tahan gak la sakit..org bc Qulhu..aku bc ngan selawat sekali..sakit woo..kat leher plak tu...balik tu minum plak cellfood..melantak 2/3 biji panadol...bgn2 pagik td rase kebas jer...tadi minum laie cellfood n 2 biji panadol...kurang sket..ngan izin Allah semuanya nih...
samada mmg kifarat dosa atau ujian Allah kat aku..aku pon taktau...igt nak g klinik cucuk je pagik tadik..bygkan 3 jenis bisa dalam badan aku bergabung serentak..Innalillahiwainnailaihirojiun...moga Allah ampunkan dosa2 aku selama nih....Allahua'lam...doakan aku sehat kembali ekr...k
assalam
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
PETUA MEMBELAI CINTA
:: Allahu Allahu Allahu ::
INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?
Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.
Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.
Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya. Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.
Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.
Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
SEMILIR KASIH AINA…
:: Allahu Allahu Allahu ::
Sinaran terang lampu spotlight menusuk retina. Aina Mardhiah lantas memalingkan muka, membenar kanta mata membesar semula. Bingit dan sesak! Suasana resmi apabila tibanya Hari Konvokesyen. Menghidupkan suasana, album ‘Satu Perjuangan’ dendangan kumpulan nasyid Brothers dimainkan. Sayup-sayup alunan lagu Selamat Berjuang menerobos salur telinga Aina. Kenangan silam bersama rakan-rakan seperjuangan terukir semula di ingatannya. Namun, cepat-cepat dilenyapkan kerana ia nantinya bakal meruntun air mata. Namun, sukar baginya untuk melupakan segala rempah perjuangan itu. Ya, bukan mudah! Setiap kenangan punyai cerita dan sejarahnya sendiri yang amat berharga bagi Aina. “Assalamua’laikum Aina!”“Wa’alaikumsalam warahmatullah… Hai, Fizah! Kenapa Fizah lambat?”“Fizah sambut ayah dan ibu Fizah tadi. Sekarang ni, ayah dan ibu Fizah tengah rancak berbual dengan abah dan ummi Aina.” “Ye ke? Patutlah dari tadi abah dan ummi Aina tak duduk-duduk lagi.” “Biasalah… Sekali-sekala mereka berjumpa.” Perasmian yang dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa bin Mohamad menjadi acara pembuka Fiesta Konvokesyen 2003 untuk kali yang ke-33 ini. Sejurus kemudian, konsert ‘Dunia Baru Islam’ dimulakan. Fizah dan Aina begitu khusyuk menghayati irama nasyid Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-team, dan juga UNIC. Sejak di bangku sekolah lagi mereka berdua sering disogokkan dengan lagu-lagu nasyid sebegitu. Aina dan Fizah sudah lama bersahabat, hampir menjangkau dua belas tahun lamanya. Cuma sekali mereka terpisah, semasa menuntut di matrikulasi. Kerana itu, mereka sudah masak dengan perangai masing-masing. Fizah menganggap Aina sebagai seorang rakan yang cukup setia dan petah berkata-kata. Nurul Hafizah pula merupakan seorang sahabat yang baik tetapi sedikit sensitif bagi Aina. Sifat sensitif Fizah dan kepetahan Aina adakalanya menyebabkan mereka sering bertengkar sewaktu di awal perhubungan dahulu. Namun kini, mereka semakin bijak mengawal perasaan dan matang dalam pergaulan.Sekiranya salah-seorang di antara mereka menghadapi masalah, yang seorang lagi sentiasa bersedia menghulurkan bantuan, nasihat dan dorongan. Sepanjang perhubungan, hanya satu resepi yang mereka amalkan iaitu suka berterus-terang dalam semua perkara... Tiba-tiba, sesuatu menerjah ingatan Aina. Lantaran itu, kalenjar adrenal pantas merembeskan hormon adrenalin ke seluruh bahagian tubuh. Aina resah-gelisah!!“Kenapa nampak susah hati je ni, Aina?”“Takde... Tiba-tiba je Aina teringat pasal ‘Yang Memerhati’ tu.”“Ooohh.., sebab tu ke Aina tak senang duduk?” Ketawa Fizah meletus. Menyerlahkan sikap periang penuntut Fakulti Pendidikan itu.“Fizah ni, Aina tengah takut Fizah ketawa pulak!” Aina merungut manja. Dalam pada itu, hatinya benar-benar berdebar. Jantungnya berdegup kencang.“Relaks la Aina… Fizah tahu Aina takut nak jumpa dia. Kalau Fizah jadi Aina pun Fizah gabra. Ditakdirkanlah Fizah yang kena… Hishh, terkulat-kulatlah Fizah dibuatnya!” Ketawa mengepung perbualan mereka. Dalam situasi begitupun, Fizah masih sempat berseloroh.* * * Rintik-rintik hujan membasahi bumi Bangi. Hujan turun tidak henti-henti sejak pukul 2.00 petang tadi. Akibatnya, mahasiswa-mahasiswa UKM tidak dapat turun ke padang untuk beriadah seperti biasa. Aina merenung buku ‘Pengurusan Kewangan’ yang terbuka di hadapannya. Sudah sejam dia menghadap buku itu, otaknya sudah tepu. Dia perlu berehat sebentar. Fikirannya menerawang jauh terkenangkan memori lama semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Terlalu banyak pengalaman dan kenangan manis yang telah Aina alami sepanjang tempoh setahun di sana.Minggu Keusahawanan Pelajar sudah hampir ke penghujungnya. Malam terakhir itu, suasana agak meriah bagai pesta lagaknya. Sepuluh buah gerai hangat bersaing dengan cara dan gaya tersendiri. Bagaikan persaingan Amerika dengan sekutu-sekutunya bagi menguasai minyak di rantau Arab. The Greatest Corner menjadi tumpuan utama para pelanggan yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar pelbagai jurusan. Aina Mardhiah yang memegang peranan sebagai ‘chef tidak bertauliah’ sejak gerai itu dibuka, semakin cekap dan pantas melaksanakan tugasnya.“Aina, burger tiga!” Haikal tahu kawan-kawannya sengaja memesan padanya supaya mereka tidak perlu menunggu lama. Haikal berharap agar Aina mendahulukan pesanannya. Mereka sama-sama mengendalikan gerai itu malah Haikallah ketuanya. Mungkin ada unsur retorik sedikit, tetapi apa salahnya...“Aina, burger dah siap ke belum?” Haikal pasti Aina terlupa kerana leka melayani pelanggan yang begitu ramai, sampai tak menang tangan dibuatnya. Kesian Aina!“Kejap ye Haikal...” Haikal cuma melontarkan senyum manisnya. Menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi. Serentak itu, tangan Aina pantas mencapai tiga roti burger yang telah disalut dengan kulit popia dan memasukkannya ke dalam kuali. Setelah siap, Aina menghulurkan bungkusan plastik burger itu ke arah Haikal sambil mengiringi langkah Haikal dengan renungan tajam. Haikal lantas menoleh lantaran menyedari ada sinar mata yang memerhatikannya. Namun dilihat, Aina sedang sibuk meneruskan kerja-kerjanya. Haikal kemudiannya berlalu pergi dengan pelbagai persoalan. Bagaimanapun di sudut hatinya, Haikal tahu Aina berpura-pura sibuk.Bertitik-tolak daripada peristiwa itu, ‘hubungan’ Haikal dan Aina bermula. Masing-masing merasakan seperti ada sesuatu di antara mereka. Kebetulan pula, Haikal dan Aina memiliki banyak persamaan sejak mereka menjejakkan kaki ke KMNS. Mereka sekuliah, belajar di dalam satu kelas tutoran, bernaung di bawah satu kumpulan mentor, dan bergiat di dalam aktiviti ko-kurikulum yang sama. Justeru, Haikal dan Aina tidak dapat mengelak daripada selalu bertemu.“Aina, saya pilih awak untuk mengendalikan lawatan mentor-mentee ini 4 bulan dari sekarang. Kemungkinan kita akan pergi ke Langkawi pada Semester 2 nanti. Jadi selepas ini, awak boleh ke bilik saya untuk penerangan lanjut dan lakaran kertas kerja.” Arahan En. Hairi disambut dengan senyuman dan anggukan.Kendatipun Aina masih baru, En. Hairi tahu Aina berkebolehan. En. Hairi juga yakin Aina boleh menang sekaligus menyandang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar jika Aina masuk bertanding pada pilihanraya lepas. Tapi sayang, Aina enggan. Bila ditanya sebabnya, Aina mengatakan dia bukan sengaja mahu menolak tanggungjawab itu tetapi dia mahu menumpukan perhatian dalam pelajaran. Alasan itu sudah lali di telinga En. Hairi sejak dulu lagi. Ramai pelajar yang memberikan alasan seperti Aina. Namun, Aina bukanlah seperti Nicol Ann David yang boleh belajar dan berkarier dalam satu-satu masa, Aina punyai karisma dan caranya sendiri untuk mencapai kejayaan. En. Hairi akur dan berharap semoga pengobanan Aina itu berbaloi, tidak sia-sia.Perjalanan jauh ke Langkawi sememangnya memenatkan, namun tetap memberikan kegembiraan kepada anak-anak buah En. Hairi dan En. Razali. Lawatan riadah itu berjalan seperti yang dirancang. Para peserta lawatan diberikan kebebasan untuk keluar ke Pekan Kuah pada bila-bila masa jika tiada program lain. Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh ahli rombongan untuk membeli-belah serta bersiar-siar di sekitar Pekan Kuah sehingga lewat malam. Setelah penat berjalan, mereka singgah mengambil angin dan menghirup udara segar di tepi pantai sebelum masuk ke bilik penginapan. Tiba hari yang paling ditunggu, rombongan itu dibawa menaiki kereta kabel terpanjang di Asia Tenggara yang baru siap dibina. Nampaknya lokasi itu amat menarik perhatian pelancong. Awal-awal pagi lagi pengunjung sudah memenuhi sekitar taman rekreasi itu. Di tengah-tengah keramaian pengunjung, kelihatan En. Hairi sibuk mengagihkan tiket kepada anak-anak buahnya. “Aina, someone look at you!” “Ade-ade ajelah awak ni, Su”“Betul..! Dah lama Su tengok dia perhatikan Aina.”“Siapa? En. Hairi?” Soal Aina, bergurau. Sambil itu, dia menyerahkan tiket Langkawi Cable Car kepada penyemak tiket di situ, diikuti oleh Suhaida.“Eh, eh, eh... Loyar buruk pulak dia. Siapa lagi kalau bukan Haikal, ketua tutoran Aina tu.” Mendengar nama itu, nafas Aina sesak. Hatinya berbunga riang, terasa dirinya seperti di awang-awangan. Namun, Aina cepat sedar... “Ye ke? Mungkin dia pandang orang lain kot, ataupun kebetulan je. Abaikanlah…” Aina cuba mengelak. Dia kemudiannya membuang pandangan ke luar kereta kabel, menikmati keindahan flora Langkawi ciptaan Allah s.w.t.Kalau boleh, Aina tidak mahu timbulnya khabar angin mengenai hubungannya dengan mana-mana lelaki. Sejak kecil lagi Aina telah diterap dengan didikan agama yang tinggi. Justeru pada usia semuda 9 tahun, Aina telah mengkhatam al-Quran dan boleh menghafal Juzuk 30, alhamdulillah. Namun, jika ilmu agama penuh di dada tetapi tidak diamalkan samalah seperti sebatang pohon besar yang tidak menghasilkan bunga mahupun buah. Aina masih ingat pesan umminya dan dia tidak mahu diibaratkan seperti itu. Oleh itu, Aina perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga nama baiknya sendiri.Pulang dari Langkawi, mereka terus menyambut bulan Ramadhan. Setiap petang, para pelajar KMNS termasuk Aina dan Su pasti akan turun ke Bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Sudah genap 27 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Bermakna, mereka telah melangkah masuk ke gerbang ‘Malam Tujuh Likur’. Soru itu, Suhaida sengaja mengajak Aina, rakan sebiliknya turun awal ke Bazar Ramadhan. Mereka berjalan dari gerai ke gerai, memilih juadah yang menarik.Sedang mereka leka memilih kuih di gerai Staf Hamzah, kelihatan dari jauh Haikal dan rakannya, Badrul Hidayat menuju ke arah gerai itu. Akan tetapi, mereka tidak membeli apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Aina dan Su. Selesai memilih, Suhaida menanyakan harga kuih-muih itu seraya mengeluarkan wang dari dompet Guccinya. Mereka kemudiannya bergerak ke gerai lain. Namun, Badrul dan Haikal tetap mengikuti langkah mereka. Aina dan Su kehairanan tetapi mereka cuba berlagak biasa.Entah mengapa, hari ini Haikal ingin sangat memerhatikan wajah Aina dari dekat. Memandang wajah ayu itu seakan memberikan ketenangan perasaan padanya. Tingkah santun Aina juga bisa mencairkan hati lelakinya. Halus budi-bahasa, ramah, lemah-lembut, dan yang paling penting, kuat pegangan agama. Haikal percaya Aina boleh menjadi seorang ibu, isteri, teman, dan kawan yang penyayang kerana Aina memiliki sifat-sifat seorang wanita sejati, wanita dalam erti kata sebenar. Ada kalanya, sikap Haikal agak pelik. Namun sebagai kawan, Badrul mengerti perasaan sahabatnya itu. Badrul bukanlah seperti Kuwait mahupun Turki yang langsung tidak memahami Iraq hingga sanggup membantu Amerika menghancurkan Iraq. Seboleh mungkin, Badrul mahu menolong Haikal kerana dia juga pernah mengalami situasi yang sama. "Haikal, aku tengok kau macam syok je dengan budak tutor kau tu," ujar Badrul sambil meletakkan bungkusan makanan yang baru dibeli tadi ke atas mejanya."Siapa?""Kau ni buat-buat tanya pulak. Ala...budak yang pakai tudung labuh tu.""Ooo.., kau maksudkan Aina?" Haikal hanya tersenyum."Ha'ah." "Sebenarnya..., aku memang minat kat dia. Tapi, macam mana kau boleh tau?" soal Haikal kehairanan. T-shirt Guess? hitam yang baru ditanggalkan dicampak ke dalam baldi."Hmm.., aku dah agak dah! Aku kan kawan kau. Tengok gaya kau je aku dah tau."Badrul puas menyuruh Haikal meluahkan rasa hatinya kepada Aina lantaran sudah lama Haikal memendam perasaannya itu. Bagaimanapun, Haikal enggan. Rasa malu mengatasi segala-gala. Bagi Haikal, Aina punyai prinsip agama yang teguh. Haikal bimbang Aina tidak menerima cintanya. Tambah pula, Haikal sememangnya agak kekok bergaul dengan perempuan semenjak di sekolah menengah agama lagi. Jadi, bagaimana dia mahu berterus-terang dengan Aina??“Aina, awak dapat 3.8 pointer. Tahniah!” Ucap Intan Hasyimah sebaik sahaja bertembung dengan Aina di depan Kooperasi Pelajar. “Alhamdulilah…Macam mana Syima tahu?” Soal Aina kepada rakan tutorannya itu.“Tadi masa Aina ke tandas, Cik Zaritha bagi tahu dalam kuliah. Hmm..., ni Cik Zaritha sampaikan surat tahniah dari Pengarah,” ujar Intan Hasyimah. Dia turut berbangga dengan kecemerlangan Aina yang akan mengharumkan nama tutoran mereka.“Terima kasih...” Gembira rasa hati Aina. Dia bersyukur kepada Allah.“Eeiii.., terror betullah Aina ni. Study last minute pun, result gempak jugak.”“Mungkin sekarang rezeki Aina kot. Lain kali, mana tahu giliran Syima pulak,” tutur Aina merendah diri. Kemudian, Aina meletakkan beg galas Splendournya di atas rak dan meminta Syima menunggunya memfotostat nota kuliah. Habis memfotostat, Aina dan Syima beriringan pulang ke kolej kediaman mereka yang terletak kira-kira dua ratus meter dari Pusat Pelajar itu tadi.“Aina, Syima cakap ni Aina jangan marah ye..” “Hmm...”“Syima rasa, Haikal minat kat Ainalah.” Aina Mardhiah memandang wajah Intan Hasyimah sekilas. Aina tahu, Syima juga ada menyimpan perasaan terhadap Haikal. Haikal memang ramai peminat. Dalam kuliah mereka sahaja, sampai dua tiga orang pelajar perempuan menyukai Haikal. Kata mereka, Haikal punyai perwatakan menarik dan senyuman manis.“Kenapa Syima cakap macam tu?” “Haikal banyak tanya pasal Aina masa Syima isi borang UPU di lap com dengan dia tadi. Dia tanya Aina apply universiti mana tapi Shima tak tahu. Emm.., Aina ingat tak masa kita bertembung dengan Haikal di tepi DSG lepas dapat result Semester 1? Masa tu, Haikal kan ada tunjuk result paper dia kat Aina. Tapi bila dia tanya result Aina pulak, Aina tak nak bagi tahu sebab Aina malu. Syima rasa..., Ainalah perempuan pertama dan terakhir yang tau result dia. Lagipun Syima tengok Haikal selalu berbual-bual dengan Aina padahal Haikal tu kan pendiam, lebih-lebih lagi kalau depan perempuan.”Aina merasakan luahan Intan Hasyimah itu berbau cemburu. Dibiarkan sahaja Intan Hasyimah berteka-teki sendiri. Dia tidak mahu perkara itu berlanjutan. Namun jauh di sudut hatinya, Aina mengakui kebenaran kata-kata Syima. Sememangnya Aina tidak mampu membalas setiap renungan dan senyuman Haikal tetapi Aina ada cara lain bagi memenangi hati Haikal, cuma Haikal sahaja yang tidak menyedari. Justeru, apa lagi yang boleh Aina lakukan? Hakikatnya, Haikal beruntung kerana Aina turut menyukainya dalam diam. Haikal memiliki segala ciri-ciri idaman Aina. Menarik, suka tersenyum, tenang, dan manja... Cuma satu, Aina memerlukan seseorang yang sentiasa boleh membimbingnya di jalan keredhaan Allah s.w.t. dan dia tidak pasti sama ada Haikal memiliki ciri itu atau tidak. Namun bagi Aina, sekalipun Haikal punyai pakej yang lengkap untuknya, ia tidak akan bermakna sekiranya Haikal tidak ‘membuka langkah’ terlebih dahulu. Dia tidak mahu dianggap seperti ‘perigi mencari timba’. Persoalannya, sampai bila keegoan akan menyelubungi hubungannya dengan Haikal? Aina tiada jawapannya.“Haa...Kak Aina. Termenung jauh nampak!” Ayuni menepuk bahu Aina. “Astaghfirullahal’azim…Ayuni ni, terkejut Kak Aina tau.”“Sorry la, Ayuni tak sengaja. Tak sangka pulak Kak Aina terkejut. Itu mesti tengah ingat ‘buah hati’, kan?”“Mana ada…” Aina menjeling manja. Ayuni Nor, pelajar tahun dua Ijazah Optometri itu hanya tersenyum sinis.“Tadi..., Ayuni terserempak dengan Abang Haikal dan Abang Khusyairi di depan Pusanika. Dia suruh sampaikan pada Kak Aina, mesyuarat MPP akan ditunda dari pukul 8.00 ke pukul 9.00 malam. Lagi satu, Abang Haikal suruh bawa proposal yang kena bentang malam ni” “Kalau macam tu, bolehlah Kak Aina tolong Kak Ummi handle usrah lepas maghrib nanti. Okay, thanks Ayuni.”Ayuni mengangguk cuma sambil memasang butang baju B.U.M.nya. Kemudian, Ayuni menyembur seluruh tubuhnya dengan minyak wangi Issey Miyake. Aina pula bingkas bangun dan mencapai tuala merah di ampaian menuju ke bilik air.“Perkara penting yang perlu kita tekankan melalui Majlis Perwakilan Pelajar semestinya mencakupi soal kebajikan penuntut dalam semua aspek. Justeru, kita tidak boleh memandang enteng isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN ini. Atas alasan itu juga, saya berpendapat kita perlu segera mengatasi masalah kesukaran mendapatkan pinjaman untuk membiayai pengajian bagi sesetengah pelajar.” Tegas suara Khairul Nizam selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar menjelaskan pendiriannya. “Bagaimanapun, pada semester lalu kita telah cuba memperjuangkan isu ini, tetapi kurang berjaya. Oleh itu, pada sesi ini kita memerlukan pendekatan lain yang lebih berkesan untuk menanganinya. Untuk itu, kita mahukan cadangan yang bernas daripada exco-exco yang hadir..,” sambung Mohd Haikal pula, mengharapkan strategi yang lebih baik. Sememangnya Haikal sudah jauh berubah! Tidak lagi seperti dulu, dia kini lebih matang dan berani. Dahulu, suaranya tidak pernah selantang ini walaupun dia turut terlibat dalam aktiviti kepimpinan.“Ya, saudari Aina Mardhiah! Ada apa-apa saranan untuk dikemukakan?” Tanya Khairul Nizam, bakal seorang peguam syariah.Bagai gelagat Bush selepas World Trade Centre diserang, Aina menggelabah mencari idea, menghindar diri dari ditempelak. Sebagai exco tertinggi, prestasi Aina pasti diperhati. Malulah dia kalau tidak dapat memberi cadangan yang berimpak!Jarum pendek jam Roscani di tangan kiri Aina sudah mencecah ke angka dua belas. Mentari semakin meninggi, terpacak di atas kepala. Aina tidak sedar masa begitu pantas berlalu. Perhimpunan Aman Malaysia yang disertai lebih 50,000 rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat baru sahaja tamat. Perhimpunan di Stadium Bukit Jalil itu diharap dapat melumpuhkan semangat tentera bersekutu AS, Britain, dan Australia daripada terus membedil bumi Iraq. Semoga ia juga dapat membuka mata dunia betapa kejamnya AS dan sekutu-sekutunya malah betapa lemahnya PBB dalam memelihara keamanan dunia.“Macam mana ni Kak Ummi? Pukul 1.20 nanti Aina ada tutorial tambahan. Sempat ke kita sampai kolej?”“Bertenang Aina... Kalau bas lambat sangat, kita naik teksi aje.” Ummi Thuwaibah berusaha menenangkan Aina. Dia pun tidak suka menunggu lama di situ, membuang masa.Tiba-tiba, sebuah Proton Waja dicat biru metalik, berhenti betul-betul di hadapan mereka.“Assalamua’laikum.”“Wa’alaikumsalam warahmatullah...”“Kak Ummi dan Aina nak balik ke kolej ke?” Soal Khusyairi seraya menurunkan cermin kereta. Aina dan Ummi mengangguk serentak.“Kalau macam tu, kami boleh hantarkan sebab kami pun nak balik Kolej Rahim Kajai ni. Lagipun, bas mesti penuh hari ni.” Haikal mempelawa mesra.Dua orang mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan, seangkatan dengan Aina. Mereka memang murah hati terutamanya Haikal. Aina memang tidak menyangka akan bertemunya kembali di universiti. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh ketentuan tuhan. Namun, Haikal bukan kepunyaanya. Bukan miliknya...lagi. Hati Haikal telah ditawan insan lain.Aina terasa pehanya seperti dikuis. Dia menoleh.“Haikal tengah bercakap dengan Aina tu,” maklum Ummi Thuwaibah.“Bagus cadangan Aina tentang isu PTPTN malam tadi. Haikal rasa usaha kita kali ni takkan sia-sia, Insya Allah.”“Kalau usaha kita ni berhasil, syukurlah… Aina cuma mencuba aje.”“Nampak gaya, Aina ni ada talent jadi Dr. Zeti Akhtar Azizlah.”Mendengar kata-kata Haikal itu, serebrum Aina pantas mena’akul pemikiran. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin berkaliber yang disegani ramai. Untuk mengekalkan prestasi sebagai exco tertinggi di kalangan 34 exco MPP pun sudah cukup mencabar bagi Aina. Pengalaman? Boleh tahan. Aina pernah diberi peluang memimpin sebuah Badan Dakwah dan Kerohanian dan beberapa buah persatuan akademik sewaktu di sekolah menengah dulu. Dari situ, sedikit-sebanyak Aina tahu bagaimana caranya mahu mengendalikan sesebuah organisasi, dan mungkin nanti sebuah syarikat pula. Kendatipun begitu, Aina mengakui ilmu kepemimpinannya masih setampuk pinang.“Piiinn, piiinn…!!!” Pemandu Daihatsu Ascend di belakang mereka memberi isyarat.“Kenapa kereta ni Haikal?” Khusayairi cuak! Ummi dan Aina turut cemas!! Haikal yang sedang memandu, kebingungan. Kereta terhenjut-henjut. Tanpa dikawal, gerak kereta beransur perlahan..., dan akhirnya terhenti sendiri di bahu jalan.Petang itu Aina tidak jadi ke tutorial. Setelah kereta Haikal dihantar ke bengkel, mereka terus pulang dengan teksi. Namun sehingga menjejakkan kaki ke Kolej Dato’ Onn, fikiran Aina masih tidak lekang dari mengingati butir-butir perbualannya dengan Haikal di Masjid Jamek zohor tadi. Kenapa baru sekarang Haikal begitu hampir dengannya? Semenjak melangkah ke UKM, cuma beberapa kali Aina berurusan dengan Haikal. Itupun kerana mereka sefakulti dan sama-sama 'bermain' di dalam gelanggang MPP. Namun, tahun akhir ini menyaksikan keintiman perhubungan mereka. Apakah masih ada ruang untuknya...?Suasana Kafe Dino hingar-bingar dengan suara siswa-siswi yang sedang enak menikmati minum petang. Kelihatan dua orang siswi rancak berbual di suatu sudut, tanpa makanan dan minuman. Mungkin barisan pengunjung kafe yang terlalu panjang membantutkan selera mereka. Dari jauh, jelas terpancar raut wajah mereka yang agak tegang.“Haikal kan dah bertunang. So, tak manislah kalau Aina rapat dengan dia.” Kata-kata Maisurah itu terasa bagai sembilu menusuk kalbu Aina. “Tapi Kak Syurah.., Aina rapat dengan dia hanya kerana tugas dan tanggungjawab!” Pandangan Penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Biokimia itu tepat menikam anak mata Aina. Aina segera menukar pandangan. Serba-salah. “Aina, akak tahu tu. Tapi, Aina mesti paham… Hubungan Airin dengan Haikal tengah dingin sekarang. Takkan kita nak biarkan hubungan mereka bertambah teruk, kan?” Jelas Siti Maisurah begitu mengambil berat perihal adik bongsunya, Siti Adriana.Aina tegar. Siti Adriana memang bertuah memiliki Haikal. Begitupun, tak pernah terlintas langsung di hati Aina untuk merampas tunangannya itu. Aina tersepit oleh situasi! Namun, dia tidak akan membiarkan dirinya menjadi salah-satu faktor penggugat ikatan mereka. Aina ada maruah! Jangan sampai namanya dicanang-canang. Aina menyudahkan siraman terakhir. Ligat tangannya mengelap tubuh, menyarung maxi Bianca, lantas menerpa ke arah Fizah. Ayuni Nor yang sedang membasuh, tersenyum melihat gelagat Aina.“Betul ke apa yang Fizah cakap ni?”“Iye… Kak Syurah yang bagi tahu Fizah lepas jamuan perpisahan Prof. Rasyidi tadi.”“Tak sangka kan, Fizah? Dah hampir 2 tahun diorang bertunang. Fizah rasa, Haikal dan Airin putus tunang sebab Aina ke?”“Ishh.., tak lah! Fizah dengar orang kata, keluarga Airin memang dah lama nak putuskan pertunangan cuma mereka tunggu masa yang sesuai je. Mak bapak Airin sebenarnya dah ada pilihan sendiri…”“Ooo.., kisahnya... Itulah kehendak Allah, kan? Tak siapa yang tahu.” “Ha’ah, betul tu! Aina tak usahlah risaukan kata orang. Kalau kita berada di tempat yang benar, Allah akan tolong kita. Kita tawakkal ajelah. Hmm…dah tu Aina, bagi Fizah mandi pulak!”Kesian Haikal, sudah jatuh ditimpa tangga pula. Semenjak Siti Maisurah bersua dengan Aina beberapa minggu lalu, persahabatan Aina dengan Haikal yang sehangat gunung berapi itu menjadi dingin. Tidak meletup dan tidak memuntahkan larva tetapi tiba-tiba sahaja membeku! Kendatipun ia tidak sedingin Kutub Utara mahupun Kutub Selatan, namun tetap membuatkan Aina menggigil. Aina pasrah! “Hai… Assalamua’laikum cik Aina! Struggle nampak?”Aina mengangkat kepala. Ah, Shahrul Hisyam rupanya! Dua orang siswi yang semeja dengan Aina turut menoleh. Maklumlah.., Perpustakaan Tun Sri Lanang ketika itu agak lengang dan sunyi. “Nah! Ada orang suruh bagi kau surat ni.”“Terima kasih.”“Sama-sama...” Shahrul membalas sambil tersengih dan berlalu pergi. Aina sebenarnya sekuliah dengan Shahrul, tetapi mereka jarang bertegur sapa kerana sikap Shahrul yang gila-gila dan suka mengusik sering membuatkan Aina rasa tidak selesa berkawan dengannya. Lagipun Shahrul cukup terkenal dengan sikap kasanova, menambah kedengkelan Aina terhadapnya. “...Lirik senyummu manis sekaliGerak langkahmu memikat hatiPeri lembutmu memukau diriBaru kini aku menyedariIa sekuntum mawar berduriYang semestinya daku miliki…”“Haa.., Fizah dah agak dah. Lelaki yang suka pada Aina mesti sebab perangai Aina yang lemah-lembut ni, macam ‘perempuan melayu terakhir’...” Fizah membuat kesimpulan sendiri seraya melabuhkan punggung ke atas bangku di Taman Nusantara, sejurus selepas mereka melangkah keluar dari perpustakaan.“Kenapa Fizah kata macam tu?”“Laa.., Fizah ingat lagi Hafizi dan Idhar. Diorang cakap diorang minat Aina sebab Aina lembut. Cuma bezanya Fizi tu karang esei, Idhar main kata-kata, ‘Yang Memerhati’ ni pulak cipta sajak!”Aina tersipu mendengar kata-kata Fizah. Dari saat itu, Aina sering menerima surat-surat misteri daripada ‘Yang Memerhati’. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Aina menatap surat baru. Kadang-kala Aina dihadiahi buku-buku ilmiah. Yang paling Aina gemari, ‘Muslimah Cemerlang’ hasil karya Dr. Fazilah Kamsah, tokoh motivasi yang paling dikaguminya. Aina mengakui, sememangnya penantian benar-benar satu penyeksaan. Hatinya sering tertanya-tanya. Nalurinya sentiasa melonjak-lonjak ingin tahu siapakah pengirim misteri itu, yang Aina fikir agak warak. Keadaan ini berterusan sehinggalah tibanya 15 November, seminggu sebelum berlangsungnya Hari Konvokesyen yang juga hari lahir Aina ke-23 tahun.“Wow, cantiknya!!” Semua mata tertumpu ke arah Ayuni Nor. Tertarik!“Jubah mini warna peach. Siap dengan selendang Wardina lagi. Cayalah! Macam tahu-tahu je citarasa Aina.” Ayuni menjerit girang, tumpang gembira.“Sshhh… Korang ni kecohlah! Dah pukul satu pagi ni, nanti budak bilik sebelah temper pulak!” Nurul Hafizah menegur. Perlahan. Tidak semena-mena, sepucuk warkah biru jatuh dari lipatan selendang di tangan Ayuni. Cepat-cepat Aina mencapainya. Sah!! Daripada ‘Yang Memerhati’.* * * Aina dan Fizah melangkah pantas, menyusup di celah-celah ribuan penonton yang berpusu-pusu pulang. Gundah hati Aina kian terasa. Gementar untuk bertemu insan misteri yang selalu sahaja meninggalkan seribu satu soalan di benaknya. Setibanya di pintu besar Dewan Anuwar Mahmud, kaki Aina dan Fizah berhenti menapak. Meninjau-ninjau kelibat seseorang, ‘Yang Memerhati’. Ah, mungkin itulah dia! Aina meneka. Seperti yang digambarkan melalui warkah biru, berkot pumpkin serta berkopiah Raihan. Tepat! Namun, Aina lekas menyedari sesuatu. Benarkah apa yang dilihatnya?? Sekonyong-konyong, lelaki itu berpaling ke arah mereka. Aina terkesima. Ya Allah, terlalu agung kuasamu! Sungguh, memang Aina tidak menyangka Haikal begitu banyak menyimpan rahsia dirinya…“Ya, Aina... Haikallah orang yang Aina cari-cari tu.” ujar Mohd Haikal, tersenyum penuh makna. Mungkin menyedari kegugupan Aina. Nurul Hafizah yang setia berdiri di sisi Aina turut tersenyum lebar. “Tahniah atas kejayaan Aina..!” Tambah Mohd Haikal sambil mengerling gulungan ijazah di tangan Aina.“Terima kasih. Haikal pun sama, tahniah! Err.., sebenarnya kenapa Haikal nak jumpa Aina ni?” Memahami isi surat, Aina Mardhiah tahu Haikal ada menyimpan tujuan lain.Haikal membetulkan jubah biru tua di lengannya. Dia bingung. Tidak tahu mahu memulakan dari mana.“Mmm…, sebelum Haikal cakap ni, Haikal mintak maaf kalau Aina rasa Haikal terlalu berterus-terang dan terburu-buru.” Ada getar di hujung suaranya. “It’s okay..” Perasaan Aina sudah semakin reda. Tenang.“Sebenarnya.., Haikal dah lama sukakan Aina, semenjak kita study di matrikulasi lagi. Sekarang, Haikal dah bersedia nak melamar Aina. Itupun kalau Aina sudi…” Laksana wanita Afghanistan yang diisytihar bebas daripada kemelut Thaliban, Aina terkelu. Mindanya keliru. Aina seperti tidak percaya. Haikal sungguh berani! Lancar nian bait-bait kalimah yang meluncur keluar dari mulut Haikal. Namun di sebalik itu, Aina begitu yakin Haikal punyai masa yang lebih dari cukup serta alasan yang kuat untuk memutuskan natijah itu. Sesungguhnya, lamaran Haikal itu telah meletakkan Aina di suatu tempat yang Aina sendiri susah untuk gambarkannya. Gembira, terharu, tenang, bahagia, dan bermacam-macam lagi perasaan yang membuahkan benih-benih kesyukuran. Tanpa sedar, Fizah menggenggam erat tangan Aina. Perlahan-lahan air mata Aina gugur ke bumi. Ya Allah, terima kasih di atas i’nayah-Mu..... Kasih, kusedari kekurangan diriKasih, kuinsafi kelemahan diriKuingin sunting dirimu menjadi permaisuri hatikuSebagai isteri yang berbudiKebanggaan para suamiWanita hiasan duniaSeindah hiasan adalah wanita solehahYang akan membahagiakan syurga di dalam rumahtanggaHanya itu yang kuinginkan dari insan yang amat kusayangDamaikanlah resah hatikuAku rindu kasih dan sayangmuTerimalah seadanyaAkulah hiasan pelamin hidupmu.....
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
SEKERAS KERIKIL
:: Allahu Allahu Allahu ::
Dalam diam
Kau suburkan api dendam
Kau nyalakan sumbu pertelingkahan
Biar marak bara permusuhan
Biar terbakar kelambu persahabatan
Dulu kau ucap kata maaf
Tanda rasa bersalah
Tanda kau sudah insaf
Lantas aku terima kau
Kembali ke dalam mandala sahabat
Tapi aku yang salah tafsir
Silap perhitungan
Rupanya hanya lakonan
Bijak kau berpura-pura
Kini
Dalam diam jua
Mencerai aku dari kejayaan
Kau tikam aku dari belakang
Kau jatuhkan aku dari persada
Kau bobrokkan aku segalanya
Lalu apa yang kau dapat sebenarnya
Rasa puas merosak hidup aku
Seronok menyeksa atma hatiku
Bahagiakah kau??
Aku sekadar berserah
Mungkin Allah mahu mengujiku
Mungkin jua Allah marah akan sikapku
Lalu dihantar kau untuk porak peranda
Hidup dan peganganku
Supaya kembali padaNYA yang SATU
Dengan rendah hina aku rayu
Dengan nada sayu ku pohon maaf daripadaMU
Ampunkan dosa-dosaku wahai TUHANku
Agar bias aku mula hidup baru
Bertatih cari ilmu ukhrawiMU
Kerna aku tahu dunia ini pinjaman kejap daripadaMU
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
Iman Semut & Manusia
:: Allahu Allahu Allahu ::
> > Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satuperistiwa, apabilaNabi Allah> > Sulaiman nampak seekor semut melata di atasbatu; lantasNabi Allah> > Sulaiman merasa hairan bagaimana semut inihendak hidup diatas batu> > yang kering di tengah-tengah padang pasiryang tandus. NabiAllah> > Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut> > apakah engkau yakin ada makanan cukup untukkamu".> >> > Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH,aku percayarezeki di> > tangan ALLAH, aku yakin di atas batu keringdi padang pasiryang tandus> > ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi AllahSulaiman punbertanya: "> > Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?Apakah yangengkau gemar> > makan? Dan banyak mana engkau makan dalamsebulan?"> >> > Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebijigandumsebulan".> >> > Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalaukamu makanhanya sebiji> > gandum sebulan tak payah kamu melata di atasbatu, aku bolehtolong".> >> > Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas,dia angkatsemut itu dan> > dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabiambil gandumsebiji, dibubuh> > dalam bekas dan tutup bekas itu. KemudianNabi tinggal semutdidalam> > bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.> >> > Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaimanlihat gandumsebiji tadihanya> > dimakan setengah sahaja oleh semut, lantasNabi AllahSulaimanmenemplak> > semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!.Bulan lalu kamukata kamu> > makan sebiji gandum sebulan, ini sudahsebulan tapi kamumakan> > setengah".> >> > Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidakberbohong,kalau aku adadi> > atas batu aku pasti makan apapun sehinggabanyaknya samaseperti sebiji> > gandum sebulan, kerana makanan itu aku carisendiri danrezeki itu> > datangnya daripada Allah dan Allah tidakpernah lupa padaku.Tetapibila> > kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup,rezeki akubergantung pada> > kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebabitulah aku makansetengah> > sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamulupa".> >> > Itulah Iman Semut!!> >> > IMAN MANUSIA??> >> > Di zaman Imam Suffian, ada seorang hambaAllah yang kerjanyamengorek> > kubur orang mati. Kerja korek kubur orangmati bukan kerjaorangganjil.> > Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam,oleh itu kuburperludigali> > dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allahini ialah diatidak gali> > kubur untuk tanam mayat.> >> > Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,waris sudahlama balik> > kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal,barulah penggali inidatang ke> > kubur untuk korek balik.> >> > Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelahdi INTERVIEWoleh Munkar> > Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur,10 kubur, 50kubur sampai> > 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepadaImam Suffian danbertanya> > kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada100kubur orang Islamyang aku> > gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnyamasih berhadapkiblat.Yang> > 98 lagi sudah beralih ke belakang?". JawabImam Suffian:"Diakhir zaman> > hanya 2 dari 100 umat Islam yang percayarezeki itu ditangan Allah. 98> > orang lagi tidak percaya bahawa rezeki ditangan Tuhan".Itulahsebabnya> > apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKANduit yang banyak,biasanya,> > iman dia akan beralih. Nyatalah iman semutlebih kuat dariimanmanusia.> >> > Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITULEBIH BAIKDARIPADA HARTA,> > ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,ILMU MENJADIHAKIM, HARTA
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
epiLog
:: Allahu Allahu Allahu ::
KOTA BHARU, 1 Jun (Hrkh) – Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menggariskan lima persiapan asas yang mesti dimiliki setiap pemuda dalam merangka gerak kerja untuk 50 tahun kedua. i) Memperkasa aqidah dan fikrah Setiap pemuda PAS mestilah mempunyai kekukuhan aqidah yang menjadi paksi jiwa besar dan merdeka. Kekukuhan aqidah ini mesti berganding rapat dengan kejelasan fikrah perjuangan.
ii) Memperkasa ilmu dan kepakaran Sentiasa mendalami ilmu hendaklah menjadi kewajipan bagi setiap di kalangan kita. Kita wajib mendalami ilmu-ilmu fardu ain tentang asas aqidah yang mencernakan akhlak dan menzahirkan syariat.
iii) Memperkasa sikap, minda dan pemikiran Keupayaan minda dan pemikiran sebenarnya menjadi isu dalam mengukur kebolehan kolektif gerakan PAS. Persiapan minda yang bersifat menyeluruh mencakupi kefahaman terhadap hukum-hukum Allah, mengetahui isu-isu semasa, memiliki 'bacaan politik' (qiraat as-siyasi) yang tajam, memahami keperluan melakukan perubahan, bersikap elastik dan juga keupayaan membaca serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang dilancarkan musuh.
iv) Memperkasa strategi dan metodologi Ahli-ahli Pemuda PAS mesti memahami apakah strategi yang realistik dengan keperluan politik di Malaysia. Mereka tidak perlu terpengaruh dengan dakyah-dakyah seperti menyertai pilihan raya sebagai tidak syarie kerana itulah pendekatan terbaik dalam konteks politik Malaysia.
v) Memperkasa keupayaan menentukan worldview Pemuda PAS mestilah memiliki kemampuan untuk menilai serta menyaring apa yang positif dan negatif menurut paradigma welstanchauung dan pandang dunia kita.
“Saya mahu melihat keterampilan Pemuda PAS yang bersifat jiwa besar dan berani untuk mencetus dan mencipta perubahan yang bakal mengangkat perjuangan ini menuju era yang lebih gemilang,” katanya pada ucapan tema sempena perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-46 malam ini. - mj
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------
sEPOHOn sEMALu
:: Allahu Allahu Allahu ::
Untuk renungan bersama....Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalanbersama puteribaginda,Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawahsebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalumengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanyaapalah gunanyapohon semalu itu berada di situ dengan nada yangsedikit marah. Rasulullahdengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itubahawasanyapohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut.Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanitahendaklah mengambilpengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaanmalu (pada tempatnya).Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untukmempertahankandirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankandiri dan maruah sebagaiseorang wanita muslim.Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangatkuat danmencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklahmempunyaiketerikatan yang sangat kuat dengan Allah RabbulAlamin.Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinyaapabilasenja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,kembalilah kerumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillahpengajaran dari semalu walaupunia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.MATI HANYA SEKALI, JADIKAN IA DI JALAN ALLAH
~||dalam diri itu ada atma.dalam atma itulah jiwamu yg luhur.justeru perkuatkanlah akan ia dengan ilmu dan perkemaskanlah ia dengan iman||~
-------------------------------------------